March 28, 2016

Garden and Outdoor Wedding


Semalam, aku berkesempatan pergi ke tempat yang menarik perhatian aku sejak dulu lagi iaitu A Park, Puchong. Dari dulu tahu mengenai kewujudan tempat ni dan tidak sesekali aku melepaskan peluang untuk ke sini semalam. Jemputan kahwin yang diterima oleh keluarga mentua aku dan kami, anak-anak mestilah jadi bodyguard ikut bersama. Hihi.

Masuk je dalam kawasan A Park, aku dihidangkan oleh pemandangan indah sebuah rumah yang kelihatan seperti English Style Banglo. Serius lawa! Kalau dari luar dah nampak cantik, mesti dalam rumah pun cantik juga kan? Aku tak boleh ambil gambar di dalam rumah, obviously because I'm not the family. Hihi. Gila kau nak terjah masuk kan? Jangan cari pasal walaupun bersungguh nak tahu the interior of the beautiful banglo. 

Hadapan Banglo


Dari pandangan sisi. Angle mana pun lawa je :)




Banglo dikelilingi oleh tasik. Ada sampan sebenarnya bak kata encik suami tapi sayangnya tiada kelihatan sampan semalam. 


Kawasan yang luas. Selain daripada banglo, ada gazebo, tempat jamuan, jambatan kecil, tempat rehat dan paling seronok apabila A Park ini dikelilingi juga dengan pokok-pokok yang rimbun dan menjadikan tempat ni sejuk mata memandang. Suka kehijauan alam :)






Salah satu jambatan yang ada


Antara tempat rehat yang ada





Tempat yang cantik dan semestinya kami mengadakan sesi fotografi di sini. Menggunakan kesempatan yang ada untuk beraksi, apa salahnya kan :D Ambil gambar guna phone je. Encik suami malas nak bawa kamera walaupun disuruh berkali-kali oleh Mak. 

Gambar-gambar yang diambil:


#siqahootd  - Don't know what to wear. Asyik pakai jubah je bila ke majlis kahwin, jadi untuk semalam, pilihan aku adalah mix and match skirt dengan blouse :)


Suka pintu ni. Ada satu video perkahwinan yang dibuat oleh encik suami, dia shoot di sini. Bersungguh dia bawa aku dan Uda ( adik ipar ) mengelilingi kawasan A Park. 



Masa untuk encik suami pula beraksi ambil gambar ala-ala post wedding :) Asyik ambil gambar orang kahwin je, katanya. Semalam, dia pula nak jadi people in frame :)



Ehem! :D



Our photographer, Uda ( adik ipar aku ) untuk gambar kami berdua. Bertahan dia jadi photoG dalam cuaca yang panas.









It's a wrap! :D

Cuaca sangat panas! Serius panas! Tapi disebabkan tak tahu ada peluang lagi ke untuk kami ke sini, baik digunakan peluang yang ada semalam untuk rakam memori bersama. Tak kisahlah panas pun. Lagipun tak sampai 30 saat untuk ambil satu gambar. Tahanlah kejap. Hihi.

Seperti aku katakan di awal entri, aku ke sini atas jemputan kahwin yang diterima oleh keluarga mentua. Dah nama majlis perkahwinan, mustahil aku tak ambil gambar pelamin kan? Sebab aku suka tengok pelamin. Hihi.



Simple and nice dais 


L.O.V.E





Ada sesiapa berminat untuk merakamkan detik indah di sini? Boleh rujuk laman rasmi A Park untuk keterangan lanjut. Beautiful place surrounds by a stunning background. Tak payah pergi ke tempat lain untuk ambil gambar outdoor. Dalam kawasan A Park saja dah cukup untuk bergambar sepuas hati. 


Official website: a-park.my



Instagram: a.park.events


Majlis perkahwinan Syed & Alia. Semoga bahagia hingga ke Jannah :)

Email: events@a-park.my
Phone: +603 6142 6051


A Park is really a beautiful venue for garden weddings :) Thank you for the invitation and allowed me to see the beautiful place with my own eyes. Thank you A Park's owner for the beautiful place set up with not forgotten the amazing green nature :)

And lastly,


Group photo :D


Sehingga bertemu lagi,

Thanks reading,

Love,
   SiQaH

36 comments:

  1. cantik persekitarannya..dan lebih cantik bila ada sorang tukan dengan en suami bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan..yihaaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yihaaaaaaa!! Hihi. Abadi selamanya kenangan itu :D Kan. Cantik persekitaran tempat 。^‿^。

      Delete
  2. cantik..gambar pun cantik. pandai posing la tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak azlinda :) Fefeeling model je tu. Bukan tahu posing pun nanye πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  3. Cantik view rumah banglo tu. Modern n english style kan. ☺

    p/s : Sweet la you all suami isteri. Hikhik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan awak. Cantik view banglo nie! Main attraction kat sana. Hii. Kekadang je manis-manis gula ☺️☺️

      Delete
  4. sweetnye gambar.. hehehe macam gambar penganti baru juga.
    cantek permandangan kawasan tuh. memang sesuai utk fotoshoot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pergi wedding, pengantin lama pun nak tumpang dua-dua kaki. Hihi. Kan, kawasan mmg sesuai untuk fotoshoot (^_^)

      Delete
  5. Cantik gambar gambar Shiqah tu.....tambah lagi tempat pun cantik. Tambah lagi adik professional photographer yg shootnya haruslah fantastik hasilnya ....

