February 29, 2016

First time order buku di MPH Online

Aku tak pernah tergerak hati nak order buku online. Apatah lagi novel. Tapi entah kenapa kali nie, aku bersungguh nak juga baca satu novel Melayu nie tak kira apa pun. Sebab sekarang, dah keluar novel kesinambungan untuk novel pertama. Tapi aku tak baca lagi novel pertama. Tak kan nak baca novel kedua pulak kan. Makanya terus ke komputer yang ada kat MPH dan cari online.


Search dan novel tue available di MPH Online. Terus daftar sebagai ahli dan beli. Semangat tak? Hihi. Boleh pilih untuk bayar secara online ( Maybank2U, Paypal, dll ) atau di outlet. Dan aku pilih cara bayaran di outlet memandangkan masa tue aku berada di MPH SACC Mall. Senang je rupanya order online ;)

Aku order hari rabu dan novel sampai hari nie. Mengambil masa tiga hari bekerja. Okaylah tue, takdelah lama sangat.


Dibungkus baik oleh pihak MPH. Fragile sangat. Kemek sikit pun tak nak okay. Aku sangat particular kalau bab kecantikan novel. Semua novel aku diletak rapi di almari. Cuma ada satu je novel yang dah kemek sikit sebab aku campak lepas habis baca. Haha! Punya bengang dengan jalan cerita novel tue. Tak payahlah aku mention tajuk novel yang aku campak tue di sini :p 


Ta-daaaaa ~ Inilah novel aku order online!  The Unsung Hero 1: Wira Yang Tidak Didendang. Novel kedua yang kini berada di pasaran bertajuk The Unsung Hero 2: The One. Penulis bernama Melur Jelita. Aku pernah baca novel beliau bertajuk I Love You, Stupid dan memang best novel tue. Hope yang nie pun seronok lah. 

Novel paling tebal akan aku baca, 1156 pages!!! Gila kau, novel nie pun berat. Entah bilalah nak habis?? Hihi. 

Okay. Nak start baca sekarang! :D

Sehingga bertemu lagi, 

Thanks reading, 
Love
SiQaH

2 comments:

  1. Bila novel dah kat tangan jgn sampai lupa makan, mandi, tidur semua tu.
    Biasa anak-anak kakak macam itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Masih ingat nak buat semua tue lagi :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。