March 10, 2016

Bercinta dengan tentera dan tugasnya sekali


"Pergi kerana tugas, Pulang demi cinta"

Kawan aku, Pian, yang kini merupakan seorang ahli bomba yang berjaya dan ayah kepada seorang anak lelaki yang comel, hihi, dia yang share mengenai gambar di atas dalam group whatsapp kami. Memang dituju kepada aku sebab aku sorang yang berkahwin dengan tentera :) 

Iya, suami aku seorang tentera. Dan apa yang diperkatakan dalam gambar di atas mengenai jika bercinta dengan tentera, maknanya kita bercinta dengan tugasnya sekali. Itu sangatlah betul. Dalam tentera, tugas sentiasa menjadi nombor satu dan keluarga adalah nombor dua. Perkara ini memang sudah diingatkan kepada aku sejak dulu lagi memandangkan ayah aku adalah seorang tentera bersara. Ayah dah pesan siap-siap yang bila kahwin dengan tentera, maknanya kena kahwin dengan kerjanya sekali. 

Aku dan encik suami susah nak confirmkan sesuatu plan. Nak plan ke mana-mana jadi susah sebab plan tue boleh terbatal dengan tiba-tiba disebabkan tugas dia. Dan paling haru bila plan tue dibatalkan last minute. Sebab tue, aktiviti kami lebih kepada sudden plan. Minggu nie plan tetiba nak berjalan, encik suami cuti, then, plan on. Aku pun lebih sukakan sudden plan camtu sebab untuk mengelakkan diri kecewa di kemudian hari. Yela, plan batal tetiba kan. Siapa yang tak kecewa? 

Cuma kadang-kadang susah jugak. Sesetengah aktiviti perlu dirancang dengan teliti dan tak boleh last minute. Contohnya, bercuti di pulau atau di tempat yang jauh. Nak balik kampung, nak attend kenduri di mana-mana pun kena tunggu jawapan last minute.

Mula-mula dulu aku geram jugaklah. Haha! Merajuk, bengang, ada weii. Tapi bila dah lama, bercinta 8 tahun, kahwin sudah hampir 2 tahun, tak kan masih tak faham kerja suami. Layankan jeee ~ Kalau plan cancel last minute, aku buat plan lain. Apa plan aku? Cuba teka? Haha! Marathon tengok drama Korea, baca novel, update blog, blogwalking, dan tak lain dan tak bukan, tidur! Haha! 

Apa pun, bukan saja bercinta dengan tentera. Bercinta dan berkahwin dengan sesiapa sahaja memerlukan persefahaman dan kesetiaan. Perhubungan jarak jauh berapa lama sekalipun, kalau kita setia kepada pasangan dan faham kehendak pasangan, insyallah, akan berkekalan. Dan harus diingat juga, jodoh dan ajal di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kehidupan kita. Amin. 

Sehingga bertemu lagi, 

Thanks reading, 

Love,
IQA

8 comments:

  1. kerja pa sekalipun, setia mmg perlu. Memang tabik pada org yang setia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tabik spring kepada orang yang setia :)

      Delete
  2. banyak dugaan nya..kena redha dan sentiasa sabar kalau sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue :) Insyallah, hubungan berkekalan :)

      Delete
  3. Sabar je laa kawin dengan tentera. ")

    Wawa minum esp plain je. Campur dengan air suam. Kalau iqa nak info lanjut, boleh whatsapp wawa 019.996.6576

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for the info. Dah try minum tapi haih tak boleh betul rasanya. Hii

      Delete
  4. wahhh 8 tahun bercinta.. hehe. almost 10 years :)
    semoga bahagia selalu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。