October 31, 2015
(0) Comments
Siapa suka makan ayam?? Hihi. Inilah kedai yang perlu dikunjungi. Wee ~~ Semalam, Jumaat, 30 October 2015, Hanis tetiba feeling nak makan makanan yang berkalori. Hanis sekarang tengah buat meal plan dan haruslah tak makan makanan berkalori tinggi. Tapi semalam tetiba dia teringin pulak. Makanya jom jom jom! Kita pergi makan. Dan pilihan Hanis semalam adalah The Birdmen Co yang terletak di Subang Jaya. Semalam #gengmakan yang melayan dinner bersama adalah aku, Hanis, Tasha, Nadiah, Syira, Yun dan her husband, FA. 



Inilah kedainya. Jangan tanya aku camne nak datang sini sebab sesungguhnya aku failed kalau bab direction. Cari kat Waze pun tak jumpa. 

Details:
Alamat: 113, SS 15/5A, Subang Jaya. 
Open: Selasa - Ahad, jam 5 PM - 11 PM
Instagram: @thebirdmenco


Interior. Sangatlah simple. 


Menu yang ada. 
Yang paling popular di sini semestinya Birdmen Wings yang ada 6 flavors. Pastas ada 3 jenis dan believe me kepada sesiapa yang tak tahan pedas, never ever order Hot Chili. Pedas gler gler sangat! Rasa nak nangis walaupun hanya rasa satu sudu je. Rasa nak marah orang pun ada. Huhu. Spicy Asian pun pedas jugak cuma tak sepedas Hot Chili lah. 


Crispy Nachos - sedap. Biasalah cheese kan. 
Crispy Loaded Potato Skins - sedap yang nie. Boleh makan sekali dengan kulit. Hihi. 
Sample Platter - patut ada 6 flavors. So boleh rasa semua flavors yang ada. Cuma yang nie order Original Bbq dan Original Hot Sauce flavors. Hot Sauce tue, bau je pun aku dah tahu pedas. So memang tak sentuh lerr. Bbq manis sikit. 


Regular Fried and Honey Mustard! Both sedap! Walaupun boleh je buat sendiri di rumah :p



Yang nie paling win! Dessert! Brownies with a top of icecream. Inilah yang paling sedap sekali! Rasa lega bila makan nie selepas makan yang pedas2. Rasa back to normal again. Haha. 


Seperti biasa, Iced Latte :) Kat kedai nie, jual Iced Latte dalam Gems Bottled Drink. Aku suka iced latte nie. Need to add ice sebab pekat jugak latte nya. Terasa sangat creamy if tak letak ais. Aku siap tambah ais dan air jugak. Ohh ya, aku minum kat kedai satu, dan tapau bawak balik satu. Hihi. Boleh tahu details pasal Gems Bottled Drink di website www.gemsbeverages.com atau FB page www.facebook.com/gemscoffee atau di Instagram page mereka, @GemsBeverages .

Pendek kata, kafe nie kira okaylah jika nak datang lepak-lepak dan makan chicken wings. Don;t expect more!

Semalam, berbicara sehingga jam 10.45 PM baru bergerak balik. Khusyuk mendengar cerita Yun dan FA mengenai insurans. Dorang agen Prudential. Insuran adalah sangat penting tambah lagi sekarang dengan kos perubatan yang makin meningkat. All of us must have at least one personal insurans. Jangan bergantung hanya pada insurans company je. You will know the benefit of insurans later. Ingat, malang tidak berbau, sakit juga kita tak tahu bila. Marilah bersedia agar nanti akan datang, insurans can help us. Lepas dengar cerita Yun dan FA semalam, terus aku nak berjumpa my insurans agent. Nak kena confirm balik my insurans policy. Sape yang tiada lagi any personal insurans, bolehlah berfikir untuk ambik satu insurans untuk diri sendiri. It will benefit you in future. Trust me!

Dah tak memasal cerita pasal insurans pulak nie haa. Hihi. Peringatan untuk diri aku semalam dan hari nie nak share dengan korang jugak :)

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH





The Birdmen Co - Chicken Wings!
Siapa suka makan ayam?? Hihi. Inilah kedai yang perlu dikunjungi. Wee ~~ Semalam, Jumaat, 30 October 2015, Hanis tetiba feeling nak makan ...

