February 27, 2016

Menang lagi team pilihan hati, Johor DT!


Johor DT menang lagi! Yeehaaaa! Seronok sangatlah aku kan kata. Encik suami lagi seronok. Malam nie encik suami jadi tukang tilik pulak dan betul pulak tekaannya. Dia teka minit ke 28 hingga minit 30, JDT akan ada satu gol dan ternyata dapat lak satu gol JDT pada minit ke 28. Hebatlah! Hahaha! 

Permainan yang bagus oleh JDT walaupun pada separuh masa kedua nampak macam letih je. Mana tak letihnya kan. Segala perlawanan piala, orang yang sama je lebih kurang yang main. 

Harap JDT berterusan dengan kejayaan! Berbaloi lah apa saja yang dihabiskan untuk team JDT musim nie. 

Berkenan sungguh dengan jersi JDT. Dah request kat encik suami nak jersi JDT semua warna. Cuma tak tahu bila nak dapat. Haha! Tak jumpa lagi jual di mana-mana. Nanti pergi stadium masa perlawanan, baru beli agaknya. Pergi untuk beli jersi je. Maybe ~ Haha. 

Esok hari ahad. Hari untuk beristirehat. Bila sabtu dah keluar, hari ahad untuk berehat je. Malas nak ke mana-mana. Zaman sekarang, keluar rumah je dah habis RM50. Isi minyak kereta lerr ~ 

Selamat berhujung minggu, semua :) 


Sehingga bertemu lagi, 

Love
SiQaH

*credit picture to: Johor Southern Tigers, FB page ­čĺ¬

2 comments:

  1. Ooo..ada bola rupanya..patut la td masa kat airport senai ada nampak 2 buah bas JDT ..tgh tunggu player rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tinggal di johor rupanya awak? hidup JDT! hehe

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。