April 07, 2016

Donate Blood. Rekindle Hope.

Pada 29 March 2016 ( baru sekarang nak update :p ) ada kempen menderma darah di pejabat aku oleh PPUM. Aku siap buat reminder mengenai kempen derma darah ni. Sebab tu, boleh teringat bawa buku merah. Bukan passport ye, buku Pusat Darah Negara.

Sebelum cerita mengenai derma darah, mari bercerita pasal darah dulu. 


Jenis darah: Darah mempunyai 4 jenis iaitu A, B, AB, dan O. Dan aku adalah pemilik... O+ . Yeehaaaa ~ 

Blood donation: Aku merupakan penderma universal. Boleh derma kepada jenis darah yang lain, tetapi hanya boleh terima darah jenis O sahaja. Jenis darah juga ada + dan - . Boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. Aku tak tahu macam mana nak terang tentang fungsi + dan - dalam darah. 

Prosedur menderma darah seperti biasa. Mula-mula, jumpa doktor check kesihatan diri secara menyeluruh. Lepas tu, check darah termasuk tahap hemoglobin. Kali pertama aku menderma darah di luar Pusat Darah Negara dan tanpa suami di sisi, jadi rasa lain macam pula. Tetiba rasa seram. Haha! Derma darah je pun. Alamak! 

Syarat-syarat anda layak menderma darah: 

  1. Anda sihat pada hari menderma darah.
  2. Anda berumur 18 - 60 tahun.
  3. Berat badan melebihi 45 kg.
  4. Tidur melebihi 5 jam.
  5. Tiada masalah perubatan.
  6. Tidak mengambil sebarang ubat dan alkohol.
  7. Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah.
  8. Anda tidak terlibat dalam kegiatan seperti berikut:
  • Hubungan sejenis ( homosexual ) 
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina ( bisexual ) 
  • Amalkan seks bebas 
  • Penyalahgunaan dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan kepada golongan di atas
     9. Pendermaan terakhir: 
  • Pendermaan Whole blood: > 3 bulan
  • Pendermaan Apherisis: > 2 minggu 
Setelah semua proses selesai, maka bermulalah sesi menderma darah. 



His first time, Kamil! Good one! ­čĹŹ

Aku rasa sangat lega bila hanya dengan sekali cucuk, darah dah mengalir keluar daripada badan. Aku ada mengalami kejadian cari vein tak jumpa. Aduhai, dahlah masa tu pertama kali nak menderma. Boleh pulak tak jumpa vein. Sampai lebam tangan aku dikerjakan. Mungkin pelajar pratikal atau masih baru, dipanggil senior nurse dan dengan sekali cubaan, vein aku dijumpai. Fuh, lega! 

Selepas derma darah, rehat dulu. Lepas rasa diri dah okay, bangun dan wajib makan sedikit. Jangan degil tak nak makan pula. Kang pengsan payah nak cerita. Ada juga yang pernah pengsan selepas derma darah. Setakat ni, alhamdullilah. Aku tak pernah pengsan. 


Baru 3 kali derma darah. Hihi. Dua kali di Pusat Darah Negara, pergi bersama encik suami. Dan kali ketiga, di pejabat.

 

Keistimewaan untuk Penderma Darah 


Jenis darah dan personaliti. Haha! Suka sangatlah kalau bab ni. Aku O+ :) Nampak tak Romantic Matches tu? Kebetulan betul pula untuk aku dan encik suami. Aku darah O+ dan encik suami darah A+ . Positive thinking belaka. Hihi.

Korang pernah derma darah? Siapa yang tak pernah, adakah anda takut dengan jarum? Sekejap je rasa takut tu ada, bila dah cuba sekali, korang akan rasa nak derma lagi. Aku pun pada mulanya takut dengan jarum. Jarum yang digunakan kan agak besar daripada biasa. Tapi selepas diberi galakan oleh encik suami yang merupakan penderma darah tegar, aku pun kuatkan hati untuk menderma darah. Nak rasa feel menderma darah kali pertama punya pasal, dibawa aku ke Pusat Darah Negara. Dan kini, aku boleh menderma darah. Tq encik suami :) 

Kita bukan doktor tapi kita juga boleh selamatkan orang dengan cara menderma darah. Yes, you don't have to be a doctor to save lives. Akan sentiasa ada orang yang memerlukannya. 

Jom korang derma darah dan jadi penyelamat!! :) 

Sehingga bertemu lagi,

Thanks reading,

Love,
  SiQaH 

8 comments:

  1. Alhamdulillah besar ganjarannya siqah...tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Moga dapat membantu orang lain yang memerlukannya :)

      Delete
  2. Kita selalu nak derma darah tapi macam macam halangan ! T_T
    InsyaAllah one day :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa yeke. Huhu. Insyallah one day, halangan tu semua dapat diatasi. Hii. Selalu pergi cuba ye awak :)

      Delete
  3. Bagus Siqah..akak tak pernah lagi derma darah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Akak boleh mencuba lepas ni. Sakit sikittt je. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。