Assalamualaikum dan hello semua :)

 
29 Mei 2016 
Selamat Hari Lahir Surfina!!
 Pejam celik dah 3 tahun usia Surfina. Cepat betul membesar. Ke Mak Lang je yang rasa cepat? Hii. 
Semoga menjadi anak yang baik dan solehah yang dapat menyejukkan hati umi ayah dan keluarga. 
Lepas ni, kita dah berjauhan. Surfina akan tinggal di Melaka. Mak Lang akan singgah jumpa Surfina dan Thaqif jika Mak Lang ke sana ye. 

 

Semalam, bersungguh Surfina nak pakai gaun yang baru dibeli. Design gaun inspired daripada kartun apa entah. Aku tak ingat. Lepas dah pakai gaun, haruslah posing nak bergambar. Tapi Surfina pemalu orangnya. Malu bila menjadi perhatian. Punyalah payah nak senyum. Ikut mood jugak budak ni. Hihi. 

 
A small celebration for Surfina :) 
Hari ni tahun pertama Surfina dapat menyambut hari jadi bersama ayahnya, Angah. Dua tahun berturut Angah pergi operasi masa birthday Surfina. Tahun ni, Angah operasi juga tapi boleh balik on weekend. Barulah dapat sambut bersama ayahnya :)

*birthday Surfina hari ni. Cuma kami sambut semalam* 

 
Kejap je cantik. Comot dah haa bila makan aiskrim. Hihi. 

Habis cerita pasal birthday girl, semalam juga aku sempat menjejakkan kaki buat kali pertama ke.. 

 

AEON Shah Alam
Besar tempatnya. Ramai orang sampai aku parking di luar je. Dan guess what? Memang aku hanya menjejakkan kaki saja ke sini sebab hanya 15 minit saja. Boring lah. Memang banyak kedai tapi rasa sama je dengan kedai di mall lain. Mungkin sebab aku jenis yang tidak suka pergi ke mall sangat. Cukuplah dengan Giant. Hihi. Cuma tempat makanan di AEON banyak! Kalau datang sini next time, nak makan je! :D

Setakat ini saja entri hari ni. Sebenarnya, aku sedang menunggu encik suami. Dia pergi mengundi Koperasi Tentera hari ni. Nak pergi melawat IKEA kejap lagi. Boring menunggu makanya update blog kejap. Hii. 

Korang, weekend buat apa? Dah pergi shopping raya ke? Hihi. 

Love,

Happy Birthday Surfina

May 29, 2016
Assalamualaikum dan hello semua :)   29 Mei 2016  Selamat Hari Lahir Surfina!!  Pejam celik dah 3 tahun usia Surfina. Cepat betul ...
Read more>>
Assalamualaikum and hello all :)

Today, I want to share about women's fashion. People are always keeping up with the latest fashion trends. Me? I'm not really know about fashion trends, only mix and match my outfit from my wardrobe. My all time favorite fashion is the fashion tops. I really love it because it is easy to mix and match. I have a lot of fashion tops! And always looking for a new one :)

Fashion tops have always been in the top list of every girl and working ladies. I believe all of you agree with me right? They are considered as one of the most popular wardrobe must-haves for every season. They could inject a fashionable touch to your wardrobe and give you a wider choice of clothes. 

Here, let's see 5 popular women fashion tops in 2016 among women this year. So what are you waiting for? Keep scrolling! 


I love this style! Blouse with bow from NINE2FIVE. Blouse with bow is totally in all the time. Boasting a silky sheer polyblend fabric, the pusyybow decorative on the front injects a sense of graceful feminine flair to your whole look. 


NINE2FIVE sleeve top makes waves with confidence when you add a tinge dramatic flair into your daily office attire. This top features a flared bell-silhouette accompanied by a daring V-neckline to accentuate sensuality while keeping things elegant and chic. Suitable to wear to work or having a good time with your friends.


Simple yet nice. Simple yet beautiful. Dorothy Perkins petite sequin tops infuses a hint of movement in your ensemble. Steeped in a neutral shade to equalize the focus on its embellished cuffs, this flowy blouse can be perfect choice to be worn for a brunch with your girls on a casual weekend. Always love this type of tops :)



Ohh I do love peplum style! But.. my husband does not approve this style. So I only can admire all the peplum tops. This one is one of my favorite. Lace Peplum Top from Zalia meets fancy in a minimalist construction with a belted peplum silhouette. Zalia is popular with their peplum top. This brand helps to step up your game to a high fashion level with clean outlines and luxurious feel that goes along with almost just about everything. 


