April 26, 2016

Misunderstood :(


Pernah tak korang rasa bersalah sangat bila korang salah faham mengenai sesuatu perkara? Aku baca entri tu sepenuh hati, tak tinggal walau satu perkataan pun tapi masih aku tak faham cerita sebenar.

Cuma aku agak pelik kenapa beliau menggunakan 'past tense' untuk entri itu. Tertanya-tanya juga, kenapa tak 'present tense'. Bila 'past tense', meaning you are no longer in that situation. Aku tak pandai sangat English cuma setakat bab tu aku tahulah jugak. But, still I congratulate her dalam hati saja. Not leave a comment. 

And just 8 hours ago, she posted another entry! Dan ternyata semua orang salah faham mengenai entri beliau yang pertama termasuk aku! OMG! Aku mintak maaf sangat sebab dah salah faham. I'm truly sorry. Rasa bersalah sebab bila orang ucap tahniah pada kau tapi perkara tu sebenarnya tak jadi, so rasa terbeban kan? Luckily, you are not feeling like that. 

Apa pun, aku minta maaf sekali lagi. I'm empathy you.  It was truly hurts when I know that you were no longer pregnant and it was your second pregnancy. Besar sungguh dugaan untuk diri kamu. Sesungguhnya, Allah pilih kamu untuk ujian itu kerana DIA lebih sayangkan kamu. Insyallah, semoga ada rezeki untuk kamu kelak. 

Membuatkan aku berfikir, masih ada orang lain yang diberi ujian lagi hebat daripada Allah. Diberi pengalaman mengandung tapi tidak kesampaian hajat untuk melahirkan dengan sempurna. Membuatkan aku lebih bersabar dan bersyukur atas semua yang aku alami sekarang. Aku masih belum dikurniakan rezeki anak walau hampir dua tahun kami berkahwin dan bila tahu mengenai kisah beliau, aku rasa sangat terkesan. Lagi hebat dugaanmu.

Semoga kita terus berdoa dan berusaha agar diberikan apa yang kita hajati. Insyallah, satu hari nanti akan diperkenankan doa kita. Kalau tidak juga, anggaplah ianya dugaan untuk kita di dunia ni. Jangan pernah putus asa dan jangan pernah sesekali berhenti mencuba. 

Thank you for your sharing your story, RNadiaSabrina, and please don't stop sharing with us.. 

Love,
  SiQaH 

38 comments:

  1. InsyaAllah..semoga rezeki awak untuk dapat anak dimakbulkan..jgn putus asa ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak atas doa yang diberikan. Amin πŸ˜ŠπŸ™

      Delete
  2. Bukan mudah untuk kita memahami kisah orang lebih lebih lagi jika banyak kiasnya..tapi percayalah itu salah satu cara merawat luka...akak setuju dengan siqah...masih ada orang lain terima ujian yang lebih hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PC. Sukar juga memahami kisah orang lain sebenarnya. Kita cuba nak masuk dalam dunia dia dengan cara memahami tapi salah juga. Kan kak, masih ada orang yang menerima ujian lagi hebat. Moga kita semua tabah walau apa pun yang jadi..

      Delete
  3. Terus berdoa dek...InsyaAllah satu hari pasti Allah kabul kan.....berdasarkan pengalaman akak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kak :) Terima kasih atas doa yang diberikan. Amin πŸ˜ŠπŸ™

      Delete
  4. Kan yank ... Empathy for her ... But she is a strong woman untuk hadapi dugaan besar .

    Mungkin , kita yang melihat dan baca dah rasa berat ... Lagi berat bahu dia yang memikul.

    Just we pray the best for her . Doakan dia kuat semangat . Semoga Allah beri rezeki dan sinar dalam life beliau , satu hari nanti . Amin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan yank. Semoga Allah beri rezeki kepada beliau. Semoga beliau tabah hadapi semuanya. Amin..

      Delete
  5. tapi masih bernasib baik sebab x tinggalkan komen.
    kalo tinggalkan komen nesti lagi rasa bersalah kan~
    hehehehe

    betol tuh.. jangan pernah putus asa. usaha! usaha! dan terus berusaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul tu awak. Kalau siqah tinggalkan komen, mesti rasa lagi bersalah. Rasa nak delete je komen tu balik. Hii.

      Terima kasih atas semangat yang diberikan! Usaha! Usaha! Usaha! 。^‿^。

      Delete
  6. patah hati akan menguatkan hati mbak Siqa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kuatkan semangat kita :)

      Terima kasih ye singgah blog siqah :)

      Delete
  7. Begitulah Iqa. Selagi kita hidup pasti ada ujian
    Tapi kena percaya bahawa setiap ujian pasti ada hikmahnya
    Mana tahu kelak ada yg lebih indah disebalik menanti. Baru 2 tahun ada yg berbelas tahun Iqa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah kak atas semua yang dimiliki sekarang. Walaupun tiada rezeki anak, rezeki lain ada juga yang datang. Betul tu kak, siqah baru 2 tahun dah bersungguh memikirkannya, apatah lagi pasangan yang sudah berbelas tahun kan. Ada hikmah di sebalik semuanya... Kuatkan semangat :)

      Delete
  8. Assalamualaikum Siqah...

