February 25, 2016

Bayar Hutang PTPTN guna akaun kedua KWSP

Hari nie aku cuti just to settle this! Bayar hutang PTPTN guna akuan kedua KWSP. Dah lama nak buat tapi masih tak bergerak nak buat, sampailah rakan sekerja aku, Shiema dah buat dan dia beriya suruh kami buat sampai siap ambilkan borang KWSP. Hihi.

Makanya, sebelum di blacklist, haha, baik pergi bayar hutang. Aku masih tak mampu nak bayar semua hutang. Bayar separuh je. But still okay for me. Happy bila dah settle buat urusan, sebab walaupun tak buat full settlement, dah bayar separuh pun dah cukup happy. Kumpul lagi duit dan bayar lagi nanti :)

Prosedur senang sangat. First, pergi ke cawangan PTPTN berdekatan. Kalau aku, mestilah ke Shah Alam. Aku suka berurusan bank ke apa ke semua di Shah Alam. Tenang je rasa. Hehe. Parking kereta di Plaza Alam Sentral dan terus ke PTPTN di bangunan sebelah. Sekejap sangat berurusan di PTPTN. Tak ramai orang dan aku suka situasi itu :D

Di PTPTN, tiada apa dokumen diperlukan. Just pergi sini untuk check balance account dan pegawai PTPTN akan beri surat rasmi daripada PTPTN lengkap dengan jumlah hutang dan segalanya. 

Korang boleh jugak pergi ke booth / kiosk PTPTN di shopping mall yang ada, sekarang rasa dah banyak je booth PTPTN kan, cuma kalau korang berurusan di booth, mereka mengambil masa seminggu untuk dapatkan surat rasmi. So korang kena datang sekali lagi untuk ambil surat rasmi pulak. Lagi senang, if korang ke cawangan PTPTN terus. Ikut korang lah nanye. Mana yang lebih senang :) 

Korang akan ditawarkan buat Ujrah PTPTN untuk langsaikan lebihan hutang yang ada. Terpulang sama ada korang nak atau tak nak terima. Aku tak nak buat Ujrah. Hanya nak bayar setiap bulan dan nanti ada balance KWSP lagi, boleh bayar lagi secara ansuran. 

Dah dapat surat rasmi PTPTN, terus ke KWSP. Di KWSP, macam biasa, beratur dan ambil borang untuk diisi. Lengkap isi borang, pergi kaunter dan ambil nombor giliran pulak. 

Kalau di KWSP Shah Alam, banyak kaunter dibuka. Dan sekejap je prosesnya. Pegawai KWSP pun baik je. Beriya menerangkan semua prosedur. Siap suruh buat iAkaun KWSP agar lebih mudah nak tahu semua berkaitan akaun KWSP di masa akan datang. 

Dokumen diperlukan di KWSP: 
1. Surat rasmi dari PTPTN
2. Sijil Ijazah yang asal
3. Satu salinan sijil Ijazah yang asal 
4. Kad Pengenalan 
5. Boleh jugak disertakan sekali dengan transkrip akademik (optional) 

Alhamdullilah. Kurang dari 2 jam, semua urusan sudah selesai. Rasa lega bila dapat bayar hutang walaupun tidak semua. Yes, hutang wajib bayar! Ingat selalu ;)


Lepas dah bayar, sila tunggu sehingga sekurang-kurangnya 14 hari bekerja. Lepas tue, bolehlah check baki pinjaman PTPTN. Senang je nak check. Sila ke web ( gambar di atas ) dan masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman. Kalau tak ingat no pinjaman, senang jugak. Mintak je kat pegawai PTPTN yang berurusan dengan korang. Settle :D Aku cari nombor pinjaman di surat tawaran tapi tak jumpa pun. Tue yang tanya je pegawai bertugas. Dinasihatkan jugak untuk check baki pinjaman antara 15 hingga 28 hb / setiap bulan. Sebab tarikh lain, PTPTN sedang kemaskini akaun. Mungkin lambat prosesnya kalau check masa nie. Mungkinlah ~ 

Dan untuk sesiapa yang nak tukar penama KWSP, sekarang wajib bawa seorang saksi yang bukan penama semestinya, berumur 18 tahun ke atas bersama ke pejabat KWSP. Sekarang, pegawai PTPTN dah tak boleh jadi saksi. Jenuh pulak nak kena bawak sorang saksi. Weekend pun boleh buat dah, pergi UTC :) No excuse der ;) Tapi kalau tak nak jugak bawak saksi, mintak tolong je sesiapa yang ada kat situ untuk jadi saksi. Berbudi bahasa lah. Hihi :p

Sekian sahaja entri untuk kali nie, pada sesiapa yang ada hutang PTPTN, amat digalakkan untuk bayar guna akaun KWSP. Duit yang kita kumpul masa kerja, boleh digunakan untuk bayar hutang yang ada :) 

Bilalah boleh hidup tanpa hutang? -- Lama lagi jawapannya. Huhu. 

Sehingga bertemu lagi, 

Love
SiQaH 


4 comments:

  1. Yup..bagus siqah..saya pun dah settle ptptn dgn akaun epf..hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya dah settle ptptn. Saya masih kena lagi membayar. takpe2. biar lambat asalkan settle kan. hii. congrats awak dah habis ptptn. alhamdullilah rezeki b'kerja.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。