June 11, 2016

Geng Makan ke Pulau Perhentian: Part 3 - Snorkelling

Assalamualaikum dan hello semua! 

Rupanya aku masih berhutang entri mengenai Pulau Perhentian. Mehlah nak sambung kisah #gengmakankeperhentian ! Kali ni, nak bercerita mengenai snorkelling!! 

Kami pergi snorkelling pada hari kedua kami di Pulau Perhentian. Aktiviti snorkelling sudah termasuk dalam pakej kami di Senja Bay Resort. Selepas sarapan, kami lepak dulu di tepi pantai sementara menunggu bot yang akan membawa kami untuk snorkelling.
Tenang rasa melihat keindahan alam semulajadi. Indahnya laut dan pantai :)
 

Tak pasti siapa in frame dalam gambar ni. Antara Syira atau Nadiah. Pose yang diminati ramai :D
 

Subhanallah. Suka melihatnya 
 

Selipar aku. Nak jugak in frame. Hihi
 

Lebih kurang sejam menunggu, tibalah bot untuk bawa kami snorkelling! Snorkelling terbahagi kepada dua trip. Trip pagi dan petang. Trip pagi akan pergi ke tiga check point (Fish Point, Shark Point, dan Turtle Point), manakala trip petang membawa kami ke dua check point (Light House dan Romantic Beach).

Sebelum bercerita mengenai trip snorkelling, aku nak cerita pasal alat kelengkapan ke snorkelling! Hihi. Goggle dan jaket keselamatan mestilah disediakan. Jangan risau! 

Yang aku maksudkan adalah: 

Phone dan beg kalis air!
 

Beg kalis air ni dibeli di kedai dengan harga RM8. Mula-mula tak percaya beg ni berkesan. Kami cuba dulu dan bila tengok berkesan je, phone tak masuk air, teruslah semangat nak rakam video. Sayangnya, kami tak boleh tekan button phone dalam air. So hanya boleh ambil video saja sebab kami tekan button dari darat dan terus masuk dalam air. 

Dah cerita pasal alat kelengkapan, meh sambung cerita pasal snorkelling! 

SNORKELLING TRIP PAGI

FISH POINT, SHARK POINT, TURTLE POINT

Snorkelling! Aku teruja nak snorkelling! Aku pernah cuba snorkelling di Pulau Pangkor tapi tak berjaya sebab takut! Air asyik masuk dalam goggle je. Mulalah rasa nak kembali timbul di daratan. Cuma di Perhentian, kuatkan diri untuk snorkelling! Rugi ooo kalau datang sini tak snorkelling. 

Hanis baru pertama kali snorkelling dan dah pandai terus. Hanis ajar pegang goggle dengan satu tangan agar air tak masuk mulut. Dan itulah yang aku buat. Nadiah memang dah biasa, Tasha dan Syira masing-masing sama seperti aku. Baru nak cuba! :D

Fish Point

Di sini, aku, Tasha, dan Syira baru nak memanaskan diri untuk snorkelling. Hanya Nadiah dan Hanis je yang bersemangat terus tetiba hilang di tengah orang ramai. Hanis orang pertama yang hilang. Sedar-sedar dah jauh dia pergi. Pertama kali snorkelling tu! Terbaik!

 

Bot kami yang warna kuning
 

Gambar disnap daripada video yang dirakam oleh Hanis. Jadi, kabur sikit. Hii. Satu jenis ikan je nampaknya di sini. 
 

Kat sini pun ada coral juga. Tak berapa jelas nampaknya dalam gambar. 
 

On the way menuju ke Shark Point
 


Shark Point

Berdebar juga sebenarnya nak turun di sini. Seram juga memikirkan bakal bertemu jerung di dalam laut. Tapi gigih juga turun bila boatman bersungguh memanggil pergi ke arahnya untuk tengok shark! 

Bersusun bot haa. Jangan silap naik bot sudah. Mujur bot kami paling menyerlah di sini. Hihi. 
 

 

Gambar shark di bawah di snap melalui video yang diberi oleh boatman. Berjaya rakam jerung depan mata. 
 

Aku berjaya nampak anak jerung je. Mak ayah, tok nenek jerung tak nampak pulak :D
 

Selesai di shark point, kami teruskan perjalanan ke tempat ketiga iaitu Turtle Point! Tempat terakhir untuk trip pagi!

Turtle Point

Tempat ketiga makanya semangat untuk turun tetiba berkobar. Kira dah pandai snorkelling. Haha! 