Love this one too! Peterpan Collar Colour Block Top from Era Maya. It is so casual and simple and you can wear it anytime, anywhere.

From all the fashion tops above, you can guess that I really love simple fashion top. Like one of quote saying, "Simple is not always best, but the best is always simple."

 Are you having the same taste with me? Raise up your hands :)

No matter what you like, always wear whatever makes you comfortable and you will feel beautiful and it enhance your confidence level :)


ZALORA
Subscribe their newsletter and you will get RM25 gift coupon. 
Go and get it! And let's shopping online together :)

That's all from me today. 

p/s: maybe I can start with top 5 entries about everything I love and hate after this :)

Thank you for reading,

Till then,

Love,

Stylish Fashion Tops For Women

May 25, 2016
Assalamualaikum and hello all :) Today, I want to share about women's fashion. People are always keeping up with the latest fashion t...
Read more>>
Assalamualaikum dan hello semua :)

Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI, aku nak berkongsi sinopsis dan review mengenai satu filem Indonesia bertajuk, My Stupid Boss. 


Sebenarnya filem ini adalah adaptasi daripada buku popular di Indonesia hasil karya Chaos@work. Aku baru tahu yang filem ini adalah filem adaptasi setelah aku google mengenai filem ini sebelum berminat untuk menontonnya. 


SINOPSIS

Mengisahkan mengenai Diana (Bunga Cinta Lestari) yang berpindah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya (Alex Abbad). Diana mencari pekerjaan dan akhirnya bekerja di syarikat milik Bossman (Reza Rahadian) yang juga merupakan kawan karib suaminya dari Indonesia. Diana bekerja di sebuah pejabat yang memiliki semua pekerja luar negara. "Bossman always right" adalah prinsip yang dibuat oleh Bossman yang menyebabkan semua pekerja pening dan bengang. 

Di pejabat juga, tiada prinsip dan sistem yang membuatkan pengurusan menjadi huru-hara. Di sini juga, Diana berkenalan dengan rakan setugasnya yang lain iaitu Norashikin (Atikah Suhaimie), Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain), dan Mr Kho (Kinwah Chew) yang banyak menyokong Diana dalam prosesnya mengenakan kembali Bossman.



REVIEW

Filem ni kelakar! Pada awal filem aku dah ketawa. Hihi. Tingkah laku Bossman sangat menjengkelkan dan itulah yang membuatkan pekerjanya sakit hati dan bengang. Aku juga turut bengang dengan perangai Bossman. Dia punya sengal memang pada tahap tertinggi. Uishh ada ke ek bos camni? Pening wei nak layan. Mahu kalau aku berhenti je. Tapi bila memikirkan kontrak, semestinya akan teruskan pekerjaan sebab tak nak bayar ganti rugi pada syarikat. Itulah yang menyebabkan Diana masih setia bekerja di sini. 

Walaupun Bossman sangat sengal, ada juga satu sikap dia yang menarik perhatian dan membuatkan kita sedar bahawa orang susah yang tidak punya apa masih membantu orang lain yang susah daripadanya. Apa salahnya kita yang alhamdullilah memiliki segalanya walaupun tidak sehebat mana, bantulah orang di dalam kesusahan. Scene itu membuatkan airmataku bergenang. Rasa sedih melihat wajah-wajah itu.

Lagi satu yang kelakar dalam filem ni adalah kewujudan pelakon tambahan yang menjadi minah gosip di kawasan tempat tinggal Diana. Mereka adalah Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan ada lagi seorang pelakon aku tak kenal. Tengok gaya mereka bercerita, sangat Mak Jemah tau. Hahaha.


Filem ni boleh dilayan! Aku suka juga dengan rumah Diana dalam filem ni. Penuh warna warni kehidupan. Rasa ceria je masuk rumah dengan dinding warna oren. Hihi. Tapi hanya suka tengok je. Aku tak nak cat dinding rumah warna oren pekat gitu. Suka warna lembut :)

Dalam filem ni, Bossman (Reza Rahadian) agak lucu mukanya. Sebenarnya muka dia tidaklah lucu begitu. Agak good looking jugalah. 


