May 25, 2016

My Stupid Boss

Assalamualaikum dan hello semua :)

Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI, aku nak berkongsi sinopsis dan review mengenai satu filem Indonesia bertajuk, My Stupid Boss. 


Sebenarnya filem ini adalah adaptasi daripada buku popular di Indonesia hasil karya Chaos@work. Aku baru tahu yang filem ini adalah filem adaptasi setelah aku google mengenai filem ini sebelum berminat untuk menontonnya. 


SINOPSIS

Mengisahkan mengenai Diana (Bunga Cinta Lestari) yang berpindah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya (Alex Abbad). Diana mencari pekerjaan dan akhirnya bekerja di syarikat milik Bossman (Reza Rahadian) yang juga merupakan kawan karib suaminya dari Indonesia. Diana bekerja di sebuah pejabat yang memiliki semua pekerja luar negara. "Bossman always right" adalah prinsip yang dibuat oleh Bossman yang menyebabkan semua pekerja pening dan bengang. 

Di pejabat juga, tiada prinsip dan sistem yang membuatkan pengurusan menjadi huru-hara. Di sini juga, Diana berkenalan dengan rakan setugasnya yang lain iaitu Norashikin (Atikah Suhaimie), Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain), dan Mr Kho (Kinwah Chew) yang banyak menyokong Diana dalam prosesnya mengenakan kembali Bossman.



REVIEW

Filem ni kelakar! Pada awal filem aku dah ketawa. Hihi. Tingkah laku Bossman sangat menjengkelkan dan itulah yang membuatkan pekerjanya sakit hati dan bengang. Aku juga turut bengang dengan perangai Bossman. Dia punya sengal memang pada tahap tertinggi. Uishh ada ke ek bos camni? Pening wei nak layan. Mahu kalau aku berhenti je. Tapi bila memikirkan kontrak, semestinya akan teruskan pekerjaan sebab tak nak bayar ganti rugi pada syarikat. Itulah yang menyebabkan Diana masih setia bekerja di sini. 

Walaupun Bossman sangat sengal, ada juga satu sikap dia yang menarik perhatian dan membuatkan kita sedar bahawa orang susah yang tidak punya apa masih membantu orang lain yang susah daripadanya. Apa salahnya kita yang alhamdullilah memiliki segalanya walaupun tidak sehebat mana, bantulah orang di dalam kesusahan. Scene itu membuatkan airmataku bergenang. Rasa sedih melihat wajah-wajah itu.

Lagi satu yang kelakar dalam filem ni adalah kewujudan pelakon tambahan yang menjadi minah gosip di kawasan tempat tinggal Diana. Mereka adalah Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan ada lagi seorang pelakon aku tak kenal. Tengok gaya mereka bercerita, sangat Mak Jemah tau. Hahaha.


Filem ni boleh dilayan! Aku suka juga dengan rumah Diana dalam filem ni. Penuh warna warni kehidupan. Rasa ceria je masuk rumah dengan dinding warna oren. Hihi. Tapi hanya suka tengok je. Aku tak nak cat dinding rumah warna oren pekat gitu. Suka warna lembut :)

Dalam filem ni, Bossman (Reza Rahadian) agak lucu mukanya. Sebenarnya muka dia tidaklah lucu begitu. Agak good looking jugalah. 


Betul tak?
Bunga Cinta Lestari usah disangkal lagi. Selalu cantik. Suka tengok dia dalam Maharaja Lawak Mega 2016. 

