February 10, 2016

Ola Bola: Kembalinya Keyakinan


Ola Bola! Aku berjaya menontonnya hari nie di hari terakhir tayangan di panggung. Yes!! Thank you HK sebab cuti lagi hari nie. Hihi. 

Sangat teruja untuk melihat filem nie. Bertambah teruja bila baca review orang cakap filem nie sangat best. Dan ternyata, selepas menontonnya, filem nie memang sangat menarik, best, dan menyentuh hati :) 

Filem arahan Chiu Keng Guan, pengarah yang telah berjaya memecahkan rekod box office melalui filem The Journey pada tahun 2014. Aku miss to watch this film. Huhu. Akan dicari nanti. 

Ola Bola mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1980 yang berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Ola Bola adalah satu filem yang lengkap mengandungi unsur masam manis kehidupan. Masalah dan halangan yang mereka hadapi untuk mencapai impian mereka ke Sukan Olimpik Moscow. 

Ola Bola bukan cerita mengenai sukan bola sepak semata. Jadi filem nie bukan untuk peminat bola sepak saja. Fokus pada semangat kesukanan yang membawa kepada mereka tabah menghadapi segala halangan yang ada. Juga fokus pada perpaduan di antara pelbagai kaum di Malaysia, semua orang berkata mengenai bola sepak, rakyat Malaysia bersatu menyokong pasukan bola sepak negara tanpa mengenal erti perbezaan antara kita, rakyat pelbagai kaum. Bak salah satu skrip dalam filem nie, 'Kita tetap menyanyikan lagu yang sama'. 

Pelakon amatur yang menjadi tunjang utama filem nie berjaya membawa watak mereka dengan baik sekali. Good job! Terutama kepada tiga watak utama, JC Chee (watak Tauke), Luqman Hafidz (watak Ali), dan Saran Kumar (watak Muthu). Aku suka jugak dengan Lim Jian Wen (watak Ong Tiam Cai), comel wataknya dan paling seronok bila beliau yang merupakan pemain simpanan akhirnya dapat bermain di perlawanan sebenar semasa menentang Korea Selatan. Pujian juga diberikan kepada pelakon hebat, Bront Palarae yang membawa watak pengulas sukan, Rahman. Excited tengok beliau mengulas sukan bola sepak. Hihi. 

Aku sarankan korang yang masih belum menonton filem Ola Bola, silalah beli nanti filem nie di Astro First. Sebab hari nie adalah hari terakhir filem nie ditayangkan di panggung. Tak rugi korang beli! Filem nie sangat best, best, best, dan semua rakyat Malaysia wajib tonton! Aku bagi 10 bintang untuk filem nie. Sangat sukakan filem nie dari semua aspek termasuk lagu tema, Arena Cahaya by Zee Avi. 

Aku berasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia selepas tengok filem nie. Rasa sangat teruja untuk terus menyokong pasukan bola sepak negara. Rasa sangat bangga dengan kejayaan yang dikecapi walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kejayaan itu berlaku. Sama-samalah kita menyokong sukan di Malaysia dan bersatu padu demi negara tercinta, Malaysia. Dan kepada ahli sukan negara terutama pasukan bola sepak Malaysia, moga filem nie dapat memberi impak besar dalam memajukan pasukan kita ke persada dunia.

Tengok tau filem nie! Mesti tengok eh semua. Tak menyesal punya. Ola Bola sangat terbaik! 

Kita menang sama-sama,
Kita kalah sama-sama.

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。