Betul tak?
Bunga Cinta Lestari usah disangkal lagi. Selalu cantik. Suka tengok dia dalam Maharaja Lawak Mega 2016. 

Sekian saja entri ini. Pada sesiapa yang rasa berkenan, bolehlah terjah ke pawagam berdekatan :)

Imposibble We Do,
Miracle We Try!
*Bossman*

Thanks reading,

Till then,

Love,

My Stupid Boss

Assalamualaikum dan hello semua :) Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI , aku nak berkongsi sinopsis dan review mengenai satu filem...
Read more>>
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Buku ASB aku hilang! Tak tahulah mana aku letak. Dari awal tahun cari sebab nak update buku tapi tak jumpa. Hari ni aku ambil cuti separuh hari semata nak pergi renew buku baru. 

Kalau buku ASB hilang, hanya boleh renew di pejabat ASNB je. Tak boleh renew di Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB dan sebagainya. Kalau nak buat akaun baru, bolehlah pergi berurusan di ejen ASNB. 

 

Aku pergi ke pejabat ASNB di Pusat Dagangan UMNO Shah Alam yang terletak di Persiaran Damai Seksyen 11 Shah Alam. Seperti yang aku pernah cakap dalam ENTRI INI , aku suka berurusan di Shah Alam. Rasa tenang je. Hihi. 

Prosedur nak buat buku baru ASB senang je. Hanya 10 minit saja aku berada dalam pejabat ASNB. 

First sekali, isi Borang Buku Hilang (ASB Sahaja). Lepas tu, ambil nombor dan tunggu angka giliran dipanggil. Masa aku datang, nombor aku terus dipanggil. Itu yang cepat. Perlu membawa IC dan bayar RM10. Settled! 

Lepas ke ASNB, aku terus ke Standard Chartered Bank Saadiq Shah Alam sebab nak tukar kad atm aku yang rosak. Sayangnya, tak boleh buat di sana. Sebab kad atm aku adalah kad biasa. Mereka hanya boleh buat kad atm islamic saja. 

Lepas tu, aku terus bergerak ke Citta Mall. Niat untuk menonton filem My Stupid Boss. Baca review orang kata filem ni best bangat! Kasi kita gelak gitu kan. Pokoknya aku mahu menonton kerana aku mahu juga ikutin sama gelak sih. Hahaha! Dah cakap bahasa Indonesia, hentam saja kerana bulan ni saja aku sudah menonton dua filem dari negara seberang. Filem pertama adalah Ada Apa Dengan Cinta 2 ( review dalam ENTRI INI ). Menonton berseorangan saja hari ni. Aku sorang saja yang cuti kan? :D

 
Sementara menunggu waktu tayangan, aku makan di Beans N Beans Korean Cafe. Aku tak ambil lunch hari ni, so inilah lunch aku. Nampak sikit tapi kenyang. Alhamdullilah. Aku ada buat review mengenai kafe ini dalam ENTRI INI

Lepas habis tengok wayang, My Stupid Boss ( akan aku bagi review mengenai filem ni dalam entri yang lain ye ), aku beli Hazelnut Chocolate Chatime dan terus pulang ke rumah. Haa dalam wayang tadi, hanya 7 orang saja ada. Duduk jela mana-mana. Hihi. MBO Cinema Citta Mall selesa cuma harga mahal sikit. Ke aku yang rasa mahal sedangkan harga standard gitu? 

Sebelum Maghrib, aku dah sampai rumah. Alhamdullilah. Begitu saja cerita pada hari ni. Nanti malam, aku buat review mengenai filem My Stupid Boss ye. 

Thank you for reading,

Till then,

Love,

Buku ASB Hilang! Mari Buat Buku Baru!

May 24, 2016
Assalamualaikum dan hello semua :)  Buku ASB aku hilang! Tak tahulah mana aku letak. Dari awal tahun cari sebab nak update buku tapi ta...
Read more>>
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Kesinambungan daripada ENTRI INI , aku nak bercerita pula mengenai kisah #gengmakankeperhentian ke Windwill Pulau Perhentian. Dah nama Windwill mestilah atas bukit kan, dan perjalanan mestilah mencabar. Tapi masa ni, aku yakin aku boleh menempuhi perjalanan itu dengan baik sekali. Yakin! 

