April 12, 2016

The Shore Sky Tower, Melaka

Korang pernah dengar satu tempat di Melaka, nama diberi The Sky Tower. Aku dah lama tahu mengenai tempat ni sebab ramai post gambar di Instagram. Cuma ahad lepas aku berkesempatan datang ke sini. Hii. Encik suami sibuk sangat dalam dua minggu lepas, aku asyik ditinggalkan sendiri. Jadi dia janji nak bawa aku berjalan sebab dia akhirnya dapat cuti. Plan nak stay di salah satu tempat penginapan yang aku berkenan tapi bila call, tempat tu dah full. Maklumlah last minute plan :( Terpaksa ubah plan dan plan berubah arah ke Selatan. 

Okay. Berbalik kepada cerita seperti tajuk :p Sebenarnya The Sky Tower terletak di tingkat 43 di The Shore Shopping Gallery, Melaka. Ketinggian pada aras 163 meter. Tinggi weiii! 


Bayaran: RM18 sekali masuk / person. 
Cara nak pergi sini: 
Waze The Shore. Kami guna waze sebab serius tak tahu di mana lokasi. Dah sampai, park kereta ( free parking ). Pergi ke tingkat 2 The Shore shopping gallery, naik lif di area food court, Kampung Sepuluh. Naik lif sampai tingkat 41. Lepas tu, kena naik tangga sampai tingkat 43. Gambar di atas ni laluan yang kena tempuh nak menuju ke tingkat 43. Masa jalan atas ni, agak seram jugak. Seram sikit je, teruja banyak! :D 


Sempat bergambar di laluan 

Lebih kurang 10 minit ( tambah masa berhenti ambil gambar ), kami sampai di tingkat 43.

Dan view seperti gambar di bawah: 


The main attraction here at level 43, The Shore Sky Tower and the main reason I came here :) Aku rasa benda ni cantik, kalau ada a guy proposing here, macam comel je. Haha! Tapi kena tahan panaslah oii! Hihi. 






Encik suami dengan gaya lompatannya. Tak kan nak berdiri tegak je macam aku :p 

 


Kolam ikan koi pun ada tau. Segar bugar tengok ikannya :D

Korang boleh ambil gambar sebanyak mana nak ambil. Cuma ada satu tempat tu, kamera tidak dibenarkan. Tempat di bawah ni haa: 


Bukan tak boleh ambil gambar. Boleh cuma mesti pakai kamera yang disediakan oleh pihak The Sky Tower. Bayaran untuk sekeping gambar adalah RM45. Aku tak bergambar pun di sini. Hanya berjalan sebentar je. Seram jugak! 


Walaupun yakin cermin yang digunakan semestinya berkualiti tinggi, tak payahlah nak test bersandar pulak ek :D 

Boleh lihat pemandangan sekitar bandar Melaka di sini. Bagi aku, view nya lagi best dan luas daripada di Menara Taming Sari. Kira kalah dah lah Taming Sari :D







Ada 2 bangunan berdekatan. Aku suka tengok rooftop bangunan tu. Bestnya kalau boleh menginap di situ *berangan* 

View rooftop bangunan sebelah: 



Hanya 20 minit kami berada di atas. Tak sanggup lama sebab cuaca panas walaupun tak terik sangat. 

Bergerak turun dari tingkat 43 dan lalu di sini sekali lagi. Aku suka juga dengan kafe di bawah. Tak tahulah untuk resident saja atau orang luar boleh masuk. Menarik! 


On the way nak ke bawah pun, masih sempat berhenti di tangga. Nak bergambar punya pasal :D



Dan akhirnya kami tiba juga di bahagian shopping gallery. Plan nak ke Ocenarium tapi macam mahal je harga dan tak tahu apa ada di dalam. So tak jadi dan encik suami bergambar pula dengan transfomers. Hahaha! 



