May 17, 2016

Does Distance Make Your Heart Grow Fonder?

Assalamualaikum dan hello semua :)


Adakah jarak jauh antara kita dan pasangan akan membuatkan hubungan itu lebih bahagia dan penuh dengan kasih sayang? 

Korang rasa...? 

 

Aku dan suami masa bercinta dahulu berjauhan selama 4 tahun sepanjang aku belajar di USM Kubang Kerian, dan dia di Kuala Lumpur. Jumpa hanya sesekali iaitu masa cuti semester saja. Dan dalam masa yang lain, komunikasi antara kami adalah melalui sms, phone, dan whatsapp. Email dan surat tidak sama sekali. Hihi. 

Alhamdullilah. Hubungan kami berpanjangan dan menjadi halal selepas 8 tahun menyulam cinta. Sulam cantik-cantik! Pelbagai warna benang pakai. Haha! 4 tahun bercinta dalam jarak jauh dan 4 tahun lagi masing-masing tinggal di area Kuala Lumpur dan Subang. Dekat dah :)

8 tahun, satu tempoh masa yang lama kan? Tipulah kalau kata tiada langsung perselisihan faham dan pergaduhan. Hii. Biasalah dalam hubungan. Kalau betul dan positif je, pelik juga rasanya. Gaduh membuatkan kita lebih terbuka dan know each other well. Cuma janganlah kerap sangat :D

 

Bagi aku, paling penting dalam hubungan adalah TRUST! Tak kisah jarak dan selama mana bersama, kalau kita letak kepercayaan di tempat teratas, insyallah akan berkekalan. 

Sentiasa berfikiran positif kerana dari berfikiran negatif akan membawa kita kepada ketidakpercayaan dan seterusnya kepada permasalahan. Kita sebagai manusia semestinya tidak semuanya betul. Kalau tersalah langkah, cepat-cepat betulkan. Jangan biarkan diri terpedaya dan hanyut. 

 

Apabila kita berjauhan, kita akan rindu pada pasangan. Jadi kita lebih menghargai dia bila berjumpa. Tak nak bergaduh hal yang remeh temeh sebab rasa rugi masa. Hii. Teruja dan rasa tak sabar je nak bersua muka. 

Teringat masa pergi Korea bersama #gengmakan tahun lepas selama 8 hari, on the way nak balik ke Malaysia, rasa berdebar bila nak berjumpa dengan suami yang ditinggalkan. Pelik juga sebab bukan tak pernah berjauhan pun. Mungkin sindrom balik dari luar negara agaknya. Hihi. Teruja, tak sabar dan berdebar. 3 in 1! :D 

Walaupun aku boleh berjauhan dengan suami tapi sesekali bolehlah. Sebab suami kerja luar. Tak nak lah memang duduk berjauhan. Bukan sesekali, hari-hari jauh. Sesak dada menanggung rindu nanti. Semoga kami berdua terus dekat antara satu sama lain :) 

 

Apa pun, yang penting, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan terlalu fikirkan apa yang pasangan kita buat. Tenang je. Kita pandai-pandailah bawa diri walau ke mana kita pergi. Kalau dah tahu diri sudah berpunya, tak payah beriya nak beramah mesra. Bukan apa, takut orang yang di sebelah sana berfikiran lain daripada kita. Nanti masalah lain pula timbul :) 

 

Love this quote! So true :) 

*image from google*

Thank you for reading,

Love,

26 comments:

  1. kalau tanya sis JM mcm betul jek tp perlu byk sabar dan kepercayaan yg tggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu JM :) Memang memerlukan kesabaran dan kepercayaan yang tinggi. Tak kisahlah jauh ke dekat :)

      Delete
  2. Pasangan yang berjauhan menjadikan mereka lebih berdikari juga mengeratkan kasih sayang .Tapi bagi akak memang tak sekuat siqah untuk berjauhan dengan suami walaupun dah berdekad berkawen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa kuat kak saniah. Lagipun kadang-kadang je. Layankan jela. Hihi

      Delete
  3. akak dulu pun bercinta jarak jauh selama 2thn lps tu bila dh kawin pun berjauhan jgk sampai akak dh nk bersalin baru dia dpt ddk sekali... lps anak dlm setahun dia kene keja jauh lg setahun... mmg paling penting TRUST@KEPERCAYAAN

    klu tak pyhla nk hidup jauh2 nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya dugaan kak. Lama tu akak PJJ dengan suami. Alhamdullilah, akak dikurniakan anak. Sekurang-kurangnya anak ada di sisi untuk menemani kan. Walaupun semestinya kita memerlukan suami sentiasa di sisi :)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. selamat bercinta hingga syurga n bahagia dengan kekasih halal Siqah.. =) 8 Tahun lama tu!
    Betul tu yang penting kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan kena ada pada diri masing masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) Masing-masing kena mainkan peranan kan aina. Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, eh? Hihi