Kami bergerak ke Windwill pada jam 3.30 petang bersama dengan kumpulan lain. Pada mulanya perjalanan indah je dan akhirnya bermula perjalanan yang mencabar. 

On the way ke sana, kami menempuhi perjalanan seperti gambar di bawah: 

 
Cabaran pertama! 
Mendaki sikit je masa ni. Baru bermula perjalanan makanya semangat masih kental di dada! :p

Berakhir cabaran pertama dan kami tiba di Long Beach. Lawa sangat Long Beach. Cuma agak sesak sebab ramai orang! Ini pantai paling happening di Pulau Perhentian Kecil. 

 

 

 

Perjalanan berterusan mencabar bermula di sini: 

 

 
Cabaran kedua! 

 
Cabaran ketiga! 
Chiayok! 

 
Cabaran keempat! 

 
Last! 
Dah dekat nak sampai masa ni. Takdelah dekat sangat sebenarnya, adalah ambil masa 20 minit lagi.  

 
Ada jumpa juga Menara Celcom. Di sini, sempatlah post satu gambar di Instagram. Walaupun aku guna Maxis. Hii. Kami berehat sebentar di sini. 


Bila nampak je kincir angin, tandanya dah sampai!! Yeayyyy! Seronok tak terkata masa ni sebab aku dah semput. Serius! Ketahanan mental masih ada walaupun ketahanan fizikal sudah berkurang masa ni. Yakin kan pada mulanya, yakinlah dapat sampai ke atas. Bila dah sampai, happy lah! Hihi. 

Kami berehat sebentar di kawasan ni. Tak nampak laut lagi pun. Masih kena berjalan sedikit lagi untuk nampak laut dari kawasan sini. 

Berjalan dan berjalan ke arah laut di sebelah kiri.. 

Dan akhirnya,

 

View semasa sudah nampak laut!
Masa ni, kami masih berada di kedudukan paling atas di Windwill.
Subhanallah. 
Cantik sangat. Dengan laut dan langit biru serta kehijauan alam. 

Dari sini nampak dah tangga yang perlu dilalui untuk sampai ke bahagian bawah Windwill, kami pun bergerak perlahan-lahan menuruni tangga. Masa ni dah excited sebab dah nampak view cantik! :) 

 
Subhanallah. Sangat cantik! 
Rasa hilang penat lelah hiking dan turun tangga :) 

 
Tangga yang banyak! Tak kira pulak ada berapa anak tangga. 
Agaknya kalah tak jumlah tangga di Batu Caves? :D

Jom layan gambar keindahan pemandangan yang membuatkan kami tidak jemu melihat. Rasa tak nak balik pun ada. Subhanallah. 



 


 

Orang memang ramai di sini tambah lagi bila makin lewat petang. Pandai-pandailah ambil peluang untuk bergambar. Ambil turn ye :)

 

#gengmakankeperhentian
Aku, Nadiah , Syira, Hanisah, Tasha 
Siapa ambil gambar ni? Tripod Nadiah jawapannya. 
Korang boleh juga terjah blog kawan aku, Nadiah di SINI
Hanya kami berdua kaki blogging :D 

 

Aku dan Tasha hanya turun tangga sampai ke sini saja. Sebab aku dah tak larat nak turun lagi memandangkan satu kerja lagi bila nak naik tangga nanti. Satu lagi sebab, aku takut bila melihat anak tangga yang sudah berkarat dan ada yang aku pijak anak tangga agak tidak stabil. Makanya sampai di sini sajalah. Tak nak ambil risiko. 

Hanya Syira dan Nadiah saja yang kental turun sampai ke bawah. Gambar-gambar di bawah semua daripada mereka berdua :) 

 

 

 

 

 

 

Lawa sangat bila nampak dari jarak dekat kan? Aku hanya mampu tengok gambar jela. Hii. Ada juga yang sampai ke hujung jambatan tu haa, nampak tak? Gigih sungguh! 