(0) Comments
Tak terlambat lagi nak cerita apa jadi on my birthday this year! Baru berkesempatan nak menaip nie haa. Awal pagi 28 Oktober 2015, aku pergi renew lesen memandu di Pos Malaysia, Skypark, Subang. Hanya 10 minit dan siap semunya. Bagus betul, tak ramai orang, in fact, aku jela orangnya masa tue. Hihi. Lepas tue, aku terus ke Citta Mall, memang niat nak lepak di kafe. Keliru nak lepak di kafe mana sebenarnya. Sama ada Dr Cafe Coffee atau Beans N Beans yang terletak bersebelahan je. Setelah hampir 15 minit fikir ( fikir kafe je pun dah lama, apa daaa ) , aku ambil keputusan nak lepak di Dr Cafe Coffee sebab dah lama sangat tak lepak sini. Biasa dulu sebelum kahwin, memang kafe nie lah jadi pilihan utama aku untuk melepak dan tonton drama Korea guna wifi di sini. Wifi Dr Cafe laju kau tahu! Hihi.

Sedikit gambar Dr Cafe Coffee :D




Nampak sangat tak ramai orang di sini. Masa nie sebelum jam 11 pagi on weekday. Memang haruslah tak ramai orang. Kalau weekend, penuh jugak kafe nie.



Minum Iced Caramel Latte only. Sedap jugak Latte di sini, tak manis sangat. No need to add anything. Boleh tahan jugak barista nie buat air walaupun dia pandang aku semacam je masa aku beriya ambik gambar dan berjalan di sekeliling kafe :p

Ini al kisah pagi. Tengahari aku dah balik dan lepak di rumah. Dulu boleh jugak berlama-lama berjalan sorang-sorang di luar, sekarang cepat sangat rasa bosan. Mungkin selepas kahwin, dah sentiasa ada orang bersama, jadi bosan cepat kalau tiada teman. Hii.

Cerita malam pulak... Encik suami sudah pulang dari kerja!! Yeehaa!! So birthday girl request nak makan makanan Barat as dinner. So malas nak pergi jauh-jauh, kami pergi ke Mr Steak House di Kota Damansara.



Pilihan aku Chicken Chop dan pilihan encik suami Black Pepper Steak. Both makan tak habis. Aku macam biasalah tak habis, Besar Chicken Chop nya. Encik suami pun tak habis makan jugak sebab katanya penat dia nak kunyah. Hehe. Pun boleh reason gitu :D



Dalam hari yang sama juga, aku telah mendapat saman parking! Huhu. Parking sekejap di tempat parking cuma tak letak kupon kereta sebab I don't have any. Malas nak pergi beli sebab memang rasa sekejap je, so tak sempat kot MBSA nak saman. Hanya tak sampai 5 minit aku ke bank, patah balik ke kereta, tengok dah ada surat saman di kereta. Huhu. Rajin orang MBSA buat kerja kan. Patut diberi pujian nie. Makanya, terus aku ke Bank Rakyat untuk bayar saman. RM10 untuk bayaran dalam 24 jam, Baik pergi bayar terus. Aiyak!! Ingatkan sempat bertindak cepat, rupanya masih kena saman. Itulah kadang-kadang mentaliti manusia. Nak cepat dan gasak je buat apa pun walaupun melanggar peraturan, Yakin akan selamat tapi rupanya tak selamat juga. Itulah, lainkali jangan confident sangat!

Itu saja al kisah pada 28 October tahun 2015. Aku bukan jenis orang yang suka sambut birthday beriya, well enough with makan-makan sudah, tak perlu more than that. Bersyukur apa adanya :)

Apa yang penting pada hari lahir adalah dapat sambut bersama yang tersayang, dapat ucapan birthday daripada yang tersayang dan paling penting, ingat pada mak yang telah mengandungkan kita dan melahirkan kita. Sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Mak jika dia sudah tiada. Dan bersama ( call / visit ) dengan Mak jika dia masih hidup. Jangan dilupa pada Ayah juga :)

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH

On My Birthday This Year!
Tak terlambat lagi nak cerita apa jadi on my birthday this year! Baru berkesempatan nak menaip nie haa. Awal pagi 28 Oktober 2015, aku perg...
October 28, 2015
(3) Comments


28 Oktober 2015 - genap hari nie aku 29 tahun. Alhamdullilah untuk 29 tahun ini. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku kehidupan yang baik di sekeliling suami, keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa berada di sisi :) 

Pada setiap tarikh hari lahir, pasti aku teringat pada arwah mak. Sudah 12 tahun pemergian arwah Mak. Kadang-kadang bila tengok cerita tv atau orang bercerita pasal mak mereka, aku jadi rindu dengan arwah mak. Rindu segalanya. Dulu mak suka bebel jugak, boring je dengar. Tapi sekarang bila mak dah takde, mulalah rindu nak dengar mak bebel bercakap je. Terima kasih Mak kerana telah melahirkan Kak Lang dan membesarkan Kak Lang selama 17 tahun. Rindu sangat dekat Mak. Insyallah ada masa nanti, Kak Lang datang ziarah mak. Al Fatihah ~~ 

Hari nie sempena hari lahir aku, aku ambik cuti tahunan! Yeayyy! Haha! Start tahun nie aku tak nak bekerja pada hari lahir. Nak rehat, nak relax je sepanjang hari nie. Tak nak moody marah kat orang ( obviously I will if aku kerja ), nak tenang je. Tenang sangat kan! Hihi. 

