March 11, 2016

BoboiBoy The Movie: Terbaik!


Jangan terkejut jika aku pergi tengok filem nie. Semestinya, aku adalah peminat BoboiBoy. Lebih tepat lagi, aku adalah peminat Papa Zola, Cikgu Kebenaran! Hahahaha! 

Semalam, aku dan encik suami menonton BoboiBoy The Movie di MBO Cinema berdekatan dengan rumah. Now, MBO Cinema turut menayangkan filem tempatan. Rasa dulu, filem luar negara je yang ada. 

Sangat tak rugi menonton BoboiBoy The Movie! Best sangat! Dengan dialog yang gila lawak sarcastik, haha, Papa Zola tetap menjadi juara lawak di hati aku. Serius, sumpah, gelak gila-gila dengan watak Papa Zola! 

Filem nie bagus dari segi animasi 3D, plot cerita, konflik yang besar, kisah persahabatan antara mereka, dan aksi-aksi hebat yang banyak! Bersungguh berlawan dengan kuasa BoboiBoy and the geng! Paling seronok part mereka berlawan dengan sotong besar di lautan. Haha! Jadi sotong goreng tepung akhirnya! Hahahaha! Sumpah kelakar. Aku tengah menaip nie pun sambil tersenyum simpul mengingatkan scene tue. Hihi. 

Perlawanan akhir BoboiBoy sangat menarik perhatian. Dengan Papa Zola yang tetiba nak selfie dan wefie, haha, serius best! Pengakhiran cerita, sedih dengan kematian Ochobot tapi sekejap je. Rupanya Ochobot hidup. Lawak di scene last pun seronok. Hahaha! 

Aku bagi 5 bintang untuk filem nie. Animasi yang hebat, walaupun tak setanding dengan luar, mungkin, tapi aku rasa dah hebat sangat. Berbangga bila Malaysian yang keluarkan filem nie. Ramai gila orang di belakang tabir filem nie. Korang memang ter-ba-ik! BoboiBoy menunjukkan masyarakat majmuk yang menjadi watak utama dan tak sakit mata tengok Yaya yang sopan santun tapi bertenaga! Hihi.

Siapa yang bukan peminat BoboiBoy pun wajar menonton filem nie. Serius korang tak akan rugi. Bukan pengemar kartun pun boleh tengok jugak. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat, bukan budak-budak saja. Dan paling penting, ini bukan filem Melayu yang indah khabar dari rupa :) 

OST BoboiBoy The Movie pun best! From Bunkface - Masih Di Sini. Bertambah semangat dengar lagu nie masa pertempuran berlaku. Hii. 

Selamat menonton BoboiBoy The Movie! 

Sehingga bertemu lagi,

Thanks reading,

Love,

10 comments:

  1. Smlm layan gak dgn anak2 n kawan2 sama ..mmg best gak la..cumanya..biasa la..dah bawa budak2..mmg dengar la diaorg duk buat aksi sendiri..ahakkk..sib baij duk belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Budak2 memang excited lah tengok cerita nie. Orang dewasa pun leh excited. Hii

      Delete
  2. saya pun nak tengok jugak, too bad we don't have any pawagam in my town huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tinggal kat mana? Pawagam di town lain jauh eh nak pergi? Huhu

      Delete
  3. Wah mesti best duk tergelak ja ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure! Tambah lagi dengan watak Papa Zola :D

      Delete
  4. aida tgk ni dgn anak2.
    diorang 2 kali ulang tayang tau.
    ijat siap gi rombongan dgn tadika lagi tgk wayan citer boboiboy ni :)
    hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh siap ada rombongan tadika eh. bersungguh cikgu-cikgu sekarang :D tapi memang best pun. hehe

      Delete
  5. saya dah tengok, tapi, bukan kat panggung wayang lah, download je dalam phone.

    tapi, memang terbaaaaaaaaaaiiiiiiiiiikkkkkkkklah movie ni. suka sangat dengan papazola sebab lawak. hahaha. semua lawaklah sejak mula cerita lagi dah banyak unsur jenaka XD

    sentiasa sokong animasi boboiboy!!!

    :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。