May 10, 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Assalamualaikum dan hello semua :) 

Baru sebentar tadi habis menonton filem #AADC2 Semua mesti tahu mengenai kewujudan filem Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002 yang cukup popular dan merupakan filem Indonesia yang menjadi bualan orang ramai. #AADC2 adalah kesinambungan daripada filem AADC selepas 14 tahun. 

 

Paling suka bab menari dalam AADC dulu. Comel sangat. Suka sampai menghafal step tarian :D 

 

Review aku mengenai filem ini 

Persahabatan
Aku sangat kagum dengan persahabatan lima sahabat iaitu Cinta, Karmen, Alya, Maura, dan Milly. Selepas 14 tahun, mereka masih bersama. Seronok sangat tengok mereka bercuti bersama. Walaupun ada perselisihan pendapat, masih tetap faham dan support each other. 

Percintaan
Kisah Cinta dan Rangga bertemu kembali selepas 14 tahun. Ada juga bibit-bibit cinta berputik kembali. Sweet juga lah cuma aku tak berapa gemar sebab Cinta sudah bertunang. Makanya, dah jadi bab curang lah kan? Aku cukup pantang kalau bab main kayu tiga, empat, lima. 

OST 
Lagu dalam AADC yang dulu jauh lebih best daripada AADC2. Mungkin kerana AADC1, mereka masih muda remaja, lagu comel je. Selepas 14 tahun, genre muzik haruslah sudah berubah. Aku lebih teruja dengar lagu Bimbang dan Suara Hati Seorang Kekasih daripada AADC dulu yang diberi nafas baru dalam filem AADC2. 

Keseluruhan Jalan Cerita
Bagi aku, biasa je. Tiada apa yang menarik sangat. Banyak kisah pertemuan semula Cinta dan Rangga selama 1 hari bersama. Walaupun tempat mereka pergi cantik terutama masa tengok sunrise, bagi aku masih biasa. Scenery lawa, cuma bagi aku tak cukup scene yang ada. Aku tak tahu apa yang aku nak, cuma yang pasti aku tak puas bila menonton filem ni. I want more!

 

View sunrise dari Punthuk Setumbu Bukit yang dijadikan lokasi pengambaran kisah Rangga dan Cinta. Lawa! Rasa nak beli tiket ke Jogyakarta sekarang! Hihi. *image google*

Point di atas hanyalah pandangan aku saja. Mungkin korang ada pandangan yang berbeza. Boleh kongsi di sini :) 

Sesiapa yang belum menonton, bolehlah pergi menonton. Lepaskan rindu pada filem yang digemari masa zaman muda remaja dulu. Hihi.  Yang paling kuat mendorong aku tengok filem ni adalah pelakon AADC. Teruja nak tahu kisah mereka selepas 14 tahun.

Apapun, 

Aku bagi lima bintang untuk tahap kecomelan Milly!!! 
(-‿◦) Dan, Dian cantiknyaaaaaa... 

Thank you for reading, 

Love,
  SiQaH

35 comments:

  1. assalamualaikum siqah
    ni cerita orang muda2 ni kan
    tak sesuai dah rasa nya heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak noor :)

      Hii. Haah cerita zaman muda remaja. Siqah pun melayan je. Hii.

      Kak Noor layan genre lain dah sekarang kan :h

      Delete
  2. Assalamualaikum siqah..

    dah tengok ye cerita ni, akak mungkin tak dapat tengok hihihi, en.azmi suami tak berminat nih, tunggu keluar di astro le gamaknya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak AA :)

      Suami siqah pun tak minat juga. Pening katanya tengok cerita indon sebab bahasa mereka. Tu yang pergi dengan kawan. Mujur ada peneman. Hihi. Takpe kak AA, tengok kat astro first pun okay dah. Boleh tengok berulang kali. Asalkan tengok :a

      Delete
  3. Best ya..hehe..akk masa aadc dulu pun tgk mcm tak tgk je..mmg bukan jiwa akk kutπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Betul memang bukan jiwa akak kot.. Akak mungkin sukakan genre filem yang berbeza kan? :j

