May 21, 2016

Imaginasi

Assalamualaikum dan hello semua :)

 

Siapa peminat novel Ramlee Awang Murshid? Angkat tangan! Hii. Aku salah seorang peminat tegar RAM. Suka dengan genre novel beliau yang lain daripada lain. Sentiasa teruja nak membaca setiap karya beliau.  

Imaginasi adalah karya terbaru daripada beliau yang dikeluarkan pada bulan April 2016. 

SINOPSIS

Alang Kassim telah membuka sebuah kampung yang diberi nama Kampung Padang Ilalang. Berkahwin dengan Dang Chanden dan dikurniakan anak, Suhaila. Perkahwinan Suhaila tidak bahagia dan dia hidup menyendiri dalam rumah agam setelah dituduh membunuh suaminya, Hamidi. Dia juga adalah seorang pembela saka seekor singa! Anak mereka, Hafiz dibawa lari oleh keluarga mentua dan bercinta dengan Citra Widya dari Indonesia. Mereka sudah melakukan persiapan ke gerbang perkahwinan tapi akhirnya putus di tengah jalan. Atas sebab yang sangat kuat! Abam ( penjaga lembu milik Pak Budin ) pula adalah lelaki lurus bendul yang mencintai Juita ( anak Pak Budin ). Namun, cintanya ditolak oleh Juita mentah-mentah. Sehingga keajaiban berlaku, Juita mencintai Abam. 

Persoalan dalam novel ini:
  • Adakah benar Suhaila membela saka singa sedangkan membela saka secara rela hati merupakan perbuatan kufur dan sangat dilarang bersekutu dengan syaitan? 
  • Apakah perkara yang melarang perkahwinan antara Hafiz dan Citra Widya sedangkan mereka sangat mencintai satu sama lain? Ingat, Hafiz hanya akan memiliki sebuah perkahwinan dan bukan satu pernikahan jika meneruskan majlis itu. 
  • Abam? Siapakah dia sebenarnya? Lelaki lurus bendul sajakah? 
REVIEW 

Imaginasi menyebabkan aku cuba untuk meneka setiap watak yang ada, cuba meneka apakah sebenarnya perkara yang terjadi, penuh dengan teka-teki. Dan akhirnya apa yang aku fikirkan pengakhirannya menyimpang jauh sekali. Sungguh bijak RAM memutarbelitkan setiap situasi dan watak yang ada. 

Aku turut kecewa dan sedih apabila mendapat tahu punca perpisahan di antara Hafiz dan Citra Widya. Hafiz sangat mencintai Citra ( cinta pandang pertama ) dan aku pasti sokong dengan tindakan Hafiz memutuskan hubungan. 

Aku juga terkejut dengan kisah sebenar di sebalik saka seekor singa setelah dirungkai melalui catatan Alang Kassim. 

Seperti biasa, novel RAM tidak pernah mengecewakan. RAM sentiasa meletakkan kekuasaan Allah di tempat teratas dalam setiap novel karya beliau. Suka novel ni walaupun aku mengambil masa tiga minggu untuk habiskan pembacaan. Hii.  

Kata-kata dalam novel ini: 

Hidup umpama mengharungi badai. Kita tak boleh sembunyi. Hadapinya dengan tabah dan sabar. Mohonlah pertolongan Allah. 

Cinta tidak pernah membutakan agama. Namun, ramai orang buta agama dek kerana cinta. Tiada kompromi dalam soal penyembahan. Agamaku adalah agamaku, dan agamamu adalah agamamu. 

Manusia merancang. Allah pun merencanakan. Ternyata perancangan Allah merupakan yang terbaik dan paling indah walaupun terlihat pahit pada awalnya. 

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Kita selaku hamba yang hina wajib memohon agar hidayah itu dikurniakan Allah kepada setiap diri manusia. 

Kemaafan ibu bapa itu merupakan keredhaan Allah ke atas hamba-hambaNya yang telah terlanjur melukai hati. Memberi ampun itu jauh lebih baik berbanding kebaikan di dunia ini. 

------------------

Sesiapa yang minat baca novel? Boleh cuba baca karya Ramlee Awang Murshid. Mungkin boleh menambahkan genre novel yang korang minat :) 

Thank you for reading,

Till then,

Love,

14 comments:

  1. Hai..cikla pun minat karya RAM ni. Yang paling Cikla suka baca novel Mandatori tu... Best... Oklah... Senyum Siqah jgn tak senyum... Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cikla :) best kan genre novel RAM. Ceritanya menarik hati dan minda untuk dibaca.
      Hii. Siqah tengah senyum ni. Cikla nampak tak? :a

      Delete
  2. :h betul...cinta tidak pernah membutakan agama...ramai orang buta atau sengaja membutakan kerana cinta...cinta tak salah yang silap kita..dan cinta yang membutakan itu tidak sema2 cinta sesama manusia saja..cinta dunia juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100% kak PC! Manusia yang buta kerana cinta sedangkan cinta itu indah sebenarnya :a

      Delete
  3. Cam menarik, tapi dh tetua ni malas nk baca novel dah;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Dah tua biasanya melayan pokok kak :) Macam mama siqah duk layan pokok bunga hari2 tanpa pernah miss..hihi.

      Delete
  4. wah dik menarik ni..kena cri novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak MV :) Menarik ceritanya. Lain daripada lain :)

      Delete
  5. Minat baca novel RAM . dan sekarang tengah odw baca novel imaginasi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Saya takde bagi spoiler kan? Hii. Selamat membaca awak. Nanti boleh bagi review juga :)

      Delete
  6. akak suka juga,tapi itulah dah lama tak membeli penulisannya memang sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulisan RAM menarik. Lain daripada lain. Kak AA maybe dah tiada masa sangat membaca kan :)

      Delete
  7. best karya RAM ni. mek ade jugak bace 2 3 novel dia. ni novel siqah jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Siqah peminat RAM. Boleh kata semua novel dia siqah dah baca. Hee. Haah novel siqah nie 😊

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。