June 16, 2016

Berbuka Puasa di Hanbing Korean Dessert Cafe

Assalamualaikum dan hello semua! 

Korea! Korea! Korea! Dengar Korea aku terus teruja. Tambah lagi bila dengar makanan Korea! Aku sangat suka! Menghitung masa nak pergi makan. Hehe. Semalam, kami berbuka puasa di Hanbing Korean Dessert Cafe di Bangsar. Melayan keinginan Sheima (my manager), yang nak makan di sini. Kami tumpang dua kaki :D

Kali kedua aku ke sini 
 

Sempena bulan Ramadhan, Hanbing ada menyediakan set Ramadhan iaitu Table Cooked Topokki. Ada lime jenis makanan dalam satu set. Yang membezakan setiap set ini adalah beef, seafood, dan chicken. 

Table Cooked Topokki
 

Kami pilih set Table Cooked Topokki - Beef. Teruja nak makan sebab nampak gambar macam sedap! Lagipun rindu dengan makanan di Korea! Masa pertama kali datang kafe ni, menu yang ada hanya sikit je. Satu keping je menunya. Sekarang dah ada buku menu! Berkembang maju dengan jayanya! 

Set Ramadhan - Table Cooked Topokki

Menu Pertama

Inilah rupa Table Cooked Topokki - sebelum dimasak
 


Beef untuk menu di atas yang datang secara berasingan
 


Table Cooked Topokki - sedang dimasak. Bau sedap! Masa ni tahap lapar dah paling tinggi! Tak sabar nak makan tapi kena bawak bersabar. Hehe. 


Siap dimasak! Yeayyy! Rasanya sedap, kuah pekat cuma pedas. Aku hanya rasa sikit je. Lepas tu, terus minum air sebab tak tahan pedas. 
 


Siapa yang masak? Untuk kami semalam, pelayan kedai yang jadi chef. Kami hanya menanti sehingga siap terhidang.  Kalau baca di blog lain, kena masak sendiri siap ada bagi cara-cara memasak. Cuma mungkin semalam tak ramai orang, jadi pelayan tolong masakkan. Tak susah pun nampaknya. Tambah air dan biarkan ia masak. Sekejap je.

Menu Kedua

Big Bowl Bibimbap
 


Yang ni kami minta ayam instead of daging. Boleh request kalau korang nak berbeza daripada Table Cooked Topokki. 

Hanis tukang mengaul sos dan bibimbap. Hasilnya seperti gambar di bawah.

 

Menyelerakan! Sedap! Kalau makan bibimbap, terpaksa aku makan sayur. Hihi. 

Menu Ketiga

Chicken dan Topokki
 

Ayam ada perasa pedas, goreng biasa, dan cheese. Semua sedap! Aku ratah je ayam. Cuma topokki tak berapa sedap untuk aku. Rasanya pelik.

Menu Keempat 

Nasi goreng Korea
 


Ingat tak Table Cooked Topokki tadi? Ada kuah kan. Nasi goreng Korea ni dimasak dengan menggunakan lebihan kuah Table Cooked Topokki tadi. Dimasak oleh pelayan juga. Kami tunggu nak makan je. 

 

Walaupun dah kenyang masa tu, masih lagi telan. Haha! Seronok dapat makan sedap! Aku sememangnya peminat tegar nasi goreng. Hehe. 

Menu Kelima

Kimchi Nachos
 

Layanlah makan nie! Sedap jugak! Sos diberi nafas baru sebab ada kimchi.

Kalau datang sini, semestinya Bingsu adalah hidangan yang wajib makan! Serius wajib tau! Sebagai penutup hidangan, dessert lah senang cerita. Hii.

Kami order dua Bingsu semalam. 

Durian Snow Ice 
 


Sedap tak terkata! Durian musang king! Snow ice yang halus seperti salji, makan dengan durian musang king yang dipotong, ditambah pula dengan aiskrim durian yang sejuk dan sedap, ditambah lagi dengan keragupan emping jagung! Perghhh ~ Sedap giler! Tak akan menyesal makan ni! Sedap! Sedap! Sedap! Haha. Berapa kali entah aku cakap sedap! Hihi. Harga RM33 dan berbaloi. 

Blueberry Cheese Snow Ice
 

Yang ni pun sedap! Dah pernah makan masa kali pertama ke sini dulu, makanya review sila baca di ENTRI INI :) 

Alhamdullilah. Kenyang sangat semalam! Makan sikit je rasa tapi kenyang berganda. Eh sikit ke? Haha! Semua menu di atas kami kongsi 7 orang. Add on menu ayam pedas je. 

Mana yang teringin nak makan makanan Korea? Nak makan Bingsu? Datanglah ke kedai Hanbing Korean Dessert Cafe. Serius tak akan menyesal! Semua sedap! Suasana dalam kafe pun simple dan tak serabut. Sambil makan sambil bersembang dan dengar lagu Korea yang diputarkan. Semalam ada diputarkan juga lagu Descendants of the Sun, rasa nak tengok lagi drama tu! :D

 

Kami! 
Muka gembira selepas makan. Hehe. 


DETAILS OF CAFE

Instagram: @hanbingmy
Website: http://www.hanbing.my
Waktu Operasi: 12 pm - 12 am (Ahad-Khamis), 12 pm - 1 am (Jumaat-Sabtu)
Alamat: Jalan Telawi 3, Bangsar ( sebelah Hong Leong Bank dan hadapan Bangsar Village 2)

Happy trying and eating!


Love,

16 comments:

  1. Siqahhhh, lappoooorrrr :(

    Jemput join mek punya mini GA ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,, sabar ye tunggu waktu berbuka. jangan buka periuk lak tengahari nanti :h

      Siqah dah email mek. mek check email nanti ye :)

      Delete
  2. Assalammualaikum Siqah :) Durian Snow Ice dan Blueberry Cheese Snow Ice tukan betul2 menarik..kalau kak PC pergikan rasany dua menu ni yang dihabiskan dulu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Hehe. menarik kan snow ice. serius sedap kak PC. kalau datang sini, makan snow ice wajib eh.. lepak2 je :)

      Delete
  3. mule2 tgk menu tuh waaaa mmg menarik betul...
    pastu tgk banyaknya menu takkan mkn ber2 ke ber3 korang blh abis... rupenyer ramai2...

    semua nmpak meleleh air liur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ramai kak yang habiskan..semua sedap. akak boleh cuba nanti :)

      Delete
  4. NAMPAK SEDAP...

    SINGGAH RAMADHAN

    https://belogs.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. telan air liur akak tengok makanan tu siqah..hehehe tapi akak tak pernah makan makanan korea lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. siqah pun rasa tak puas makan. hehe. akak boleh cuba makanan korea. dah banyak juga kedai kat sini sekrang. paling dekat kat Subang Jaya kak, nama kedai The Street Cafe :)

      Delete
  6. sedapnyaaaaaaa....nampak mcm ala2 tomyam pun ada ya gambar yg mula2 tu..

    ReplyDelete
  7. siQAH..i tergoda!! semua mknaan Korea i like!!! bila ckp SEDAP..terus google alamat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe! okay kak JM! Sila terjah kedai ni nanti ye. senang je cari kat Bangsar Village 2. hee

      Delete
  8. Wah.. semua nampak menyelerakan ni..lg2 di bulan puasa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Bulan puasa memang bulan makan sedap. Hehe.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。