      Delete
  4. Golongan yg muda mestilah suka cerita begini
    Kalau dah macam auntie ni alahai nak masuk panggung pun dah malas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Auntie lebih gemar berada di rumah. Sekarang pun dah ada banyak rancangan tv di rumah. Filem pun boleh ditonton di rumah je. Tak payah dah nak ke wayang :)

      Delete
  5. Replies
    1. Selamat menonton kak Azlinda! Cepat, sementara masih ditayangkan di pawagam :D

      Delete
  6. ala..xpergi lagi tgk..
    bizi sampai x sempat nak pergi tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minggu sibuk memang tak bekesempatan nak tengok wayang Nieyl. Wayang nie hanya sampingan. Ada banyak perkara penting perlu dilakukan kan :) Takpe, nanti ada masa, Nieyl pergi tengok ye :a

      Delete
  7. Memang tengah hot sangatkan AADC2 siqah..hehe..kalau yang tengok part 1 mesti lebih best dan menghayati..kak PC tak ikuti pulak..alahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 1 jauh lagi seronok daripada part 2. Maybe dulu zaman muda remaja kan. Comel je nampak. Hihi. Kak PC tak ikut cerita nie eh? Boleh je kalau teringin nak tengok. Part 1 ada je di Youtube rasanya :h

      Delete
  8. Assalamualaikum Siqah,

    Ramai kawan2 akak bagi feedback best utk movie ni.. Thanks for the review.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      Kak LZ boleh menonton juga nanti dan bagi review dari pendapat akak pulak :a

      Delete
  9. huhu..xtgk lg..tp mcm xbersungguh sgt pun nk tgk sbb xsuka...ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak suka, tak payah tengok pun takpe awak. Hihi. Takdelah wow best sangat pun.. Bolehlah nak melayan :h

      Delete
  10. xtgk lagi..tp tuh la ramai yg kate APDC 2 nie xberapa sgt..ramai prefer yg 1st..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kata ramai itu. Siqah pun rasa AADC dulu lagi best daripada yang ni. Layankan tengok sebab teruja nak tahu kesudahan cinta mereka :)

      Delete
  11. Gambar chika kst bawah dlm pokok lalang tu lagi comey...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kak Azimah πŸ™ˆ takde comel pun siqah. Siqah biasa je. Gambar lama tu. Suka so letaklah sebagai DP :h:a

      Delete
  12. Tak tengok lg cite ni. Tunggu Astro First la. Hihi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Boleh je tunggu astro first. Yang penting tengokkan :h

      Delete
  13. Replies
    1. Hihi. Kak mawar minat filem genre apakah? Seram, kelakar, or kanak2 riang? :D

      Delete
  14. sekejap dah 14 thn ya,dah ada sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sekejap je dah 14 tahun. Cepat masa berlalu :)

      Delete
  15. Sally belum terpanggil nak pi tengok..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Gaya nampak macam tak berapa minat je. Hihi. Tengok astro first je pun boleh sally :h

      Delete
  16. ingat lg dulu dok asrama, pakat dok tgk2 AADC dgn kwn2 mmg meletop citer ni dlu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..... Masa tu siqah form 4. Memang gila popular filem nie dulu. Sampai sekarang masih orang ingat lagi :a

      Delete
  17. akak memang x dpt la nak kongsi citer.
    yg no 1 dulu pun akak x tgk.
    ni kan plak nak tgk no2.
    memang tak faham la nanti kan apa plot nyer.
    but, nampak best citer ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Aida tak follow AADC ye..

      Menarik cerita yang kedua ni. Cuma siqah lagi suka cerita yang pertama :)

      Delete
  18. gigih donlod yg first sebab nak recall balik cerita ni sebelum tengok yg part 2. Btw, Rangga masa remaja lagi hensem dari dah dewasa. haha~
    tapi ok laa...romentik gittew bawa Cinta pegi panjat bukit segala.
    nak tawan balik Cinta katakan..

    :k :k :k

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。