View di sekeliling Turtle Point
 

 

Bot kuning kami dan lelaki di dalam air tu, namanya Bakri, our boatman
 

Adik kami sebab dia paling muda. Hihi. Syira!
 

Group photo! Paksa Bakri ambilkan gambar kami berlima :D
 

Turtle yang disnap melalui video yang dirakam. Nampak jugak kan rupa turtle di situ? Turtle ada naik ke permukaan air masa kami di sini tapi tak sempat nak snap gambar. Dia dah kembali berenang ke dasar laut. Lambat wei nak pergi dekat ke arahnya. Siapa suruh tak reti berenang! Hihi. 
 

Stop For Lunch

Dah habis tengok turtle, kami bergerak pulang untuk lunch. Mana yang tiada pakej makan bersama, Bakri hantar mereka di Kampung Nelayan. Kami terus pulang ke Senja Bay Resort untuk lunch. 

 


SNORKELLING TRIP PETANG

LIGHT HOUSE & ROMANTIC BEACH

Light House

Jam 2.30 petang, kami bergerak terus menuju ke arah Light House. Masa ni perut dah kenyang! Makanan di Senja Bay Resort sememangnya memenuhi citarasa aku! Hii. 

Aku berniat untuk tidak turun ke laut masa di sini. Sebab aku tengok laut bergelora. Maklumlah Light House terletak di tengah laut. Air pasang pulak masa ni! Nampak seram je tengok air beralun mengikut ombak. Tapi bila dikatanya coral kat sini lawa sangat oleh Nadiah, kami yang lain pun turun juga akhirnya. 

Dan ternyata memang coral kat sini sumpah lawa! Lagi lawa daripada di Fish Point dan Shark Point. Serius! Maaf tiada gambar ye. Boleh berkongsi pengalaman je. 

Light House
 

Di sini aktiviti utama adalah terjun dari Light House. Kami tak terjun pun. Tengok coral je di sini dan ambil gambar. Hihi. 

Lautan yang terbentang luas
In frame: Nadiah
 

Siqah ~ Aku ler :p
 

Syira
 

Tak jumpa pula gambar Hanis dan Tasha dalam phone. 

Al kisahnya di sini juga, selepas seronok ambil gambar dengan laut terbentang luas, Bakri sudah panggil agar kami pulang ke bot. Masa ni lah kejadian cemas berlaku! 

Tetiba ombak datang menggila! Kami tenggelam dan timbul balik. Baru nak bernafas, ombak datang lagi dan kami tenggelam dan timbul balik. 

Cara cepat nak sampai di bot pada yang tak tahu berenang adalah dengan snorkelling. Sekejap je dah sampai bot. Tapi cara itu tidak boleh digunakan di Light House. Serius, masa laut bergelora kami struggling nak tiba di bot. Masa tu dah terfikir kalaulah lemas kat sini. Huhu. Sesudah tiba di bot, ada sorang mat saleh bagi kami naik ke bot dulu. Mungkin dari jauh dia dah tengok kami struggling dan penat. 

Penat berlawan dengan laut bergelora! 

Aku, Hanis dan Tasha sudah selamat berada dalam bot. Nadiah dan Syira masih struggling dalam laut. Mereka dibawa ombak dan lagi jauh jaraknya dari bot. Alhamdullilah, mereka berdua selamat berada dalam bot tidak lama selepas itu. 

Nampak air laut dah boleh agak bergelora di sini
 

Selepas berhempas pulas di sini, kami meneruskan perjalanan ke check point terakhir iaitu Romantic Beach. 

Romantic Beach

Romantic Beach nama diberi sebab di sini adalah tempat paling best kalau nak tengok matahari terbenam (sunset). Pasir putih dan halus je di pantai, dan pantainya kecil saja. 

Dan kat sini juga adalah tempat mencari nemo! Finding nemo! Cantik sangat! Boleh tengok rumah nemo warna oren kat dalam laut. Cuma kena snorkelling jauh ke tengah laut. 

Pasir putih tepi pantai
Dari jauh dah nampak keputihan pasir di sini
 

Dalam gambar ni pun nampak pasir putih di pantai ni
 

Finding Nemo!
Nak jumpa nemo, kena snorkelling agak jauh dari pantai. Jauh lah. Memang jauh. Nadiah dah jauh snorkelling, memandangkan dia je yang pandai berenang. Kami berempat agak perlahan di sini. Lagipun masih terkejut dengan kejadian cemas di Light House. 