Lebih kurang jam 5.30 petang, kami bergerak pulang. Orang yang bawa kami dah risau dan asyik bertanya mana Syira dan Nadiah. Mereka takut hari dah gelap dan sukar untuk turun kembali ke pantai. Aku sms mereka berdua dengan harapan adalah line kat bawah tu haa. Sabar menunggu dengan harapan lagi mereka bawa pulang bersama gambar dan video yang cantik. Maklumlah, tak boleh turun sampai bawah kan. And they did! :) 

 

Lebih kurang jam 6 petang kami tiba di Long Beach dan mengambil keputusan untuk lepak sambil minum petang di sini. Melepaskan penat lelah naik dan turun dari Windwill.

 

Menikmati minum petang sambil melihat pantai :)

Makanan yang tiada dalam gambar adalah kerepok lekor dan neslo ais! Kat sini, harga mahal lah sikit. Biasalah pantai kan. Neslo ais je dah RM5. Mujur sedap jugak! 

Kami tiba di Senja Bay Resort selepas Maghrib dan terus makan malam.  

Selepas pergi ke Windwill dengan tiada pengalaman, di bawah aku share tips untuk ke Windwill:
1. Pakai kasut / selipar yang selesa dan sesuai 
Perjalanan melalui jalan pantai dan kena hiking. Aku pakai selipar jepun je masa ni. Rasa lebih sesuai kalau pakai kasut. 

2. Bawa air
Sesungguhnya, akan kepenatan untuk tiba di Windwill. Air adalah penting. Recharge your energy! 

3. Warm up
Aku rasa perlu tambah lagi untuk mereka yang kurang senaman macam aku. Aku mendaki tanpa warm up. Mujur otot dan badan aku tak terkejut. Hihi. 

4. Bawa kamera / smartphone / tripod / dll 
Haha! Nak jugak masukkan benda ni dalam list tips. Takkan lah korang lupa benda wajib ni kan? Rasa benda ni lah benda pertama yang korang akan bawa. Hii. Mesti ambil gambar sepanjang perjalanan :) 

5. Bergerak awal 
Lebih baik pergi awal dan sampai sana awal makanya bolehlah lama menikmati pemandangan indah. Orang pun tak ramai sangat kalau sampai awal. Nak turun sampai ke bawah pun boleh. Hati-hati ye. 

6. Bawa duit
Diperlukan agar lepas pergi Windwill, korang boleh lepak di tepi pantai. Hii. Macam tak perlu je letak dalam tips. Saja nak menambahkan tips, boleh? :D

Kesimpulannya, Windwill adalah tempat wajib yang korang kena pergi kalau ke Pulau Perhentian. Memang penat mendaki tapi pemandangan yang korang akan lihat selepas itu, sangat indah. Terpegun melihat keindahan ciptaan Allah. Subhanallah. 

Sekian saja entri mengenai Windwill. Pada mulanya nak gabungkan sekali kisah kami snorkelling dalam entri ni, tapi tak jadilah. Panjang sangat dah entri ni. Kisah kami snorkelling di Pulau Perhentian akan disambung dalam entri seterusnya, Part 3 okay (^_^)

Stay tuned and thank you for reading, 

p/s: semua gambar adalah daripada kami berlima. Ambil gambar guna phone masing-masing dan kemudian transfer melalui AirDrop dan iCloud Photo Sharing. 

Till then,

Love,

Geng Makan ke Pulau Perhentian: Part 2 - Windwill

May 23, 2016
Assalamualaikum dan hello semua :)  Kesinambungan daripada  ENTRI INI  , aku nak bercerita pula mengenai kisah #gengmakankeperhentian k...
Read more>>
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Hari ni nak update mengenai apa yang kami #siqahaliff buat masa weekend? :) 

SABTU 
  • Baca novel 
Aku duduk baca novel dari pagi sampai ke tengahari. Ada buat entri mengenai novel itu DI SINI

  • Hutang puasa sudah habis dibayar :) 
Alhamdullilah. Dah selesai bayar hutang puasa tahun lepas. Macam mana semangat pun aku nak ganti puasa setiap tahun, pasti akan berakhir dalam bulan Syaaban juga. Aiyak. Yang penting, habis ganti kan walaupun lebih afdal jika buat awal :) 

Makanya, berbuka puasa di Sushi King semalam sempena sambut hari terakhir ganti puasa. Hehe. Bersungguh! Dahlah habis ganti pun lambat. Beriya kau nak sambut ye? Haha! 

