March 30, 2016

Jatuh Cinta bersama Descendants of the Sun

Siapa yang tengok Korean Drama ni? Angkat tangan! Hihi. Demam Descendants of the Sun sedang merebak ke seluruh dunia. Wahhh! Dunia haa! Haha! Serius, drama ni best sangat! Sampai buat julung kalinya aku buat review pasal Korean Drama. Hihi. Korang boleh baca sinopsis drama ni di AsianWiki atau Wikipedia. Aku nak bagi gambar je. Kot-kot ada yang berkenan bila tengok gambar. Hihi.


Song Joong Ki ( watak Yoo Si Jin ) is the captain of the special forces in Korea military. Song Hye Kyo ( watak Kang Mo Yeon ) is a doctor, lebih tepat lagi, a surgeon. Gambar ni masa babak mereka bertemu pertama kali. Si Jin jatuh cinta pandang pertama dan mula mengayat di sini. Romantik habis. Muka Si Jin handsome gila! Hahahaha! 


Padan kan mereka berdua? Hii. Song Hye Kyo dari zaman Full House sampai sekarang, maintain cantik je dia (*^_^*)


Manis-manis gula :D


Plan nak dating tapi sayangnya tak jadi. Tiba-tiba Si Jin dapat call untuk pergi operasi. Ditinggalkan sendirian Mo Yeon. Ala kasihan dia ~ 


In love (*^o^*)


Uish! Bergaya dan kacak sungguh masa Si Jin turun kapal terbang dan berjalan menuju ke arah sekumpulan doktor dengan kaca mata hitamnya. Hihi. 


Ahhhh!!! 


Kiss scene paling romantik dan paling aku suka! Ketika di pam minyak. Hahaha! Jangan lepas ni, ada yang kiss di pam minyak sudah. Cari pasal namanya. Hihihi. 


Empat watak utama dalam drama Descendant of the Sun. Pasangan kedua adalah Jin Goo dan Myeong Joo. Aku pun suka juga mereka berdua. Kasihan tengok Jin Goo. Bersungguh menahan perasaan cinta pada Myeong Joo disebabkan oleh ayah Myeong Joo yang tidak restu mereka bersama. Haih, masalah jugak! Walaupun ada masalah, masih manis je babak mereka berdua. FYI, Jin Goo dah kahwin ye in real life. Ohh janganlah kecewa! Hihi. 


Nampak tak button repeat di bawah tu? Maknanya aku ulang lagu Everytime by Chen & Punch sepanjang perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja. Entah berapa kali ulang pun tak tahu. Haha! Banyak lagu OST Descendants of the Sun. Cuma aku paling suka lagu ni. Berbunga-bunga hati bila dengar. Terbayang-bayang babak romantik dan manis :D 

Tak boleh bagi link kepada lagu dan sinopsis drama sebab aku update blog guna phone je. Akan aku edit entri ni later with the link. Senang, korang klik je kan :) 

Pagi hari dah bercerita mengenai drama Korea. Memang buat julung kalinya. Hihi. Drama ni bersiaran di Korea pada hari Rabu dan Khamis! Yeayyy! Hari ni episod baru. Tunggu ada english subs, baru tengok. Nanti aku faham lain, rupanya lain yang jadi. Hihi. 

Thank you for reading and hope you all watch this drama too :) Lets' share the good drama here. Siapa tengok drama ni? Siapa ada nak cadangkan Korean drama yang mesti ditonton? Aku tengok drama Korea based on recommendation je. Banyak sangat drama Korea, tak tahu nak tengok mana. Hihi.