Sekian saja entri ini. Pada sesiapa yang rasa berkenan, bolehlah terjah ke pawagam berdekatan :)

Imposibble We Do,
Miracle We Try!
*Bossman*

Thanks reading,

Till then,

Love,

33 comments:

  1. Replies
    1. Kalau berminat boleh tengok awak :) Ada lagi tayangan di panggung :)

      Delete
  2. walaupun baru nih baca review kt metro katanya citenih tak best...
    tp dr review awak ngn kwn2 opis akak... depa sume kata org gelak je kt panggung... itu yg rasa nk tgk... kadang kite tgk cite bkn nk cite serius sgt... jnji dpt gelak hepi2 dh cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo metro review kata filem ni tak best ke? Hii. Bagi siqah seronok untuk dilayan. Ceritanya tak berat. Relax, gelak2 je tengok. Hihi. Betul kak NM, kekadang kita bukan nak cerita serius sangat pun. Asalkan keluar panggung kita happy :h

      Delete
  3. Assalammualaikum Siqah...hehehe..tengok sedutan promo di tv pun dah boleh agak kelakar..tapi akak belum berkesempatan nak menonton lagilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)
      Kelakar ceritanya kak. Siqah suka. Gelak ketawa jela. Hii. Nanti ada masa kak PC pergi tengok eh, tak pun tunggu je astro first :h

      Delete
  4. Nak layan movie yang akak suka kena pergi sensorang.. sebab kebelakangan ni layan movie kartun je dekat pawagam dengan anak2.. eemm.. berkorban demi mereka.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Biasa dah tu kak kan, dah ada anak, melayan cerita anak jela. Hihi. Akak pergi seorang pun boleh, cam siqah jugak :h

      Delete
  5. Mmmm..mcm menarik je filem ni..harus dicari nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga kak ayu :) Bolehlah tengok nanti..

      Delete
  6. seriuss kene tgk cite ni !!! 😜😍😍 thanks for the review shiqah :)

    ReplyDelete
  7. salam siqah
    please kaknoor ur address ya
    nooriahabdullah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak noor :)
      Yeayyy! Thank you kak, dah email akak details :)

      Delete
  8. Mcm menarik jugak ye Siqah.....mesti lucu kan.
    Ohh tulah bossnya tu, hensem jugak rupa asalnya. Boleh pulak jadi gitu. Terer betul tukang mekap tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lucu sihhh ~ πŸ˜†
      Haah kak, pandai tukang mekap bagi bossman muka berubah sampai gitu. Annoying tengok dia :D

      Delete
  9. macam menarik je cerita ni kan

    Sue & tuya tu cuba, siqah tengok dkt fb, akak pun taktau alamatnya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga kak :) Layankan je. Hihi.

      Nanti siqah google. Cam teringin juga nak ke tempat akak cerita tu :)

      Delete
  10. Tengok trailer cerita ni pun dah best kan. Hiks. Nani tak sempat lagi nak pergi tengok. Eh memang good looking nampaknya ni. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Good looking juga kan nani! :h

      Ada masa nanti nani pergi tengok eh.. Ada lagi tayangan, tak pun tunggu je kat astro nanti. Hihi

      Delete
  11. nak tengok gak..sbb suka si Bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak azlinda! Siqah pun suka bunga! πŸ’

      Delete
  12. wah nampak best citer ni!
    alhamdulillah my bost terbaik unlike her boss haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Syukur dapat bos terbaik. Kalau dapat bos gini, tak tahulah camne nak hadap :D

      Delete
  13. wah.. mmg hansome asalnya..hehe
    sygnya yui xrasa nk tgk crita ni..aduhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Takpe yui. Minat yui maybe berlainan kan. Siqah pun layankan je cerita indon ni. Hihi

      Delete
  14. Lawanyaaaa bunga ... Alaaa mcm best sbb ada nadiya nisaa... Suka dia !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga lawa!! Haah, nadiya jadi pelakon tambahan. Sikit je scene dia tapi menjadilah setiap yang dia ada berlakon. Suka! :)

      Delete
  15. macam best jugak filem ni siqah kan
    nak sergah pawagam takdpeklah
    kena tunggu online lah ni hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat UK sekarang ada ke tayang filem indon kak noor? Hii. Boleh tengok online je nanti :)

      Delete
  16. cerita ni memang nak tengok sangat-sangat.
    tengok thriller macam menarik...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。