June 17, 2016

Airis Wall Deco

Assalamualaikum dan hello semua!

Hari ni aku cuti tapi gigih juga pergi ke pejabat sebab nak ambil bungkusan untuk aku yang sampai pagi tadi. Teruja sampai sanggup ke pejabat. Bukan tak boleh simpan dalam locker. Hehe. 

 
Inilah bungkusannya. 
Nampak besar tapi ringan je nanye. 
Mengandungi ayat-ayat suci Al Quran. 
Handle with care! 

 
Aku pilih wall deco yang di atas. 
Wall deco je tau. Sofa dan karpet bukan sekali pakej. Hehe. 

Cantik tak? Dah lama nak order cuma masih hold on sampailah sebelum Ramadhan baru order. Ini adalah pre-order ye. Jadi siap dalam masa 3 hingga 4 minggu. Dan aku pilih warna hijau. Pelbagai warna ada sebenarnya. Harga promosi untuk 3 keping frame ni adalah RM90. Sekarang aku tak pasti sama ada masih dalam promosi atau tidak. 

 
Cara nak order senang je. Hanya PM pihak Airis di Facebook. Cepat dan pantas mereka layan. Airis bukan setakat menyediakan wall deco seperti di atas, kalau nak tempah frameless gambar pun boleh. Ikut pilihan hati masing-masing. Macam-macamlah. Bagi je idea korang pada Airis. 

Facebook: Airis Wall Deco Page 
 

Seronok nak hias rumah sempena raya. Tidaklah beriya sangat pun. Nak tambahkan frame je agar dinding putih ini tidak nampak kosong. 

Lagi seronok kalau ada rumah sendiri. Nak cat pun boleh. Aku hanya menyewa. Owner rumah bagi cat rumah asalkan kalau keluar kena cat putih kembali. Cuma kami yang malas nak buat. Hehe. 

Sesiapa yang berminat dengan wall deco, bolehlah terjah FB di atas ye. Pasti tak menyesal. Harga murah dan servis terbaik! :) 

Thanks reading,

Love,

20 comments:

  1. Cantiklah Siqah, tapi akk ni jenis tak reti nak deco2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun tak reti sangat kak. Memandai je. Asal cantik di mata kita :a

      Delete
  2. Assalammualaikum :)
    Cantik la Siqah...hijau hitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC 😊

      Ikut tema rumah tahun ni. Tu yang pilih hijau hitam. Cantik kan? 😍

      Delete
  3. Siqah, klau gmbr kita bleh tak ? Cantiklk laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh yuni. Semua dorang boleh buat. Cuba tanya dorang kat FB. Siqah ada tengok orang tempah frameless gambar kat dorang 😊

      Delete
  4. wah cantiknya! akak pun teringin
    cuma belum ada kelapangan nak membeli...nantilah =)

    alhamdulillah ada juga rumah untuk disewa yunk
    akak dulu pun hampir 7 tahun menyewa
    baru ada rezeki beli rumah sendiri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nak beli nanti boleh je ke FB page tue ye 😊

      Alhamdullilah. Ada juga rumah untuk disewa kan. Sekarang kami pun tak boleh lagi nak beli rumah. Nanti insyallah. Moga ada rezeki 😍 bestnya akak dah duduk rumah sendiri. Senang nak hias rumah. Tak berfikir nak pindah kan ☺️

      Delete
  5. Lawala rumah bila ada hiasan cantik mcm ni..sejuk mata kalau tetamu datang ke rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Moga tetamu senang je hati bila masuk rumah :a Sejuk mata memandang ye :)

      Delete
  6. Waaa.. cantik juga tu... harga pun boleh tahan juga ya berpatutan..

    Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni

    Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ahmad. Harga pun berpatutan juga :)
      Nanti saya terjah blog awak pula ye.

      Delete
  7. Cantiknya. Suka akak tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah kak. Moga tenang hati yang melihatnya :)

      Delete
  8. cantiklah..tak sabar pula akak nak mendeco rumah sendiri, sekarang menyewa jadi malas sikit nak mendeco2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa akak nak masuk rumah sendiri kan tak lama lagi. Alhamdullilah kak. Best duduk rumah sendiri. Siqah masih menyewa. Masih semangat nak hias rumah sebab nampak kosong sangat kalau takde apa2 :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。