Okay. Now nak bersiap pergi renew lesen. Hihi. 

Happy birthday to me! 

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
SiQaH 

29 tahun :)
28 Oktober 2015 - genap hari nie aku 29 tahun. Alhamdullilah untuk 29 tahun ini. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku kehidup...
October 24, 2015
(3) Comments
Wee ~ Geram sebab timeline IG penuh dengan gambar orang ke Korea musim luruh sekarang, semalam kami pun decided nak pergi ke another Korean Dessert Cafe, nama diberi, Hanbing Korean Dessert Cafe. Hihi. Bukanlah sebab geram tengok gambar orang tue, Hanis pernah cerita pasal kafe nie selepas kami ke Beans N Beans Korean Cafe , dan semalam lepas kerja, kami #gengmakan terjah ke sana.



Senang nak jumpa kafe nie. Terletak sebelah Hong Leong bank di depan Bangsar Village. Lagi senang kalau korang parking je dalam Bangsar Village dan jalan kaki je ke sini. Maklumlah area Bangsar, memang susah nak cari parking.


Simple and nice interior


Menu.
Makanan yang paling berat bagi aku adalah nasi goreng, Yang lain, semuanya celah gigi je boleh habis. Haha.



Ta~daaa!!! Semua makanan kami semalam. Gambar full makanan is a must especially on your first time. Hihi.



Korean Spicy Fried Chicken. Not to spicy because I can eat it! Layanlah jugak makan ayam nie haa.



Korean Honey Fried Chicken. Ordered it because I think that Spicy Chicken would be too spicy. This one is nice but not so delicious for me. Rasanya biasa-biasa je. I love Korean Spicy Fried Chicken more.



Classic Topokki also included ramyun in Korean hot and spicy sauce. Come together with two pieces of fried seaweed and glass noodle rolls. Yang nie sedap dan lebih pedas daripada Korean Spicy Fried Chicken.


Kimchi Fried Rice - Egg Base. Ohh yang nie pun sedap! Bawah tue ada telur dan cheese. Yummy! 



This is a reason why we came to this cafe! Their Snowy Bingsu! Pilihan kami adalah Blueberry Cheese Snow Ice dan sumpah sedap gila!! Ice is shaved so smoothly until it feels just like snow (walaupun tak pernah merasa snow :D). Seriously recommended!!

Aku rasa kafe nie agak mahal harganya berbanding Korean Cafe yang lain. Cuma their Bingsu is a must if come here. So next time datang sini makan Bingsu jela. Hihi. Even so, it is a nice place to hang out with a lot of K-pop songs. Rasa nak menari masa dengar lagu Loser - Big Bang :D

You can visit @hanbingmy di Instagram for more info and tempting pictures!!

Alamat: 33, Jalan Telawi 3, Bangsar (next to Hong Leong bank).

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH


Hanbing Korean Dessert Cafe
Wee ~ Geram sebab timeline IG penuh dengan gambar orang ke Korea musim luruh sekarang, semalam kami pun decided nak pergi ke another Korean...
October 21, 2015
(0) Comments

Hahaha. Tetiba teringat al kisah zaman sekolah dulu. Zaman muka nerd, perangai pun nerd. Hihi.. 

Gambar di atas dikongsi oleh salah seorang kawan sekelas aku, Said, di FB dan dia siap tagged sorang-sorang kat 'kaki' yang mana. Dan cuba teka aku 'kaki' apa???

Semestinya aku 'kaki belajar'. Haha. Kata nerd. Takkan kaki dating pulak. In fact, adalah jugak dating beberapa kali dulu. Hihi. Yang itu iyalah cinta monyet dinamakan. Bercinta kononnya pun hanya 3 bulan. Haha. Lawak bila ingat.

Masa zaman sekolah dulu, aku memang kaki belajar. Asyik nak belajar je. Hari-hari lepas sekolah, aku akan stay di sekolah untuk study. Buat study group lah di library. Balik sure dah petang. Kat rumah, lepas dinner, aku akan sambung belajar lagi. Belajar dan belajar je kerjanya. Aku tak suka study last minute masa sekolah. Berbeza sungguh dengan perangai masa di universiti. Last minute study is a must! Hihihi.. 