 

Encik suami juling mata makan Sushi King! 

  • Menonton perlawanan bola Pahang vs Johor DT 
Kena gulai kawah Pahang semalam. Salam 6 - 0. Tahniah JDT kerana kini sudah berada di tangga teratas Liga Super Malaysia 2016. Sebenarnya semalam plan nak ke IKEA tapi dibatalkan sebab Erysya jadi pengiring kapten Pahang masa masuk padang di awal perlawanan. Bersemangat nak tengok anak saudara punya pasal, Mak Lang batalkan niat nak keluar malam. Bersungguh lagi kan Mak Lang? Hehe. 

 

Erysya, anak kecil pengiring kapten Pahang :) 

 

Erysya sorang je girl dengan rambut gaya Elsa :) 

Ayah aku pula tak memasal semalam tengok bola. Sebab cucu dia masuk tv katanya. Sedangkan cucu dia keluar tv masa awal perlawanan je. Hihi. Siap bagi komen yang buat aku gelak besar. 

 

Apa kaitan pemain Pahang main dengan minum air tebu Ayah oii!! Hahaha! Siap aku pulak tanya suami, "orang Pahang suka minum air tebu ke?" Hehe. 

AHAD
  • Melawat IKEA
Aktiviti melawat IKEA berlaku hari ni. IKEA Damansara dekat je dengan rumah cuma aku malas nak ke sana. Jalan sesak. Hari ni, seawal jam 10.30 pagi kami dah berada di IKEA. Seronok rasanya, banyak parking masa tu! Hihi.

 

Niat di hati untuk survey barang dan harganya saja. Maklumlah nak raya ni. Mulalah mencari apa yang nak dibeli. Dalam beg tu, ada Bastis je dan pinggan. Hii. 

Kalau pergi IKEA, yang paling aku suka adalah hiasan dalaman dan barang-barang IKEA yang simple dan menarik. Cuci mata ler kalau ke sini. 

 

Selamat Hari Lahir Tasha! Hii. Hari ni birthday Tasha ( salah seorang daripada #gengmakan ). Semoga bahagia sentiasa dan mendapat apa yang dihajati :) 

  • Melawat Setia City Mall 
Datang sini semata nak ke Kaison. Selain IKEA, aku suka juga barang-barang yang dijual di Kaison dan D.I.Y. Seronok jalan-jalan kat kedai hiasan rumah camni. Pastu duk berangan nak buat apa kat rumah. Tapi, semestinya, no money, you can only talk and see lah. Hihi. Takpe, survey dulu, insyallah ada rezeki nanti beli :) 

Di sini juga, aku cuba minuman baru. Rasa kedai ni baru buka atau aku yang dah lama tak pergi ke Setia City Mall :D 

 

Ini kedainya. 
Sangkaya. 
-Nuts about Coconuts- 

 

Kedai yang simple dan kecil je. Sesak jugaklah masa beli kat sini. 

 

Aku beli ini je. CoLatte! Coconut + Latte. Cuaca panas dan aku beli juga air panas. Alamak! Bila pergi makan di kedai luar, minta ais satu gelas. Jadilah Iced CoLatte. Minumannya pekat sangat, bagi aku kalau light sikit rasanya, mesti sedap! 

 

Encik suami fe-feeling main getah, zero point :D

Itu sajalah al kisah kami selama dua hari ni. Sekarang, aku sudah berada di rumah. Rehat dan mungkin akan sambung baca novel :) 

Korang buat apa weekend ni? Mesti banyak aktiviti kan? Kalau duduk berehat di rumah je pun syok jugak. Apa pun, asalkan buat bersama orang tersayang :) Masa weekday, sibuk bekerja, weekend jela nak luangkan masa banyak bersama. 

Diakhiri entri ini dengan gambar:

 

Keindahan langit dan awan. Always look up! 
Subhanallah. Love it much :) 

Thank you for reading,

Till then,

Love,

Aktiviti Weekend ~ Survey

May 22, 2016
Assalamualaikum dan hello semua :)  Hari ni nak update mengenai apa yang kami #siqahaliff buat masa weekend? :)  SABTU   ...
Read more>>