April 08, 2016

Just Because Of You



Buat pertama kalinya, aku menonton kesinambungan drama Korea, Descendants of the Sun  dengan pantas. Tak pernah dibuat aku bersungguh nak tengok next episod dengan cepat. Dulu aku suka sangat tengok drama Hotel King, tapi takdelah sampai selepas 1 hari ditayangkan di Korea. Sanggup bangun awal semata nak tengok episod baru for this drama. Teruk perangai, hihi. Minggu ni episod 13 dan episod 14. Baru je lepas tengok episod 14 pagi tadi. Haih, lagi dua episod je nak habis drama ni!! 


Ending episod 13 yang mengemparkan. Huhu. Masa ni, memang terfikir tak akan lah hero mati. Dan rupanya, taklah mati. Cedera gunshot jeeee. Fuh, nasib baik. Tolonglah jangan bad or sad ending. Kecewa banyak aku nanti. Sabar menanti dua episod terakhir minggu depan. Sambil tu, boleh tengok drama Song Joong Ki, Sungkyunkwan Scandal ( drama ni disiarkan pada tahun 2010 dan kini disiarkan kembali di KBS World, mungkin sebab populariti Joong Ki yang melampau walaupun dia bukan watak utama dalam drama ni ). Tak kisahlah, aku tengok jugak :D


Pemandangan matahari di pagi hari di tempat parking rumah :) 

Love to see this kind of view. Gembira dapat tengok pemandangan matahari yang tak pernah aku jemu melihatnya #mudahterhibur . Jarang dapat tengok sebab aku kebiasaannya awal pergi kerja. Kalau aku pergi kerja lambat je, baru nampak matahari begini. Hihi. Maksudnya, aku lambatlah hari ni! Haha! Tapi, Alhamdullilah, keluar rumah jam 7.50 pagi dan selamat sampai di pejabat jam 8.30 pagi. Jalan tak sesak sangat! Yeayyy! 

Hari ni, team kerja aku ada 'daylight'. Meaning we have to do more works than we usual do. Productivity must higher than 70% in KL branch. Harap kami boleh buat dengan baik!   :) 

Selamat bekerja, dan salam Jumaat untuk semua :) 

Thank you for reading, 

Sehingga bertemu lagi,

Love,
  SiQaH

24 comments:

  1. Replies
    1. Hihi. Gambar matahari je gambar saya kak Azlinda. Yang lain tu, google image :D

      Delete
  2. Indahkan bila dapat nikmati matahari awal pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat kak PC :) Rasa diri happy sentiasa dapat tengok matahari awal pagi :)

      Delete
  3. huhu tak tengok...masa zaman muda remaja dulu mmg layan la korea2 ni...sekarang dah kertu sangat rasanya...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Alaaaaa kak Wahida. Tak salah pun tengok lagi drama Korea sekarang. Jiwa muda lagi katakan :D

      Delete
  4. Salam jumaat..lama tak singgah..akk bz sikit minggu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Hidayu :) Siqah pun lama tak singgah blog akak. Busy sikit minggu ni. Huhu.

      Delete
  5. Hehe, best kan ? Song joong ki sekarang makin hot popular. Tengok cerita korea ke apa sanggup tidur lewat ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat!! Top meletup Song Joong Ki sekarang! Comel sangat dia. Hihi. Betul tu awak, kalau cerita korea, sanggup tidur lewat, bangun awal semata nak tengok. Hihi.

      Delete
  6. sama la, kite pun tengah demam drama ni ha, tinggal lagi dua episode ja waaaa T.T
    btw, done follow blog awak, salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari sama2 kita demam! Hihi. Sedihnyaa tinggal dua episod je lagi. Hope happy ending :) Thank you awak singgah dan follow blog siqah. Salam perkenalan :)

      Delete
  7. Dah termissed banyak episode cerita ni :'( Nak follow up kat internet tak ada masa la pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KBS world mesti ada buat ulangan nanti. Marathon drama ni pun ada awak. Boleh tengok nanti. Biar lambat asalkan tengok ye. Rugi tak tengok. Hihihi.

      Delete
  8. kenapa dgn captain yoo shi jin?! saya baru tgk takat episode 5 je. haha lagi lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boleh ke cerita kat sini? Kang tak surprise lak. Hihihi. Dia terkena gunshot je sebab nak selamatkan tentera dari North Korea tu. Ingat kan watak di awal drama. Walaupun terluka, tetap comel. Hihihi.

      Delete
  9. Tak dapat duduk lama untuk menonton sekarang ni.. ambil masa menikmati memang rasa syukur kan..tenang ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada anak2 memang begitu kan kak fai. ada masa nanti kak fai boleh menonton ye :)

      Delete
  10. adoi tak layan drama korea so tak tahu..

    selamat berkerja.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Alaaaa tak leh geng drama korea lah kak PK. Hee. Selamat b'kerja kak :)

      Delete
  11. jumaat busy so hari isnin baru dapat blogwalking ..salam isnin ye..ekekkee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam cuti, so hari ni baru boleh reply komen. Hii. Salam selasa kak mawar :)

      Delete
  12. Replies
    1. Sangat! Tambah lagi korea drama :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。