May 23, 2016

Geng Makan ke Pulau Perhentian: Part 2 - Windwill

Assalamualaikum dan hello semua :) 

Kesinambungan daripada ENTRI INI , aku nak bercerita pula mengenai kisah #gengmakankeperhentian ke Windwill Pulau Perhentian. Dah nama Windwill mestilah atas bukit kan, dan perjalanan mestilah mencabar. Tapi masa ni, aku yakin aku boleh menempuhi perjalanan itu dengan baik sekali. Yakin! 

Kami bergerak ke Windwill pada jam 3.30 petang bersama dengan kumpulan lain. Pada mulanya perjalanan indah je dan akhirnya bermula perjalanan yang mencabar. 

On the way ke sana, kami menempuhi perjalanan seperti gambar di bawah: 

 
Cabaran pertama! 
Mendaki sikit je masa ni. Baru bermula perjalanan makanya semangat masih kental di dada! :p

Berakhir cabaran pertama dan kami tiba di Long Beach. Lawa sangat Long Beach. Cuma agak sesak sebab ramai orang! Ini pantai paling happening di Pulau Perhentian Kecil. 

 

 

 

Perjalanan berterusan mencabar bermula di sini: 

 

 
Cabaran kedua! 

 
Cabaran ketiga! 
Chiayok! 

 
Cabaran keempat! 

 
Last! 
Dah dekat nak sampai masa ni. Takdelah dekat sangat sebenarnya, adalah ambil masa 20 minit lagi.  

 
Ada jumpa juga Menara Celcom. Di sini, sempatlah post satu gambar di Instagram. Walaupun aku guna Maxis. Hii. Kami berehat sebentar di sini. 


Bila nampak je kincir angin, tandanya dah sampai!! Yeayyyy! Seronok tak terkata masa ni sebab aku dah semput. Serius! Ketahanan mental masih ada walaupun ketahanan fizikal sudah berkurang masa ni. Yakin kan pada mulanya, yakinlah dapat sampai ke atas. Bila dah sampai, happy lah! Hihi. 

Kami berehat sebentar di kawasan ni. Tak nampak laut lagi pun. Masih kena berjalan sedikit lagi untuk nampak laut dari kawasan sini. 

Berjalan dan berjalan ke arah laut di sebelah kiri.. 

Dan akhirnya,

 

View semasa sudah nampak laut!
Masa ni, kami masih berada di kedudukan paling atas di Windwill.
Subhanallah. 
Cantik sangat. Dengan laut dan langit biru serta kehijauan alam. 

Dari sini nampak dah tangga yang perlu dilalui untuk sampai ke bahagian bawah Windwill, kami pun bergerak perlahan-lahan menuruni tangga. Masa ni dah excited sebab dah nampak view cantik! :) 

 
Subhanallah. Sangat cantik! 
Rasa hilang penat lelah hiking dan turun tangga :) 

 
Tangga yang banyak! Tak kira pulak ada berapa anak tangga. 
Agaknya kalah tak jumlah tangga di Batu Caves? :D

Jom layan gambar keindahan pemandangan yang membuatkan kami tidak jemu melihat. Rasa tak nak balik pun ada. Subhanallah. 



 


 

Orang memang ramai di sini tambah lagi bila makin lewat petang. Pandai-pandailah ambil peluang untuk bergambar. Ambil turn ye :)

 

#gengmakankeperhentian
Aku, Nadiah , Syira, Hanisah, Tasha 
Siapa ambil gambar ni? Tripod Nadiah jawapannya. 
Korang boleh juga terjah blog kawan aku, Nadiah di SINI
Hanya kami berdua kaki blogging :D 

 

Aku dan Tasha hanya turun tangga sampai ke sini saja. Sebab aku dah tak larat nak turun lagi memandangkan satu kerja lagi bila nak naik tangga nanti. Satu lagi sebab, aku takut bila melihat anak tangga yang sudah berkarat dan ada yang aku pijak anak tangga agak tidak stabil. Makanya sampai di sini sajalah. Tak nak ambil risiko. 

Hanya Syira dan Nadiah saja yang kental turun sampai ke bawah. Gambar-gambar di bawah semua daripada mereka berdua :) 

 

 

 

 

 

 

Lawa sangat bila nampak dari jarak dekat kan? Aku hanya mampu tengok gambar jela. Hii. Ada juga yang sampai ke hujung jambatan tu haa, nampak tak? Gigih sungguh! 

Lebih kurang jam 5.30 petang, kami bergerak pulang. Orang yang bawa kami dah risau dan asyik bertanya mana Syira dan Nadiah. Mereka takut hari dah gelap dan sukar untuk turun kembali ke pantai. Aku sms mereka berdua dengan harapan adalah line kat bawah tu haa. Sabar menunggu dengan harapan lagi mereka bawa pulang bersama gambar dan video yang cantik. Maklumlah, tak boleh turun sampai bawah kan. And they did! :) 

 

Lebih kurang jam 6 petang kami tiba di Long Beach dan mengambil keputusan untuk lepak sambil minum petang di sini. Melepaskan penat lelah naik dan turun dari Windwill.

