March 25, 2016

Batman v Superman: Dawn of Justice

Selepas kerja semalam, aku pergi menonton filem Batman v Superman: Dawn of Justice di TGV Cinema, Jaya Shopping Centre. Aku dapat tiket premiere dengan harga RM15 / person termasuk Pepsi dan Popcorn. Acara ni sebenarnya diadakan oleh staf Scope. Tu yang dapatlah murah. Kira, event for staf Scope bersama keluarga dan kawan-kawan. 


Aku beli dua tiket, untuk aku dan suami. Tapi sayangnya, suami tak dapat hadirkan diri sebab kerja. Ingat lagi tak entri aku tulis berkenaan bercinta dengan tentera dan kena bersabar? Haa inilah salah satu kejadian yang terpaksa dihadapi. Tapi aku dah biasa dengan kejadian ini so tak kisah sangat. Tahu memang encik suami tengah sibuk minggu ni. 


Berbalik kepada filem ni ( sebelum aku melalut lagi :D ),  

Filem dimulakan dengan babak ayah dan mak Batman mati ditembak. Masa ni, Batman adalah seorang budak lelaki yang comel. Lepas tu, ada lagi beberapa scene campur aduk sampai aku tak faham. Haha! Lebih kurang 40 minit filem berlangsung, barulah faham serba sedikit mengenai plot cerita. Superman datang seperti biskut chipsmore pada mulanya. Tiba-tiba dia datang dan berdesup perginya. Haha. Dan berterusan babak percakapan yang panjang lebar sampai aku tak faham balik! Dan akhirnya aku tertidur. Haha! Bila tersedar, terus fokus sebab nak tahu apa yang jadi sebenarnya.


Dipendekkan cerita, final battle, tetiba muncul seorang superhero wanita yang cantik. Superhero wanita ini aku ibaratkan seperti srikandi wanita yang memberi suntikan semangat berkobar-kobar kepada Batman dan Superman untuk berlawan menentang mutant yang cukup besar dan kelihatan seperti Ninja Turtle yang ada laser di mata. Di setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita di belakangnya. Kan? Kan? Hahaha! 


Inilah mutant tu. Doomsday! Macam Ninja Turtle kan? Tengok saiz bahu pun korang dah dapat agak dia besar. Besar-besar pun kalah jugak dia nie! Dan kalau korang tengok Superman, mesti tahu yang Superman tak boleh hadap satu batu warna hijau? Haa itulah senjata nak bunuh Doomsday! Punyalah besar kau kan, tapi dengan batu warna hijau pun kau kalah! Hahaha!  

Babak Lawan! Lawan! Lawan! Dan akhirnya,,, 

Jeng.. Jeng.. Jeng.. 

Superhero itu mati akhirnya.. So sad :( 

Keseluruhan cerita, aku bagi 4 bintang untuk tahap ke-BOSAN-an! Hahaha! Serius aku memang bosan tengok filem ni. Aksi action tak banyak, lepas tu, action pun aku rasa nampak macam menipu je walaupun tahu memang menipu. Hihi. Tengok pada waktu malam pulak tu, potensi untuk aku tidur itu ada dan sudah terbukti. Haha! 

Tak tahulah kalau korang mungkin rasa filem ni best. Lain orang, lain pendapat kan? Jadi, kalau nak tengok, bolehlah tengok dan bagi review juga. Sama ada korang satu geng dengan aku atau geng lain. Hihi.

Sekian saja entri untuk kali ni. 

Sehingga bertemu lagi, 

Thanks reading dan selamat menonton ye :) 

Love,
SiQaH

18 comments:

  1. tggu hbo je la kalo mcm nie..hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik macam tu kak. Tak lah kecewa sangat nanti. Heheheh.

      Delete
  2. Hehe..siqah..comel la..mesti boring kan movie tu sampai blh tertidur. Kita pun kalau movie boring pun blh terlelap gakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boring betul. Lama proses percakapan. Kalau faham gigih lagi tengok. Hii. Baik tidur πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  3. Kannnn tak best lansung... Nak review pasal movie nie pun nadia malas , hahaha ... Chika je la review , tido lagi best kan ? Nasib rm15 kita dpt skali popcorn and air ... chika bagi 4 ... Nadia rasa bg 2 je ... Hahahah ... Tapi untuk org yang minat Komik DC maybe rasa best kot , nadia minat marvel lagi.. If tgk superman sepanjang movie tue teringat dulu-dulu layan citer smallville ... Kan kan? Hihihi ... Yang best kita gie tgk rmai2 satu team . Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chika bagi 4 star untuk tahap ke-BOSAN-an. Hii. Bukan 4 star untuk tahap best cerita nie. Kalau boleh nak bagi 5 star untuk bosan. Hahaha! Best g tengok ramai2. Tak lah terasa rugi sesangat filem nie tak best. Hihihi.

      Delete
  4. Comel header tu Siqah ....untung jadi bini photographer ni tau hihi...

    Ok bab batman ngan superman tu mak kutang minat maklumlah dah kilauan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Tak payah tengok mak Hainom. Memang tak best. Sure tidur jugak nanti. Hihihi.

      Delete
  5. org kedua kata filem ni bosan..so xjdlah tgk.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Tak payah tengoklah. Tunggu je keluar kat HBO nanti. Hihihi.

      Delete
  6. baru jek tengok cite ni petang tadi... team superman all the way ~ hensem sgt dagu dia..

    ReplyDelete
  7. belum tengok lagi..lama tak tengok wayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu cerita ni keluar kat HBO je kak. Tak payahlah tengok wayang. Rasa rugi je nanti :)

      Delete
  8. Ala baru semangat nak pegi tengok. Hehe tapi ada jugak zira dengar ramai cakap bosan. Jadi lepas baca entry siqah ni jadi tak nak tengok lah pulak.. Hehhe tenkiu share dear! Suka baca entry awk.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tak payah tengoklah Azira. Nanti tunggu keluar kat tv eh. Memang bosan siqah tengok. Hehe. Tq Azira sudi baca entri siqah :)

      Delete
  9. sblm tgk tnya review dr kengkawan dlu. hehehe
    rata2 ckp 3 star je. so plan nk tgk huntsman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus pilihan awak, nina. hehe. baik tengok filem lain. filem nie tunggu nanti mesti ada keluar tv :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。