Edit:

Link untuk tengok drama ni secara online:

  • DramaFire ( my preferred site )
  • DramaCool ( video HD tapi selalu error loading je. Tapi ada jugak yang kata okay je di sini. )
  • DramaGo ( part by part. Ada 4 parts untuk setiap episod. Sesuai untuk mereka yang sibuk )

Sehingga bertemu lagi, 

Love,

29 comments:

  1. Macam best je...nanti siqah share link dia ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat kak! Nanti siqah dah update link, siqah inform akak okay :)

      Delete
  2. lama dah tak tengok citer lat tv. x sempat. bizi bersilat jer kat umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh pandai awak bersilat. Bagus untuk pertahanan diri tu :D Takpe. Nanti ada masa boleh tengok tv ye :)

      Delete
  3. ish ish...usahkan drama korea, tv pun aku dah lama tak tengok nok...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy betul hidup kak Wahida sampai tv pun lama tak tengok. Huhu.

      Delete
  4. Ramai yg kate cite nie best sgt..boleh try layan nie..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat sangat! Boleh lah try layan. Confirm tak menyesal. Hihihi.

      Delete
  5. Alamak daj terjatuh cinta pulak..akk mang tak laan citer korea ni takit terjebak..lgpun bg je la kt org muda2 tgok.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ala kak, sesekali layan drama Korea apa salahnya. Bukan selalu. Hihi. Kita kan sentiasa muda :D

      Delete
  6. uih kena tgk gak ni.. ada nmpk tayang kat tb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan awak layan! Ada tayang di KBSWorld, hari Rabu dan Khamis malam. Saya pun tengok tv kalau ada masa :)

      Delete
  7. Kita tengooookkk ! Hahaha. Astro391 malam ni episode 10. Malas nak tengok online bahahaa !

    Yesss, scene dekat pam minyak episode 9. Perghhhh sweet gile kowt. Sweet sweet sweet sangat. =D

    Malas cakap banyak, malam ni nak tengok episode 10. Hihi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sweet gila kan!! Berbunga-bunga hati masa tengok scene tu. Lagi berbunga kalau teringat. Haha.

      Yes! Tengok2! Kalau tengok tv, lagi puas. Skrin besar. Hihi.

      Delete
    2. Hehehe :D lagi 6 episod nak habis! L huwaaa! Mesti rindu nanti (・∀・)๐Ÿ˜‚

      Delete
  8. Kalau dah terjebak tak boleh tinggal drama korea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Betul sangat tu kak :) Sayang nak tinggal kalau dah terjebak (^_^)

      Delete
  9. ini die hard fan lah ye.. akak tgk gitu2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, die hard fan saya ni! Hihi.

      Delete
  10. aida x pernah tgk citer korea skang ni, siqah.
    sebab jarang tgk tv.
    apa yg anak2 buka, tu la aida tgk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak-anak jarang tengok cerita korea :D
      baguslah aida seorang mama yang tak rebut channel tv dengan anak2. hihi

      Delete
  11. mmg best drama ni..sweet sangat2, boleh kena diabetes mcm ni..hihi..jln cerita pun rileks je, tak berat..

    skrg layan dots ni, goodbye mr black and signal - best jg, recommended by others

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sampai tahap boleh kena diabetes. Hihi. Sweet, ayat2 pickupline boleh sambung dengan 'cia cia cia' hahaha!

      Oo nanti siqah terjah drama korea yang nohas bagi. siqah pun tengok drama based on recommendation je :)

      Delete
  12. Kak Sally prefer lagu yg K.Will nyanyi..ke sebab akak suka suara dia eh..LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Talk Love :D SUka juga lagu tu. best suara dia! :)

      Delete
  13. best of the best! suka sangat dgn cerita ni. awal2 ingatkan cerita ni pasal 2 perempuan suka dgn sorang lelaki. rupanya masing2 ada jodoh sendiri. xD sy suka lagu once again tu hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!! Cerita ni best sangat! Sekarang tayang kat 8TV dan siqah masih tengok. Ulang je ๐Ÿ˜

      Delete
  14. wahhh..ijan pn minat korean drama jugak!!seppp2!hehe...skrang tgh obses dengan cite doctors, Park Shin-Hye main role =)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。