March 31, 2016

Food Presentation


Berapa markah korang nak bagi untuk food presentation seperti gambar di atas? Hahaha!

Semalam, aku dan encik suami makan di satu kedai mamak berdekatan rumah kami, Restoran Arafah. Order chicken chop dan setelah hampir 30 minit, dapat chicken chop seperti gambar di atas. Bersungguh tukang masak hias sampai penuh satu pinggan. Kalau pinggan ni besar lagi, tak tahulah apa idea dia. Hihi. 

Sos lada hitam sedap juga dan ada hirisan buah apple hijau di atas coleslaw. Bolehlah rasanya cuma saiz ayam kecil bagi aku. Tak berpatutan dengan harga RM11.50. Atau memang standard harga begitu? Tak pasti. Yang pastinya, aku dan suami agak kagum dengan food presentation kedai mamak ni (^-^)

Alhamdullilah. Hari ni ada orang belanja nasi beriani. Kenyang sangat rasa ~ Terima kasih. Semoga rezeki Kak Sharina diberkati Allah dan berlipat ganda jadinya :) 

Ingat ye semua, sesibuk mana pun kerja, mesti ambil masa untuk makan tau. Tiada makanan maknanya tiada tenaga. Macam mana nak kerja dengan jayanya? Jadi, mesti makan! Kecuali dalam bulan Ramadhan 。^‿^。 

Sehingga bertemu lagi,

Thanks reading,

Love,
  SiQaH

26 comments:

  1. Sis kalo bab makan memang x pernah lupa.. hahahaha
    ingatkan awak yg hias pinggan tuh rupernye kedai mamak yer.
    gigih dia menghias. hahahaha.
    boleh lah dari x de kan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan kak, kalau bab makan wajib ingat je. Hihi. Takdenya saya nak menghias camni. Tak berapa rajin sangat 。^‿^。

      Delete
  2. Betul kena makan ikut masa makan :) kadang belum masa dah nak makan tu kena control. Murah rezeki SH makan beriani. Steak di hias cantik dan berkhasiat.. yum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab control kena hati kental kak :) Hihi. Berkhasiat sangat! Licin kami makan :D

      Delete
  3. hihihihi..psikologi ni Siqah...menarik hati dan perhatian pelanggan gitu..kalau diletaknya sekuntm bunga rose lagi cair...mau termenung 2 minit nak makan..betul..tak makan tak ada tenaga lagi dalam keadaan sekarang air pun perlu minum lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PC! Kalau ada hiasan bunga lagilah duk tenung je. Ambil gambar sudah pasti. Haha! Iya, minum air pun kena lebih sekarang. Panas melampau :(

      Delete
  4. Salam jumaat juga ye Siqah..

    Wow, mmg nmpk mabeles dia punya hidangan, tapi kt tmpt akk kt semenyih ni ada satu kedai set ciken chop dia voleh dpt rm6.50 je, besar gak, kenyanglah mkn, cuma tkdelah hiasan cantik cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kak Azimah :)

      Wahhh, murahnya kak! Saya lagi suka portion besar dan sedap daripada hiasan lebih. Bertambah berbaloi bila dengar harga half dari yang saya makan. Tapi jauhnyaaaa semenyih..

      Delete
  5. perghh, cantikkk gile , kreatif chef tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Beriya dia hias pinggan sampai penuh :D

      Delete
  6. Assalamualaikum Siqah & rakan2 blogger..

    Hurrrmmmm tgk gmbr pun dah berselera apalagi dpt rasa.. Presentation cantik, nasib baik rasa pun best.. Akak suka blackpepper lamb chop, fuhh mables!

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam kak LZ :)

    Bolehlah rasanya. Hihi. Sedap sos black pepper dia. Lamb chop pun best kan kak! Sedapnya lamb!! :D

    ReplyDelete
  8. assalam . . nampak macam sedap tu . done follow sini . jemput datang & follow blog saya juga ok ?
    junnharaa.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam :)

      Sedap jugak makanan tu. Tq follow saya dan dah follow awak balik :)

      Delete
  9. nampak sedap! yg penting presentation tu lawa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kan. Kalau tak sedap pun at least menang part presentation :D

      Delete
  10. ekin lapar makan... hhahahah... xmakan gak pedih perut la gastriknya ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Lapar kena makan! Wajib! Haha! Tak sanggup lah kena gastrik. Sakitnya, alahai :(

      Delete
  11. Replies
    1. hihi. mujur sedap setelah agak lama menunggu. hihi.

      Delete
  12. sedapnyaa..tetiba macam lapar balik..ehhh..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. alamak! pergi makan sekarang, kang kena gastrik pulak :D

      Delete
  13. wow! sungguh hebat presentation nyer.
    sungguh-sungguh dia amik masa nak beri makanan customer ekk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe. bersungguh nampak hiasan keliling pinggan :D

      Delete
  14. kedai mamak?hahaha..ni mesti dia seronok bab hias menghias heehe

    ReplyDelete
  15. Hihi. Itulah pasal. Seronok sampai penuh pinggan :D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。