February 05, 2016

Johanandhiscats Studio

Korang pernah dengar tak Johanandhiscats? Popular di Instagram kerana beliau memiliki banyak kucing yang comel. Aku tak pernah tahu pasal Johanandhiscats sehingga dia buka studio kucing dan viral mengenainya,

Minggu lepas, aku berkesempatan untuk pergi sendiri melawat kucing-kucing di Johanandhiscats yang terletak di Setia Alam. Dulu, Johan buka studio di kediaman sendiri (aku pergi sini pada mulanya), dan sekarang dia dah buka studio kucing di tempat yang lebih selesa.

Kami tiba di sana jam 2 petang dan datang kembali pada jam 4 petang selepas dinasihatkan oleh orang yang menjaga barisan di sana. Studio nie berehat dari jam 3 hingga 4 petang. Korang kalau nak datang, boleh booking dulu di laman web rasmi Johanandhiscats. Lagi mudah dan korang tak payah beratur beriya sangat. Kalau korang walk-in pun boleh, cuma mereka lebih mengutamakan pelanggan yang booking terlebih dahulu. Macam aku hari tue, datang as walk-in customer, so lambat mereka attend kita sebab habiskan yang mana booking dulu. So it's better to book before come okay!



Inilah rupanya dari luar. Johanandhiscats studio berada di tingkat 1. Ground floor akan dibuka pets shop dan masih dalam pembikinan. 


Dan sekarang, mulakan entri dengan gambar-gambar kucing yang comel bangat! :D 

Oppps sebelum tue, ada peraturan ye di sini:
- Flash camera is a BIG NO
- Boleh pegang kucing di mana sahaja bahagian badan kecuali hidung.

Itu sahaja yang penting. Hihi. So nak masuk sini, pastikan camera no flash okay! Then, ambiklah gambar banyak mana pun. Takde orang nak heran, Sebab semua orang macam tue. Hihi.


Namanya Princess. So like a Princess, buat catwalk dengan muka serius dan berlagak. Haha.


Serius aku tak ingat nama semua kucing. Hihi. Banyak sangat. Cukuplah tuan dia yang ingat semua kan. Yang nie, sumpah comel. Besar pulak tue. Terkejut aku tengok mula-mula. Takut nak pegang pada mulanya tapi lepas tengok dia okay je bergambar, aku pun offerkan diri nak ambik gambar dengan dia. Hihi. Sebenarnya, aku takut kucing! Haha! Tapi pergi jugak studio kucing sebab can't resist to see cute cats! :D



Martin! Muka Martin serius kasihan dan kelakar. Haha. Tapi dia sangat comel. 


Tengok muka kasihan dia :) Jatuh cinta dengan pandangan mata :)


Kasih yang paling comel dan paling aktif. Bermain saja kerjanya. Bukan senang nak ambik gambar dengan Kasih. Lebih suka pada benda bergerak, Nak kejar je kerjanya. Comel sangat :)



Yang nie kucing yang paling cantik bulunya. Aku suka sangat! Tak berani nak pegang sebab dia macam ganas. Hihi.





Mak dengan Tarzan. Macam harimau bintang kulitnya. Cantik!





Kucing nie sedang moody. Walaupun tuan kedai panggil dia, dia buat tak tahu je. Tak layan langsung. Memang tengah mood tak baik tue haa. Jangan dipaksa! Ada juga beberapa kucing yang menyendiri kat sini. Maybe mereka tengah penat so moody lah nampaknya. Ambik gambar di kejauhan jela. Sampai hati awak tak nak layan saya :(



Yang nie dipanggil Jannah (not sure betul ke tak). Kucing nie pun moody jugak pada mulanya. Dia menyorok je sampai diangkat keluar oleh tuan kedai. Mr A berjaya pegang dia sebentar. Lepas tue, dia terus nak menyelamatkan diri daripada orang ramai. Mood tak baik juga nampaknya..




Suasana dalam studio kucing. Ramai orang. Boleh memuatkan dalam 30 orang untuk satu masa. Tak payah risau kalau tiada kucing untuk bermain. Ada je kucing. Kucing banyak dan mostly active. Pasti korang puas punya bermain dengan mereka :)

Pendek kata, tempat nie adalah wajib dikunjungi oleh mereka yang sukakan kucing. Yang tak suka kucing pun boleh datang. Pasti akan jatuh cinta dengan kucing-kucing yang gebu dan comel di sini. Dan ingat, sebelum datang, sila buat booking dulu :)


Alamat: No 16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam (berdekatan dengan Setia City Mall)

Masa: 11 am - 10 pm

Instagram: @Johanandhiscats

Laman web rasmi: http://johanandhiscats.com.my/


Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH





No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。