Sebelum keluar dari sini, kami singgah untuk minum petang di kedai dalam The Shore. Nama kedai U Love. Tak pernah dengar. Terjah je dan nasib baik air latte kau memenuhi citarasa aku :D 


Sekian saja kisah di The Shore Sky Tower, Melaka. Bagi kami, ( encik suami pesan suruh tulis di blog begini :p ), bayaran RM18 agak tidak berbaloi sebenarnya. Tapi iya, we pay for the view so layankan jela 。^‿^。 Pergi sekali sudah. Tak payah nak pergi banyak kali. View sama je :) 

Keluar dari sini dan kami terus menuju ke Muar. Balik kampung mentua aku :) 

Agak panjang entri kali ni ye. Banyak gambar nak dilampirkan sekali. Hihi. Maklumlah dah suka bergambar kan (-‿◦)

Oppss sebelum terlupa, ada juga rakam video sikit-sikit semasa di sana. Video 20 saat boleh tengok di bawah :)




Thank you for reading,

Sehingga bertemu lagi,

Love,
  SiQaH 

29 comments:

  1. Menarik sangat sky tower ni, memang kalau ada peluang nak pegi sini..akan tetapi ewah hehe.. tak da rezeki lagi..pandai posing sweet couple :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Ada peluang nanti kak fai boleh ke sini :)

      Delete
  2. Cantik..tp saya seorang yg gayat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba hapuskan perasaan gayat kak azlinda dengan naik tempat tinggi. Yeahhhh! Seronok kak rasanya nanti :)

      Delete
  3. ohhhh tempat nila yang kawan saya pergi. bila tengok lantai kaca tu haaa. confirm gayat kalau nak naik. sekarang byk penyakit gayat wuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Boleh cuba naik dulu. Kalau gayat boleh pegang kawan. Hihi. Seronok :D

      Delete
  4. Pernah dengar tempat ni. Hari tu plan dengan classmate nak pergi sini memandangkan semua dah berkahwin, last last tak jadi. After this kena g ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau dah kahwin, susah sikit nak luangkan masa bersama kawan. Siqah pun macam tu jugak :) Nanti ada masa Ain pergi ye. Kejap je duk atas tu :)

      Delete
  5. berapa harga tiket, ehh ada tiket ke nak naik ni? mcvm best jer, dah bahaya tak bawa bdk2 naik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm18 sekali masuk. Kalau untuk budak2 tak sure brape. Tak bahaya pun awak. Tempat secure :)

      Delete
  6. Kalau utk posing-posing atau pengantin buat outdoor shoot cantik sangat ni Iqa.
    Tapi jgn sampai tergelincir masa bergambar - apa lagi pengantin malulah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak :) Memang cantik kalau buat photoshoot sini. Tempat agak limited tapi okaylah. Hii :D

      Delete
  7. Serious cantik giler tempat....

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Best sini! View lawa. Luas nampak melaka. Rooftop pun cantik.

      Delete
  9. cantiknya view......haish...nak kena ajak husbandpergi lah gini..hihi

    ReplyDelete
  10. Cantik nya view.! Mmg sesuai utk photoshoot... Hihihi. Ok next wishlist melaka la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sila sila next wishlist. Boleh buat photoshoot sini :)

      Delete
  11. ok dah buat video dah ...nice =) ..lagu paling best yank

    ReplyDelete
  12. OK tq sharing info Siqah.... RM18 henggit ek? Kalau dah 5 orang dah bape tu.... Tak pelah hihi....setakat nak tgk bando Melaka je ek...Tengok kat blog awak pun dah puas Siqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak duit nak keluar kalau 5 orang tu. Hihi. Tengok gambar pun okay jugak mak. Sana takdelah apa sangat. X berbaloi gak nanye rm18. Huhu.

      Delete
  13. haritu pergi the shore tak sempat pun nak terjah tower dia ni. nice view! cantik2 je semua gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time pastikan awak terjah tower tau. At least naiklah sekali. Hihi. Tq awak :) Gambar guna phone je :)

      Delete
  14. aida lom gi sini lagi siqah.
    teringin nak ajak anak2.
    dok aje melaka, the shore pun x sampai2 lagi hu hu hu...
    ramai frens blogger da sampai. jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau duduk melaka, lagilah tak pergi tempat di melaka. Hihi. Takpe aida, dah dekat nanti bila2 boleh bawa anak ke sana :)

      Delete
  15. Alahai ruginyaaaa.. Lea tataw ada tempat camni kat melaka.. Adoyaiii..!!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。