April 30, 2016

Kerja Adalah Satu Ibadah

Assalamualaikum semua :) 

Kerja adalah satu ibadah kerana bermaksud kita melakukan tugas dan tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah. 

Cuma.. 

Bukan semua kerja dianggap sebagai ibadah. Pekerjaan kita dianggap ibadah sekiranya:

  • Dimulakan dengan niat yang baik 
Niat kerja hanya kerana Allah dan demi mencari pendapatan dan membantu keluarga. Tidak dilupa, untuk bayar hutang terutama hutang PTPTN. Hihi. Baca doa sebelum mula buat kerja. 

  • Dikerjakan dengan cara yang baik 
Jangan ngulor lama sangat masa waktu kerja. Faham-faham jela kan. Masa makan hanya satu jam tapi digunakan masa berjam-jam. Masa solat, tak sampai 20 minit tapi pergi solat berjam. Yang selebihnya buat benda lain. Tak bolehlah macam tu. Kasihan officemate kita yang bertungkus lumus buat kerja. Ada juga masa kadang-kadang untuk bersuka ria. Bukanlah kena fokus je sepanjang masa. Pandai-pandailah. Hihi. Tapi terkadang, aku ngulor jugak bila aku rasa productivity aku dah cukup. Hihi. 

  • Tidak melupakan ibadah wajib
Solat. Macam mana sibuk sekalipun, solat jangan tinggal. Biar lambat asalkan buat. Cuma kalau boleh, janganlah lewat sangat. Aku pun kadang-kadang terbabas juga lambatnya. Tahap kesibukan melampau. Huhu. Cuba elakkan :) 

 


My officemate :) 

"We become from "Boss" to "officemate" to "friends" and also "geng makan". 
We do not go to work only to earn income, but to find meaning in our live. 
A successful team is a group of many hands but of one mind. "

Antara kata-kata daripada our senior manager, Kak Sharina hari ni sempena Labour Day. Kata-kata yang sungguh terkesan di hati. Terima kasih Kak Sha. Sejuk hati bila dapat email sebegini daripada bos. Membuatkan kami lebih bersemangat nak buat kerja! :D

 

Habis cerita pasal kerja, cerita pasal cuti pula. Hihi. Cuti panjang 3 hari! Yeayyyy!!! Kami #gengmakan akan pergi bersuka ria di >>>>> Pulau Perhentian (^_^) Teringin sangat nak pergi sana dan Insyallah kami akan bertolak kejap je lagi. 

Doakan agar perjalanan dan percutian kami berjalan dengan lancar dan baik ye. Risau jugalah nak bergerak all girls. Tapi keseronokan mengatasi segalanya. Hihi. 

Where is your direction? Whenever it is, please always keep safe and have a great long weekend, everyone! 

Selamat bergembira
 。^‿^。

Dan 

"HAPPY LABOUR DAY"
in advance 

Sehingga bertemu lagi, 

Thank you for reading,

Love,
  SiQaH 

14 comments:

  1. Oo, gi cuti pulau perhentian, jgn lupa gi juga kuala teganu, cari kepok leko, cari kain batik, nasi dagang.
    Happy labour day juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pergi Kuala Terengganu pun kak. Tak sempat. Keluar Besut terus ke area Kelantan nak minum teh tarik madu :D

      Delete
  2. Betul...apa pun perkerjaan yang baik niatkan kerana Allah...moga Allah permudahkan setiap urusan kita...moga ada keberkatan pada setiap hasil yang diperolehi...amin..moga selamat sampai dan kembali ya siqah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PC :) Alhamdullilah, dah selamat sampai dari Perhentian :)

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  4. tengok happening je officemate siqah tak mcm saya.. hari2 dengar gosip, mengata keburukan org. smoga selamat tiba di pulau and happy labour day !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah awak. Itu yang sayang tinggalkan officemate. Kami dah serasi bersama :) Happy labour day awak.. Maaf lambat wish. Hii

      Delete
  5. betul tu
    keje jgn sampai lupa Allah!
    like this sentence!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak. Sama2lah kita ingat-mengingati :)

      Delete
  6. Pesanan yang sangat baik tu

    seronok dapat bos yang baik dan kawan2 sekerja yang baik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah awak :) Alhamdullilah dapat officemate yang baik..

      Delete
  7. Replies
    1. Betul tu awak :) Niat kena betul..

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。