Lambat sangat kami nak sampai ke rumah nemo di lautan, Bakri bawa kami ke sana. Bukan naik bot, ikut belakang dia macam kereta api. Hihi. Boatman di sini akan memastikan orang yang dibawa dalam bot mereka nampak setiap apa yang patut nampak di setiap check point! Bagus kan? :) 

Nampak tak nemo? 
Ikan belang di tepi kiri gambar.
Gambar disnap daripada video jadi tak jelas. 
 

Gambar kami terapung!
Di snap oleh orang dalam bot. Bakri dah malas nak snap gambar masa ni. Hihi. Kali ni, cukup kami berlima. 
 

Tamat sudah al kisah snorkelling di lima check point di Pulau Perhentian. Pengalaman yang sangat best walaupun ada kejadian cemas berlaku. Alhamdullilah semuanya selamat :) Kami pulang ke resort pada jam 4.30 petang. 

Bagaikan bot ini kami yang punya! Hii! 
Gambar selepas seharian snorkelling!
 Muka dah gelap di situ ye :D
 

Dan kami berjanji dengan Bakri untuk minta dia bawa kami ke Romantic Beach pada waktu petang. Bayar asing sebab ini adalah permintaan kami. Sesi mengejar matahari terbenam! Dan juga nak pergi windwill sekali lagi ikut jalan laut pulak. 

Al kisah mengejar mentari dan windwill, akan aku ceritakan dalam entri seterusnya. Ada lagi kejadian cemas berlaku semasa aktiviti ini. Cemas je tak sudah. Hihi. 

Till then,

Thanks reading,

Love,

24 comments:

  1. Assalammualaikum Siqah..sukanya akak tengok ikan ikan tu..sangat mendamaikan..kalau di daratan kita boleh nikmati gunung ganang..langit..bila aktiviti begini boleh dekati apa yang ada di dasar lautan...subhan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)
      Subhanallah. Tenang kan kak melihat keindahan ciptaan Allah. Selalu lihat keindahan di daratan, sesekali berpeluang lihat di dasar laut alangkah seronoknya :a

      Delete
  2. Bestnya Siqah,pengalaman yang tak boleh dibeli.Cantek2 sangat pemandangan nya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kak pemandangan di perhentian :a Alhamdullilah, benar pengalaman tak boleh dibeli..

      Delete
  3. kalau diberi kesempatan, mek pun nak jugak pegi perhentian ni. Dulu mase belom kawen tak pegi. lepas kawen, ade anak, tak dapat dah nak pegi. tunggu anak besor skit baru planning untuk perhentian balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, anak dah besar sikit baru seronok mahu pergi kan mek :) Moga mek juga berpeluang ke sini nanti. Amin :)

      Delete
  4. Bestnya siqah dpt peluang snorkeling mcm ni cantik pandangan dasar laut tu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah kak noor. Seronok sesekali menikmati indahnya dalam laut :a

      Delete
  5. seronok nyaaa siqah! SubhanaAllah cantik sgt view dalam air... =)

    ReplyDelete
  6. wa.. awesome.. cantik giler gamabr ermandangannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan awak :) Siqah rasa nak tengok je tak balik.. Hihi

      Delete
  7. ya Allah...Alhamdulillah korang selamat...bila baca pasal kejadian cemas tu, dada i ikut berdebar sekali...
    takpe, pengalaman namanya tu kan...lepas ni kita dah tahu kalau ombak besar kena extra careful...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Wahida. Pengalaman mengajar kita kan. Alhamdullilah kami semua selamat. Berdebar sungguh masa tu. Huhu. Insyallah lepas ni sentiasa beringat kalau melibatkan lautan..

      Delete
  8. seronoknya!!! lama sy tak pegi bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada kelapangan pergi bercuti ye awak :)

      siqah pun jarang pergi bercuti juga. Sesekali bercuti memang seronok!

      Delete
  9. bestkan dapat buat aktiviti macam tu dengan kawan2, view pun cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak AA :) sesekali habiskan aktiviti bersama kawan2. view di perhentian memang cantik. rasa tak nak balik. hehe.

      Delete
  10. bestnya Siqah...memang enjoy sgt2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita enJOY! *ala-ala gaya Nora Danish* hehe

      Delete
  11. dpt travel ngan geng satu kepala mmg best lah hai..plus geng makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sangat setuju dengan kak JM! :h

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。