May 08, 2016

Hari Hari Adalah Hari Ibu

Assalamualaikum dan hello semua :) 

 

Hari ni adalah sambutan Hari Ibu. Semua tahu kan? Penuh timeline dengan sambutan hari ibu beserta ucapan dan gambar. Aku tiada isu dalam sambutan hari ibu. Cuma seperti yang diketahui hari ibu yang disambut di seluruh dunia adalah Hari Mother Church / Ibu Gereja Kristian. Jadi, faham sendirilah apakah maksudnya. Cuma bagi aku, jika niat kita adalah untuk meraikan ibu, silakan. Lain orang, lain pendapat kan. Malah aku sendiri melayan kakak aku belikan kek sempena Hari Ibu semalam :) 

Hari-hari adalah Hari Untuk Ibu dalam Islam. Tidak perlu untuk sambut pada hari tertentu. Lebih baik kita sambut hari ibu pada hari kelahiran ibu kita atau pada hari lahir kita. Kerana tanpa ibu, tidaklah lahir kita di dunia ini. Apa kata setiap hari lahir kita, kita habiskan masa bersama ibu tersayang sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan kita :) Tidak dilupa jasa Ayah juga ye. Jasa Ayah boleh sambut masa hari bapa atau sekalikan je. Terpulang. Hihi. 

Hari ini, aku sempat menziarahi kubur arwah Mak. Kubur arwah Mak di Kuantan, maka agak jarang untuk aku menziarahi kubur arwah Mak. Doa Kak Lang sentiasa bersamamu Mak. Semoga Mak sentiasa tenang di sana. Al Fatihah.. 

Thanks for reading,

Sehingga bertemu lagi,

Love,
  SiQaH 

25 comments:

  1. Betul siqah..bagi kak PC setiap hari adalah hari istimewa untuk ibu kita sebab setiap hari ada nilai sentimentalnya yang tersendiri...kalau nak sambut pun berpada padalah sederhana dan dengan niat untuk menggembirakannya tapi menghargai itu wajib hargai sentiasa...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PC :) Tiada isu jika nak sambut pun. Asalkan niat untuk membahagiakan ibu kita. Dan menghargai itu sentiasa kena ada. Cuma dilebihkan pada hari tertentu. Hii

      Delete
  2. moga mak siqah bersama org yg beriman.

    aida ni tak reti celebrate hari ibu. aida adik-beradik memang x celebrate.
    langsung tak wish kat mak pun.
    but, dgn mak mertua, kami (asben 3 beradik) tiap thn celebrate.
    if not, mak mertua kecik ati ha ha ha :)
    yes. tiap hari adalah hari ibu ayah kan.
    tiap hari nak bagi hadiah pun orait...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aida untuk doa itu :)

      Hihi. Lain keluarga lain pendekatannya kan. Hihi. Comel je boleh merajuk kalau tak celebrate hari ibu.

      Tiap hari boleh bagi hadiah kasih sayang lah, pasti :a

      Delete
    2. mak mertua aida memang suka diraikan.
      tiga anak nyer anak lelaki.
      skang semua da merantau. so kalau birthday, hari ibu ni memang mak mertua aida nak anak-anak menantu balik meraikan nyer.
      pada kami, kalau ia gembira kan dia, ok la.
      Allah Maha Tahu kan niat kita :)

      Delete
  3. Betul Iqa sebab ibu ibu sentiasa dlm ingatan kita mana mungkin hanya sekali disambutnya dlm setahun. Kesian pada ibu yg punya anak begitu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin diingati dan dihargai setiap hari cuma pada hari ibu, terlebih dalam segala hal :h

      Yang penting sayang dan hargai ibu sesungguhnya :a

      Delete
  4. Replies
    1. Hihi. Haah mawar, saja tukar template minimal :h

      Delete
  5. betul tu siqah...semuanya terpulang pada niat kita, tak sambut tapi ada yg bagi ucapan, terima sajalah, yang penting hari2 pun hari ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak AA :) Tak kisah apa pun yang kita buat, yang penting niat kita. Dengan harapan ibu bahagia :a

      Delete
  6. Betul tu dear, hari2 adalah hari ibu..
    Al-fatihah buat mak siqah... =) Sentiasa doakan mereka, smoga doa kita di angkat.. dan syurga tanpa hisab di kurniakan kepada ibu bapa kita. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih dear atas doa :)

      Delete
  7. Mak pun tak sambut apa apa....dah tak de org nak tolong sambutkan haha....

    Al fatihah utk arwah mak Siqah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Comellah mak ni. Boleh pulak dah tiada orang nak sambutkan :h

      Al Fatihah. Terima kasih mak atas doa :)

      Delete
  8. mmg hari2 hari ibu... ikut pd kita nk raikan ke apa.. kalu niat kita ke arah yg baik... rasanya tak salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul awak. Yang penting niat. Haruslah niat baik untuk mengembirakan hati mak kan. Tak kisahlah apa pun :)

      Delete
  9. Singgah petang ♥
    betul tu hari² adalah hari ibu...
    Semoga arwah mak kamu ditempatkan bersama² org beriman..Al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieyl selalu singgah blog siqah :a

      Al Fatihah. Terima kasih atas doa Nieyl :)

      Delete
  10. Replies
    1. Semoga arwah mak kita ditempatkan dalam golongan beriman. Kita hanya mampu titipkan sedekah pada mereka sekarang kan kak Azimah :)

      Delete
  11. Yang penting nawaitu kita kan..Bukan sampai rosak Aqidah.. :)

    Selamat Hari Ibu kepada Ibu diseluruh dunia.. :)♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun, niat juga yang betul kan Ain :a

      Delete
  12. tiap-tiap hari sedekah kan al-fatihah lepas solat
    utk ibu bapa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Always kak haslinda :) Moga ibu bapa kita sentiasa dilindungi olehNya..

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。