    Okay...faham sikit2 entri ni...

    Bab yang satu lagi tu..doa banyak2..sabar..dan redha.. (akak dah 9 tahun...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak Fida :)

      Tetap teruskan semangat ye kak untuk berdoa dan berusaha. Insyallah. Mari kita sama-sama ye kak. Akak dah 9 tahun pasti lagi memahami..

      Delete
  9. Rezeki itu rahsia Allah. Ada org bertahun tahun kawin pun tetap sabar menunggu cahaya mata. Apa yg penting jgn jemu berdoa... Anggap itu ujian utk kita.. Btw.. Cikla singgah sini jln2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CikLa, rezeki itu rahsia Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa, usaha, dan tawakkal saja. Semoga diperkenankan doa satu hari nanti.

      Terima kasih CikLa atas nasihat yang diberikan dan singgah blog siqah :)

      Delete
  10. tu lah...kadang2 kita rasa dugaan yang datang sangat berat untuk kita, sebenarya ada lagi ramai yang lagi berat ujian mereka...

    apapun, semoga siqah dikurniakan anak jua satu hari nnt...jangan putus berdoa ok..
    dan semoga kawan siqah tu tabah hadapi dugaannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Orang lain lagi berat ujian, cuma kita yang tak tahu. Jangan pernah merasa hidup kita saja ada ujian.

      Terima kasih kak wahida atas doa akak :) Amin 😊

      Delete
  11. InshaAllah ada rezeki nanti dear, momohon, minat dengan budak-budak inshaAllah take cate dear.

    ReplyDelete
  12. terus kan berdoa ye siqah.
    jgn putus asa.
    be strong and be happy all the time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, tidak akan berputus asa :) Terima kasih kak aida :)

      Delete
  13. kdg kt rasa dugaan kt dh berat tp sbnrnya ada lg yg lbh berat dri kt.. inshaaALLAH ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Yui. Rasa hidup kita dah cukup berat dengan ujian, rupanya ada lagi yang menerima ujian lagi hebat. Membuatkan kita bersyukur apa adanya. Tq Yui :)

      Delete
  14. Singgah pagi ♥
    bykkan bersabar dear...
    Allah telah berjanji setipa hambanya ada rezekinya masing²...
    Akk nie dah 4 tahun kwen,tapi belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata..
    tapi akk bersyukur..sebab husband dan family sgt faham dan tidak pernah mendesak atau bertanya soalan² yg boleh menguris hati...Bykkan berdoa..buat solat hajat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pasti lagi kuat dan tabah daripada siqah. Siqah baru hampir 2 tahun dah berkeluh kesah :( Family ada juga yang bertanya, mereka tak mendesak cuma bertanya. Kadang-kadang jauh di sudut hati, siqah terasa juga. Tapi buat tak tahu jela. Alangkah bagusnya kalau kita tahu jawapan bagi soalan itu kan kak. Mari kita sama-sama berdoa. Moga diperkenankan olehNya satu hari nanti :)

      Delete
  15. Insyallah.. selagi berusaha rezeki tuh akan tetap ada..cuma cepat atau lambat aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Rezeki itu rahsia Allah. Sabar, doa dan tawakkal saja yang boleh..

      Delete
  16. Dont worry Siqah, In Shaa Allah suatu hari nanti ada rezeki buat Siqah. Teruskan berdoa and jgn putus asa! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ain :) Tidak akan pernah putus asa :)

      Delete
  17. Bila tersalah cakap perkara yang ditakuti andai dia terasa hati tapi itulah kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan kesilapan.
    Moga tabah dalam menghadapi dugaan dariNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dia tidak terasa hati. Kalau iya, pasti sudah rasa bersalah menggunung. Betul kak, kita manusia tak pernah lepas daripada buat kesilapan. Moga dia tabah hadapi dugaan ini.

      Delete
  18. inshaAllah akak doakan satu hari nanti siqah dikurniakan cahayamata, teruskan berdoa dan berusaha ya.

    adik akak hampir 3 tahun kahwin punmasih belum ada anak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak AA :) Insyallah, moga ada rezeki untuk kami berdua dan adik akak juga :1

      Delete
  19. Jangan pernah give up ye Siqah..... Insyaallah sampai masa nanti akan sampai rezeki zuriat buat awak berdua. Teruskan berdoa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mak :) Tidak pernah putus berdoa

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。