Assalamualaikum dan hello semua!
Kalau bercakap mengenai fesyen, semestinya kita sebagai seorang wanita hanya akan melihat perubahan fesyen bagi wanita sahaja. Fesyen lelaki sering dilupakan atau terlepas pandang mungkin kerana kita bukan lelaki (semestinya, haha), dan bagi kita, fesyen lelaki nampak sama saja.
Sebenarnya bukan begitu…
Seperti wanita, fesyen lelaki juga sering mengalami revolusi dan sentiasa berkembang dari musim ke musim. Revolusi fesyen ini tidak akan pernah berhenti. Sama ada kita akan melihat trend fesyen yang baru akan muncul atau trend fesyen yang lama dipopularkan kembali.
Seperti di arena fesyen antarabangsa, industri fesyen tanah air juga mengalami rentak perubahan yang sama. Fesyen wanita, fesyen hijab, fesyen Muslimah, fesyen lelaki dan lain-lain fesyen semuanya sentiasa meriah dengan idea-idea segar ilham daripada pereka-pereka fesyen tempatan kita.
Well, untuk entri kali ini, jom kita lihat apakah fesyen lelaki atau men fashion yang cukup popular untuk tahun ini.
JOGGER PANTS
Jogger pants kini sememangnya menjadi buah mulut ramai penggemar fesyen. Lupakan koleksi jeans buat seketika dan tampil bergaya dengan koleksi jogger pants lelaki yang amat selesa dipakai. Selesa dipakai kerana ianya longgar dan selesa juga untuk bergerak. Ia boleh digayakan dengan t-shirt mahupun kemeja yang digemari.
CARDIGANS
Dan jangan terperanjat jika koleksi cardigans juga turut menarik perhatian bukan sahaja wanita, malah kaum lelaki. Semakin ramai lelaki yang kini memilih koleksi cardigans sebagai outerwear pilihan mereka untuk pemakaian yang lebih selesa dan santai.
SWEATSHIRTS
Begitu juga dengan trend pemakaian sweatshirts yang kini sering dipakai ramai lelaki sebagai pakaian kasual kegemaran yang baru. Koleksi sweatshirts ini sesuai digayakan bersama pemakaian jeans, jogger pants, dan juga seluar pendek. Ringkas dan masih nampak bergaya.
BOMBER JACKETS
Selain cardigans, bomber jackets juga menjadi pilihan lelaki sebagai outerwear mereka. Bomber jackets boleh didapati sama ada plain atau printed. Pilih saja yang menawan hati dan pemakaiannya pasti membuatkan penampilan lelaki lebih bergaya dan menarik.
Macam mana dengan koleksi fesyen di atas? Ada sesiapa yang suka dengan pilihan yang diberi? Kalau tertarik, bolehlah terjah ke ZALORA untuk membuat pilihan. Banyak koleksi dengan harga yang berpatutan. Boleh juga dipakai sempena hari raya ini. Kebiasaannya, baju melayu hanya dipakai pada hari raya pertama saja. Jadi, boleh menggayakan koleksi fesyen di atas untuk hari raya seterusnya. Raya kan sebulan. Hehe.
Dan.. Dan.. Dan..
Entri ini bukan untuk lelaki saja. Wanita juga boleh mendapat idea mengenai fesyen lelaki dan seterusnya mengemukakannya kepada suami, ayah, adik, abang dan lain-lain. Kalau mereka tak nak berubah, belikan je sebagai hadiah. Pasti mereka pakai juga. Baru jatuh cinta! Hehe.
Happy shopping!
Love,