March 10, 2016

Masa bersama anak saudara tersayang

Aku ada lima orang anak saudara. Dan aku sayang sangat dengan semuanya. Hihi. Mestilah, Mak Lang tersayang korang dan paling menyayangi korang! Muahahaha! 

Entri kali nie nak bercerita mengenai pengalaman menghabiskan masa bersama anak saudara iaitu anak abang aku, Angah, bersama kakak iparku, Mai. Mai sebenarnya adalah kawan satu matrikulasi dengan aku dan kini menjadi kakak iparku :) Ber-aku dan ber-kau je dengan dia. Hihi. 

Al kisahnya apabila Angah dan Mai pergi honeymoon buat kali pertama. Hihi. Seperti entri aku sebelum nie mengenai cinta dengan tentera, kan kata kena bersabar takde masa bersama sangat kan? Haa. Kes nya lebih kurang dengan Angah dan Mai. Abang aku pun tentera juga. Hii. Mereka berpeluang untuk menghabiskan masa berdua bersama, bercuti ke Desaru selama 3 hari 2 malam, dan anak mereka, Surfina dan Thaqif ditinggalkan bersama Ayah dan Mama aku. 

Aku mengambil alih untuk menjaga Surfina sahaja. Haha! Bukan tak nak jaga Thaqif cuma dia kecil lagi. Biarkan Ayah dan Mama yang berpengalaman menjaganya. Hihi. Alasan sangat! 

Hari pertama: 

Bawa Surfina berjalan di Setia City Mall. Sebelum tue, bawa Surfina main di tempat permainan dalam Giant Shah Alam sementara tunggu encik suami aka Pak Lang menunaikan solat Jumaat. 

Sampai saja di Setia City Mall, apa lagi, sesi gambar bermula. Hihi. Seperti biasa, encik suami jadi jurukamera :)


Beriya Surfina nak silang kaki macam Mak Lang. Hii.



Dengan payung yang dikatakan hak milik dia. Hii. Bersungguh bawa payung katanya hari hujan, sedangkan cuaca cerah masa nie. Gaya bawa payung pulak macam dia sorang yang berjalan di sini. Habis semua orang kena elak daripada melanggar Surfina. Hihi. Lawak je ~ 



Surfina suka bergambar. Pak Lang dan Mak Lang suka ambil gambar. Bagus! 

Hari kedua: 

Bawa Surfina ke Perak. Attend my friend's wedding dan terus berjumpa dengan Along, kakak aku yang kebetulan bercuti di sana. Seronok Surfina bertemu dengan Haikal dan Erysya, sepupu :) 


Siapa agaknya jodoh saya ye? Awal lagi nak fikir oiii. 

Nak dijadikan cerita, Surfina tidur dalam kereta semalaman untuk hari kedua. Perjalanan pulang dari Perak, kami ikut jalan Cameron Highland. Sudahnya kami stuck di Cameron Highland kerana minyak kereta habis dan tiada petrol pam yang buka masa tue. Jam 12 tengah malam. How I wish Cameron Highland like KL yang petrol pam mostly open 24 hours. Disebabkan itu, kami tidur dalam kereta di depan balai polis Cameron. 

Pengalaman tidur dalam kereta semestinya sakit leher, badan dan tak boleh tidur lena. Bersyukur sangat bila Surfina tidur nyenyak malam tue dan dia langsung tak tahu kami berada di Cameron. Sebab dia tidur dari dalam perjalanan naik lagi. Syukur sangat! Aku paling risaukan dia. Dahlah mak ayah tiada di sisi, ikut Mak Lang berjalan, kena tidur dalam kereta pulak. Alamak! 

Hari ketiga: 

Seawal jam 6.30 pagi, Petronas buka, isi minyak dan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Aku ke Shah Alam dan Along sekeluarga ke Kuantan. Terus hantar Surfina ke rumah Ayah, sebab Ayah nak bawa Surfina ke kenduri kahwin pula. Haa tengok, aktiviti Surfina pun sibuk tau weekend tue. Hihi. 


Adik Surfina, Thaqif yang comel dan gebu :D 

Lagi gambar Surfina masa kecil dulu yang disnap oleh encik suami. Seronok encik suami ada model cilik katanya. Plus, model cilik ini semestinya suka beraksi di hadapan kamera. 

Gambar kegemaran :) 






Seronok menjaga Surfina sebab dia tak banyak ragam. Haha! Biasalah, budak kalau tiada mak ayah di sisi, baik je. Mak ayah ada je depan mata, terus berubah karakter. Faham sangat, sebab rasa semua budak macam tue :D

Entri ini bercerita mengenai Surfina. Mungkin entri akan datang, aku bercerita mengenai anak saudara aku yang lain :) 

Sebenarnya, Mak Lang rindu korang. Lusa kita jumpa okay :) 

Sehingga bertemu lagi, 

Thanks reading, 

Love,
SiQaH

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。