 

Menikmati minum petang sambil melihat pantai :)

Makanan yang tiada dalam gambar adalah kerepok lekor dan neslo ais! Kat sini, harga mahal lah sikit. Biasalah pantai kan. Neslo ais je dah RM5. Mujur sedap jugak! 

Kami tiba di Senja Bay Resort selepas Maghrib dan terus makan malam.  

Selepas pergi ke Windwill dengan tiada pengalaman, di bawah aku share tips untuk ke Windwill:
1. Pakai kasut / selipar yang selesa dan sesuai 
Perjalanan melalui jalan pantai dan kena hiking. Aku pakai selipar jepun je masa ni. Rasa lebih sesuai kalau pakai kasut. 

2. Bawa air
Sesungguhnya, akan kepenatan untuk tiba di Windwill. Air adalah penting. Recharge your energy! 

3. Warm up
Aku rasa perlu tambah lagi untuk mereka yang kurang senaman macam aku. Aku mendaki tanpa warm up. Mujur otot dan badan aku tak terkejut. Hihi. 

4. Bawa kamera / smartphone / tripod / dll 
Haha! Nak jugak masukkan benda ni dalam list tips. Takkan lah korang lupa benda wajib ni kan? Rasa benda ni lah benda pertama yang korang akan bawa. Hii. Mesti ambil gambar sepanjang perjalanan :) 

5. Bergerak awal 
Lebih baik pergi awal dan sampai sana awal makanya bolehlah lama menikmati pemandangan indah. Orang pun tak ramai sangat kalau sampai awal. Nak turun sampai ke bawah pun boleh. Hati-hati ye. 

6. Bawa duit
Diperlukan agar lepas pergi Windwill, korang boleh lepak di tepi pantai. Hii. Macam tak perlu je letak dalam tips. Saja nak menambahkan tips, boleh? :D

Kesimpulannya, Windwill adalah tempat wajib yang korang kena pergi kalau ke Pulau Perhentian. Memang penat mendaki tapi pemandangan yang korang akan lihat selepas itu, sangat indah. Terpegun melihat keindahan ciptaan Allah. Subhanallah. 

Sekian saja entri mengenai Windwill. Pada mulanya nak gabungkan sekali kisah kami snorkelling dalam entri ni, tapi tak jadilah. Panjang sangat dah entri ni. Kisah kami snorkelling di Pulau Perhentian akan disambung dalam entri seterusnya, Part 3 okay (^_^)

Stay tuned and thank you for reading, 

p/s: semua gambar adalah daripada kami berlima. Ambil gambar guna phone masing-masing dan kemudian transfer melalui AirDrop dan iCloud Photo Sharing. 

Till then,

Love,

16 comments:

  1. Subhanallah canteknya pemandangan laut biru...cantek sangat.Bertuah siqah dapat lihat sendiri keindahan nya.Bagi akak yang dah berusia ni tak mungkin tiba tempat tu,dah tak larat nak mendaki dan jalan jauh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah kak saniah. Siqah bersyukur dapat tengok keindahan pemandangan begini. Harap akak pun suka melihatnya walaupun hanya dalam gambar. Semoga akak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Amin :)

      Delete
  2. subhanallah... mmg cantik sungguh
    tak sesia jln jauh2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tak sia-sia kak :) Terasa hilang terus penat lepas tengok view cantik camni :a

      Delete
  3. Assalammualaikum Siqah...keletihan yang sangat berbaloi...bagus Siqah aktiviti macam ni..sangat mendekati alam..terima kasih kongsi memori yang indah sangat...tengok pun dah cukup mendamaikan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Alhamdullilah akak juga berasa tenang bila melihatnya. Ada rezeki kak siqah sampai ke sana. Insyallah kalau ada rezeki nanti, siqah suka buat aktiviti mendekati alam. Seronok dan tenang je kan kak :)

      Tq kak selalu singgah blog siqah :a

      Delete
  4. Hihihi rindu lak dgn perhentian view

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah.. Buat entri sambil rasa nak pergi lagi sekali. Hihi

      Delete
  5. SubhanaAllah... cantik sangat..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Cantik sangat aina. Alhamdullilah :)

      Delete
  6. seronoknya..tenang nampak air membiru dan menghijau tu. Ya Allah Subhanallah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kak.. Rasa tak nak balik. Memang view di sini lawa :a

      Delete
  7. Subhanallah cantik sangat pemandangannya tu.walaupun perjalanan mencabar tapi dapat tengok pemandangan macam tu mesti hilang segala penatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhentian sangat lawa kak AA. View kat sini lagi lawa. Siqah suka sangat. Sampai rasa tak nak baliklah. Nak lama-lama lagi duduk sana. Memang terasa hilang semua penat lelah bila dapat tengok view cantik :a

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。