April 09, 2016

Sabtu ~ Buat Apa Je?

Salam semua :) Buat apa di hari sabtu ni? Mesti masing-masing ada aktiviti bersama keluarga atau kawan-kawan kan? Aku saja nak berkongsi aktiviti aku pada hari ni ( agar blog ni tidak berhabuk :p ) 

  • Kerja di pagi hari
Bulan April adalah bulan untuk aku kerja. Turn aku kerja pada hari Sabtu adalah mengikut pada bulan, bukan minggu seperti sebelumnya. Aku lagi prefer kerja ikut bulan. Senang nak plan cuti. 

  • Repair kereta
Kali ni, baiki aircond yang sudah tak sejuk lagi. Sedangkan aku baru je tukar compressor. Haih, kereta dah lama, macam-macam ragam lah. Tapi tak kisah. Aku layankan je. Yang penting kereta dah habis bayar :) Cuma sekarang tengah kumpul duit nak cantikkan kereta aku. Kasihan Adam, buruk dia. Sabar ye Adam, nanti Adam jadi handsome. Hihi. Ohh ya, nama kereta aku Adam. Haha! Saja je bagi nama Adam. Nak follow orang lain bagi nama kat kereta. Korang ada bagi nama kat kereta korang tak? Apalah agaknya nama kereta korang ek? Hii (^_^)

  • Dobi
Kerja dobi di hari cuti sudah menjadi kewajipan bagi aku. Cuma kali ni, hanya aku sorang pergi dobi. Encik suami pergi baiki motor dia. Banyak benda nak baiki. Esok mungkin kami nak ke tempat lain. Sebab Isnin kami cuti. Yeayyy! Hari ni, aku keseorangan di dobi dan mulalah aktif blogwalking. Hihi. Tak lama pun blogwalking sebab takut! Takut dengan hujan lebat dan guruh kilat sabung menyabung! Kuat sangat bunyi! Uhhh seram nak pegang phone walaupun berada dalam bangunan. Duduk termenung jela selepas siap lipat baju. 

  • Matahari muncul akhirnya

Matahari muncul selepas hujan lebat petang tadi. Alhamdullilah. Sejuk sikit bumi ini :) 

Itu saja cerita di hari Sabtu. Sekarang sudah selamat berada di rumah. Hujan dah berhenti tadi baru aku boleh gerak. Malam ni, duduk rumah saja bermalasan dan menonton tv :) 

Selamat bercuti semua :) Gunakan masa cuti ni dengan sebaiknya. 

Thank you for reading,

Sehingga bertemu lagi,

Love,
  SiQaH

36 comments:

  1. Happy weekend :) berdobi tu sudah mesti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy weekday Kak Fai :) Baru hari ni berpeluang nak reply komen. Hii. Kan berdobi sudah mesti :)

      Delete
  2. selamat malam siqah
    banyak nya aktiviti tu sama lah kita lebihkurang aktiviti tu
    tk habis2 repair keeeta adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi kak noor :)
      Haih, repair kereta jela kak. Bertubi2 rasanya. Huhu.

      Delete
  3. hai adam..hihihihi...kak PC di rumah je siqah sebab minggu lepas agak sibuk..jadi minggu ni santai di rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak PC :) Hihi. Bestlah kak duduk rumah je for weekend. Kadang2 memang kena camtu. Relaxing je di rumah. Best best!

      Delete
  4. curlas nama kereta akak. adam pulak tu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh ~~ Curlas. Susah nak dengar tu. Camne dapat inspirasi nama curlas agaknya ye kak mazni? Adam say Hi :D

      Delete
  5. dan bg sy pulakk,sabtu hr mula kelass,,--

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa kesiannya dia. Takpe2. Belajar ye amira. Nanti takde kelas, boleh rehat dan bercuti :)

      Delete
  6. Rajin nyaaaa chika update blog sekarang... Bagus2 ... Teruskan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kita tengok sampai bila mampu bertahan :D

      Delete
  7. Semalam budak2 ada traininh taekwando je.lepas tu stay je la mereput kat rumah..boring betul..hari ni mmg dari pagi sampai ke petang keluar je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaa! Keluar ke mana agaknya tu ye? Hii. Nanti saya terjah blog akak. Tak berkesempatan lagi nak terjah. Hari ni baru masuk kerja :)

      Delete
  8. Assalamualaikum Siqah....Sabtu lalu...akak kat rumah sahaja....tanam pokok bunga...heheheh...dpatlah tambah 4-6 pasu baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak fida :) Bagusnya akak menanam pokok bunga. Boleh geng dengan mama siqah. Bunga aje kerja dia. Hihi. Banyak pasu bunga tu. Cantik rumah akak nanti :)

      Delete
  9. haha kelakar pulak kereta nama adam.tak pernah bagi nama kat kereta.so tak terfiir lg nak letak nama apa.tunggu la kot ada kereta baru nanti.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Nanti kalau kak PK beli kereta baru, sila bagi nama ye. Tak sabar siqah nak tahu nama kereta kak PK ni. Hihihi.

      Delete
  10. sis pon keje jugak hari Sabtu. tapi sampai kol 1 ajer lah.
    petang main masak2 jer kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 tuk team kerja sabtu. Hihi. Main masak2 seronok. Kalau menjadi masakan, lagi bertambah seronok :)

      Delete
  11. amboiii kemain kereta nama adam ye...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Adam say Hi to kak Wahida :D

      Delete
  12. sabtu..malasnya..rasa nk tidur je hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn ~ Memang kalau weekend rasa nak tidur rehat je di rumah. Kadang2 badan perlu rehat sungguh2 masa weekend. Tapi biasanya tak jadi gitu. Hihihi

      Delete
  13. Replies
    1. Hii. Tq kak mawar kata adam comel. Tapi nanye adam tak comel lagi. Hihihi :D

      Delete
  14. hari mggu yui mmg duk umh lyn kucing ajeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti seronok kan hujung minggu berehat sambil layan kucing kesayangan :)

      Delete
  15. Hari sabtu, kemas2, basuh2, shopping brg dapur..tulah kejenya..

    Siqah, lmbtlah nk loading blog siqah kt phone, berat kot blog siqah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja setiap minggu ;)

      Alaaa.. Camne nak ringankan blog? Siqah guna template yang berat ke? Huhu.

      Delete
  16. Kihkih kita geng lah. Kereta akak pun ada nama. Dulu nama Delco,..kereta sekarang nama Charly ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Charly!! Menarik nama tu. Sesuai dengan tuan kereta :D

      Delete
  17. cuti ISnin la best, org dah tak ramai nak beli brg, tengok wayang etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bolehlah cuti isnin setiap masa. Habislah cuti tahunan 😄

      Delete
  18. sabtu akak sgt busy, siqah.
    tak cukup masa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk melayan anak-anak dan keluarga semestinya kan kak :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。