April 23, 2016

Bahan Bacaan! Love to read!

Dah menjadi habit aku setiap bulan, mesti akan ke MPH. Semalam, lepas kerja, aku ke MPH di Giant Shah Alam. Aku suka beli buku. Suka tambah koleksi bahan bacaan dalam rumah. Tak kisah sama ada novel atau buku ilmu, agama, atau motivasi. Aku beli je dulu, bacanya tak tahu lagi bila! Hahaha! Mungkin dalam tahun ni atau tahun depan atau tahun depan lagi. Let's see! Haha! 

Aku suka beli sebab nanti bila aku nak baca, aku dah ada buku tu. Tak payahlah masa tu baru nak cari di kedai atau order di MPH online. Bukan semua buku available pun. 

Untuk semalam, aku beli tiga buah buku setelah hampir 30 minit berada dalam MPH. Boleh lama-lama mencari buku sebab aku pergi seorang semalam. Kalau bawa teman kena cepat-cepat pilih. Nanti kasihan teman, jemu menunggu. Hihi. 


Hasil tangkapan semalam :D

Aku adalah peminat tegar Sophie Kinsella dan Ramlee Awang Murshid. Pasti dapatkan novel terbaru mereka. Shopaholic to the Rescue dah lama berada di pasaran cuma aku baru beli sebab baru jumpa compact version. Aku tak pernah beli yang big version tu, mahal tambah lagi bukunya besar. Tak best nak pegang masa membaca. Berat! Kalau compact version, harga RM36.90 dan ringan :) Imaginasi daripada RAM, baru je berada di pasaran. Beli juga walaupun novel Sunan Cinta Nan Sakti, aku tak baca lagi. Hihi! 

Hati Ini Milik Mu oleh Yasmin Mogahed. Original version adalah dalam bahasa Inggeris ( Reclaim Your Heart ) dan diadaptasi dalam Bahasa Melayu oleh Ezzah Mahmud  Korang boleh baca details mengenainya di blog beliau. Kisah perjalanan beliau menterjemah buku ni. Bukan senang nak terjemah buku. Kena menitikberatkan gaya penulisan dan ayat yang sesuai agar tidak lari dari apa yang cuba disampaikan oleh penulis asal. Aku cari Reclaim Your Heart tapi dah habis. Makanya, beli versi Melayu. Aku ternampak buku ni dan tertarik dengan kulit buku pada mulanya! Cantik! Autumn in my heart :D Aku terus cari review mengenai buku ni di Goodreads. Banyak komen bagi good review makanya aku pun yakin beli :) 

Nanti kalau aku dah habis baca ( tak tahu bila :p ), akan aku review buku-buku ni. Mesti nak berkongsi di sini juga :) 

Till then,

Thank you for reading,

Love,
  SiQaH

10 comments:

  1. Betul...beli siap siap...nanti bila tergerak nak baca tinggal ambil dan fokus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak PC :) Takdelah nak mencari lagi nanti. Dibuatnya dah habis stok, mesti rugi je rasa.

      Delete
  2. kalau MPH online tu boleh pakai baucer buku tak agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa mazni, siqah tahu lah pulak. Huhu. Cuba try online, tak pun tanya kaunter di MPH terus. Sori tak boleh membantu :(

      Delete
  3. Assalamualaikum Siqah,

    Citarasa kita sama.. Sis pun suka baca novel Sophie Kinsella, tapi novel terbaru Shopaholic to the Rescue belum beli lagi.. Buat masa ini, sis baca The Partner by John Grisham. Sis ada 3 novel belum baca lagi. Lepas The Partner NI, next The Litigator pula, masih lagi John Grisham.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      Sophie Kinsella best kan kak! Suka baca sebab kelakar dan last sekali mesti ada je jalan penyelesaian untuk masalah dia. Hii.

      First time dengar John Grisham. Siqah tak tahu sangat author English ni. Apa genre novel dia agaknya ye? Boleh juga cuba baca kalau genre fiksyen biasa. Tak nak seram2 (^_^)

      Delete
  4. bagus suka membaca, akak pun suka membeli di MPH ni, dulu beli untuk diri sendiri sekarang banyak beli buku untuk anak2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok membaca, lagi seronok berada dalam kedai buku. Hii. Bagus kak, tanamkan sifat suka membaca kepada anak2 pula :)

      Delete
  5. I really love Yasmin Mogahed nye buku. :)

    Salam kenal dari Singapura! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah baru kenal beliau :)

      Salam kenal dari Malaysia :) Tq singgah blog siqah ye :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。