February 15, 2016

Isteri vs Tunang - Mestilah Isteri Win!


Aku tergerak hati nak beli novel nie selepas tengok drama Isteri vs Tunang di Astro Ria. Aku sangat suka Scha so memang wajiblah tengok drama tue kan.

Novelnya quite nice jugak. Jalan cerita macam biasalah, tak suka last2 jadi suka. Cuma yang aku geram sangat dengan Zaim Azfar sebab dia kahwin lagi satu dengan Amira gedik! Geram betul aku! Yes, cinta pertama tapi tengoklah dulu perangai perempuan tue. Mengedik dan kaki control macam tue, ishhhh buat simpanglah nak buat isteri oii. Geram macam mana Zaim boleh terfikir nak jadikan Amira isteri kedua. Aigoo! Sakit je hati baca novel. Tengok drama lagi sakit hati. Watak Amira yang dibawa oleh Sharifah Sakinah memang menjadilah tahap gedik dan kaki kontrol tue :D 

Kalaulah aku di tempat Alana Sofea, tak tahulah boleh ke hadap the fact yang suami nak kahwin lain. Siap dia pulak menemani suami uruskan pasal perkahwinan kedua. Eh eh eh! Hati terluka tau! Walaupun wanita nie kata tidak apa, redha dengan ketentuan Allah, tapi jauh di sudut hati, mesti terasa dan terluka. Mana ada wanita yang suka berkongsi kan? Ke ada? Maybe adalah segelintir. Seperti last week, aku dengar radio Hot Fm, Fynn Jamal ada mentioned yang dia bukan anti poligami. Bagusnya Fynn! 

Ending novel nie seperti biasa. Alana Sofea mengandung buat kali kedua selepas kandungan pertama gugur masa dia kemalangan di hari pernikahan Zaim. Dan itu membuatkan Zaim tak jadi menikah. Bagus sangat masa nie! Hihi! 

Aku bagi 3 bintang untuk novel nie. Jalan cerita pada mulanya biasa je, seperti yang kita boleh agak, cuma ditambah dengan suami nak kahwin lain, haa itu yang buat novel nie lain daripada lain. Biasa watak kedua mengganggu hubungan je, nie haa lelaki tue pun melayan siap ajak kahwin walaupun menyesal di kemudian hari tapi tak boleh nak cancel kan the wedding. Last last cancel gak! :p 

Kalau drama seperti biasa mesti ada add on scene. Aku layankan je add on scene tue. Hii. 

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
SiQaH


No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。