      Delete
  5. heee.. kalau dah biasa PJJ inshaaALLAH.. tp bila dh halal, memg terasa kan.. ehh, lelebih yui. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Betul yui. Bila bercinta tu tak terasa sangat sebenarnya bila berjauhan, bila dah halal, sangat terasa ketiadaan masa berjauhan. Itu yang kalau boleh nak dekat je. Hii. Tapi ada kekurangan dan kelebihannya. Peranan masing-masing kena ambil berat :)

      Delete
  6. Hehe..!!..Pernah couple jarak jauh..Ain di Pahang, si dia di Perak..Percintaan hanya bertahan selama 4 tahun.. :) Lepas tu tak jodoh mungkin..Yang berlalu biarkan berlalu..Cinta sekarang kekal abadi bersama suami tercinta..Alhamdulillah.. :a

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jodoh antara ain dan si dia kerana jodoh ain dengan si suami :a Betul tu ain, yang berlalu biarkan jela. Yang penting adalah masa sekarang dan masa depan. Alhamdullilah, moga bahagia sentiasa bersama keluarga tercinta :a

      Delete
  7. Kakak jenis tak bercinta walau dah kenal dan sejak menikah tak pernah berjauhan except kalau abang outstation kerja dlm 2-5 hari. Dah berpuluh tahun hidup bersama rasanya kalau berjauhan memang lain macamlah Siqah. Tak tahu nak kata rindu ke tapi dah tua hihi.. Mungkin sebab dah jadi sebahagian hidup bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi lama bersama lagi terasa kehilangan kalau si dia tiada kan kak..siqah pun hanya bertahan kalau suami outstation je. Tak naklah PJJ :h semoga akak sentiasa dekat saja dengan suami :a

      Delete
  8. Kalau boleh tak naklah duduk asing, namanya pun suami isterikan....rugi kalau berjauhan ni. Tak payah tunggu pergi jauh Siqah kalau gaduh, masa baik balik tu pun perasaan tu dah muncul berdetup detap, malu malu kucing bila bersemuka haha.... Cintalah sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Lawaklah mak. Betul jugak tu. Bila berbaik selepas bergaduh, rasa macam hati berbunga kembali pulak ye :a Rugi kalau berjauhan tapi kalau dah terpaksa apakan daya..

      Delete
  9. sesekali berjauhan bolehlah tapi taknak lah pjj..susah rasanya akak hehehe

    betul sesekali bergaduh tu bagus juga sebenarnya kan, tapi jangan selalulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan kak AA :) Tak naklah PJJ, sesekali berjauhan tahan lagi lah nak hadap. Hii.

      Gaduh-gaduh sayang sesekali dibenarkan :h

      Delete
  10. alhamdulillah..setuju sgt..gaduh2 sbnrnya lbh membuka ruang utk knl satu sama lain lbh rapat..tp jgn kerap sgt la..><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.. Gaduh ada baiknya juga, membuatkan kita kenal pada pasangan cuma tak mahulah selalu sangat ye :)

      Delete
  11. bila berjauhan ni sebenarnya rasa cinta itu makin bertambah MV pun dulu mula2 bercinta PJJ...2 tahun baru jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa lama betul MV berjauhan dengan si dia.. 2 tahun tu jangka masa yang lama tu.. Alhamdullilah. Bahagia bersama :)

      Delete
  12. Hihihi... Baca part yg trip korea chika tggl aliff ... Teringat kisah yang kitaorg semua ckp " haih~ blum naik kapal terbang lagi , dah call " ... Tapi btul lah , pape pun in a relationship kena ada trust .... Masa 1st time g korea tak la rasa sgt rindu dgn hafifi ... 2nd time g ada lah rindu , tak sabar jugak rasa nak balik walaupun suka dgn Korea... Hihihi.... Nway, nice sharing .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Aliff biasalah. Risau lebih kekadang :h First time nak keluar negara katanya. Dia takde pulak tu. Hihi. Macam mana indah pun dunia luar, tetap akan rindukan malaysia kan.. Rindukan orang di Malaysia nanye :a

      Delete
  13. assalamualikum siqah
    memang betul tu bila berjauhan kita jadi lebih rindu ye dak
    rasa macam bila balik nanti nak buat yg baik2 je kan haha
    dalam hati mmg tak nak berpisah dgn jangka masa yg panjang
    tapi kalau dah Allah tentukan begitu kena redo lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak noor :)

      Hii. Kan kak noor, nak buat baik je bila dah lama tak jumpa tu. Sebab rasa membazir masa kalau nak gaduh ke merajuk ke apa. Hihi.

      Insyallah. Moga sentiasa dekat di mata dan dekat di hati hendaknya :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。