    Tak pernah tau pun pasal tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Hainom :) Tempat dah lawa, gunakan kesempatan yang ada je. Hehe. Tempat nie tersorok sikit nanye jauh di Pulau Meranti sana. Tu yang tak berapa tahu kot.

      Delete
  6. Haaaa ~ nadia pun ada buat entry pasal tmpt nie ... tapi dah lama dah entry tue ... Mmg masa dtg pergh ~ terus masa tue nak suruh adik buat wedding dia dkt sini ... tapi sbb kan jalan nak ke sini mcm tak brapa strategik jadi mama tak nak ... Tapi lawa gila tmpt nie utk garden wedding ... kannn~ boleh tahan gak pengantin lama posing ... Terbaik korang ... =) ... Untung alif rajin bergmbr , hafifi hmmm susah nak bergmbr ... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berapa strategik pun tempatnya. Jauh ke dalam kan. Mujur ikut waze jumpa jugak. Cuma tu lah, tempat lawa kadang-kadang memang kena jauh ke dalam. Hihi. Pengantin lama pun nak gak bergambar πŸ˜‚πŸ˜‚ Kena bodek lebih hafifi πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  7. wahhhh...cantik sgt tempat ni...serius tak pernah tahu pulak pasal tempat ni...huhu...

    sweet sangat korang laki bini ni tau.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempatnya tersorok sikit. Tak ramai lagi pun orang buat wedding sini kot. Tapi artis ada dah rasa. Hii. Thank you kak wahida ;) Manis-manis gula kekadang 。^‿^。

      Delete
  8. salam kenal..


    Wahh!! cantiknya.. suka lah tengok..kena tunggu anak bujang akak besar nanti mana tau boleh buat wedding kat sini kan.. heeee... verangan mode.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kak Azian :)

      Kita kena berangan dulu kak. Insyallah, akan jadi nanti. Hihi. Ada masa lagi nak buat preparation :D Tempatnya cantik. Memang sangat sesuai untuk buat wedding 😊

      Delete
  9. Assalamualaikum...salam perkenalan...singgah jap..

    Memang cantiklah lokasi tu...tenang jer tengok kawasan sekitar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kak Fida :)

      Lokasi memang lawa. Duduk lama-lama pun boleh kat sini. Tenang je :)

      Delete
  10. Lawanya kawasan dia... Ohsem sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Lawa. Bijak owner yang buat tempat nie.

      Delete
  11. Kawasan dia cantik.. suka tengok.. ;)

    ReplyDelete
  12. Suka tengok couple sporting begini, betul ambik peluang bergambar dalam cuaca panas lebih terang warna biru langit bertambah menarik tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi πŸ™ˆπŸ™ˆ kena sporting kalau bab bergambar ni. Baru gambar jadi je. Hihi. Panas pun rempuh asalkan ada gambar (*^_^*)

      Delete
  13. Wow! memang fascinating teramat-amat.
    Nyaman aje tengok.
    Lagi-lagi tengok merpati sejoli berposing hihi...
    Mengimbau kenanga lamalah tu kakak tahu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandainya kakak :) Hihi. Mengimbau kenangan lama sangat. Tak nak kalah dengan pengantin baru. Hehehe!

      Delete
  14. Canteknya banglo dan persekitaran nya...sejuk mata memandang.
    Tapi model pengantin tu lagi cantek dan romantik kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehari duduk sini pun takpe. Relax je rasa :) Hihi. Model pengantin lama kak. Saja nak jugak fefeeling pengantin :D

      Delete
  15. suka sngt pemandangan macam tu ada tasik jambatan tenang je kan
    pelakon nya pun hebat pandaii berlakon ala2 pengantin tahniahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak Noor :) πŸ™ˆπŸ™ˆ Ala2 pengantin pun jadilah 😁

      Kat sini, memang tenang je. Walaupun ramai orang. Maybe sebab tempatnya luas.

      Delete
  16. serius lawa !! ingatkan guna DSLR. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat yang lawa Nina. saya guna phone je. tak reti guna DSLR. hehe.

      Delete
  17. wah wah wah... posing posing gitu ek?
    muda-muda ok la siqah.
    kalu aida ajak mr.asben, sure dia rejek.
    takkan nak dia join aida posing gitu hi hi hi...
    posing dgn anak2 ajer la jawapan nyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, muda lagi kan kak, bolehlah nak layan posing. posing dengan anak-anak pun best. siqah sekarang boleh posing dengan suami je dulu :)

      Delete
  18. bestnye..nak berangan ada rumah gitu boleh kn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh awak.. Siqah pun berangan nak rumah gini gak. Hehe. Angan2 je dulu, takpe :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。