Aku pun bukannya orang yang aktif di sekolah. Join kelab tapi kelab di sekolah aku takdelah aktif mana. Paling aku suka bila join St.John di sekolah. Suka sebab cita-cita dulu nak jadi pakar bedah. Sayangnya tak kesampaian. Hii. Itu yang join St.John. Kononnya nak bagi pendedahan awal! Haha. Disebabkan tak mencapai cita-cita, aku suka tengok cerita pasal doktor. Menarik sangat! Tak dapat jadi doktor, dapat tengok cerita pasal doktor pun jadilah :D 

Haa aku sekolah di Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kuantan Pahang. Atau lebih dikenali sebagai sekolah menengah samseng malaysia. Haha! Sebab sekolah aku nie penuh dengan budak samseng, kaki gaduh belaka. Pernah tengok orang gaduh sampai baling kerusi dan meja dari tingkat 1. Gila seram! Itu dulu, sekarang harap budak sekolah SMSM dah berubah. Dah 12 tahun berlalu.. 

Di sekolah jugak, aku pengawas sekolah. Pegawas yang tetap melanggar peraturan cuma orang tak tahu. Hihi. Kat sekolah, pelajar perempuan wajib pakai kain dalam kan? Mesti semua sekolah camtu, walaupun kain kau tebal. Aku hanya pakai masa perhimpunan je iaitu hari Isnin. Sebab ada buat spotcheck! Hari lain, jangan harap aku nak pakai kerana aku yakin kain aku tebal. Hihi. 

Aku pernah kena marah di depan pelajar lain, tengah berjalan, tetiba diminta berhenti oleh GPK HEM ( nama aku dah tak ingat ). Dia marah aku sebab aku pakai lipgloss ke sekolah. Katanya tak payah nak berlawa ke sekolah. Masalahnya, aku bukan pakai lipgloss. Aku pakai lipbalm sebab bibir aku cepat kering. Takdelah glitter bagai. Gila malu kena marah sebab tue. Ingat aku nak sangat ke pakai lipbalm ke sekolah? Just nak nampakkan yang aku taklah buruk sangat dengan bibir yang mengelupas if tak pakai lipbalm. Aiyakk! Dan masa tue aku tak tahu kewujudan Vaseline. Huhu. 

Walaupun kena marah, aku pakai je hari-hari. Biaq p dengan GPK HEM itu. Dan disebabkan itu, aku tak suka dia! 

Zaman sekolah penuh dengan perangai kebudak-budakan. Dah nama pun sekolah kan. Bila sekarang dah dewasa, jadi seronok bila teringat kembali zaman sekolah dulu. Tersenyum sendiri ingat kenangan manis dan gelak besar bila ingat perkara yang memalukan diri sendiri. Hahaha! 

Korang pun mesti seronok kan masa zaman sekolah? Tertanya-tanya korang 'kaki' apa? Aku yakin kalau ada yang baca post nie, mesti akan terfikir yang masa sekolah dulu dia 'kaki' apa? Betul kan? Hihihi.. 

Selamat berfikir dan ingat kembali zaman persekolahan! Hihihi.. :D 

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
IQA
Kat Kelas Mesti Ada Sorang Yang...
Hahaha. Tetiba teringat al kisah zaman sekolah dulu. Zaman muka nerd, perangai pun nerd. Hihi..  Gambar di atas dikongsi oleh salah...
October 18, 2015
(0) Comments
Kali nie nak share pasal satu lagi buku yang memberi inspirasi dan semangat dalam diri. Banyak menyentuh isu cinta dan kehidupan. Buku yang dimaksudkan adalah #88LoveLife daripada Diana Rikasari, blogger dan fashion hitz di Indonesia. 

Aku terjumpa buku nie dalam explore tab di Instagram. Tertanya mana nak beli buku nie dan pergi ke Popular confirm takde jual kan. Sampai satu hari Nadiah ada beli buku nie dan terus tanya dia mana dia beli. Jawapannya adalah Instagram @nursakinahsoleh . Apalagi, whatsapp dan order ler. Hehe. 


Comel gila buku nie. Paling berkenan warna pink 😍 


Apa yang menarik dalam buku nie selain daripada ayat-ayat yang boleh beri inspirasi dan motivasi, buku nie penuh dengan illustrations yang menarik dan comel. Buatkan aku lagi semangat untuk membaca. Biasalah manusia terpikat dengan benda-benda lawa kan. Sampai ke tahap buku pun nak digunakan istilah tue. Hihi. 

See below for more quotes from this book dan gambar-gambar yang diambil menjadikan buku #88LoveLife sebagai prop :) 

Lokasi: Putrajaya




Lokasi: Rumahku Syurgaku. Hihi. 


Lokasi: Port Dickson


Jauh haa buku nie berjalan :D 



Aksi semata. Bukan encik suami baca pun buku nie. Memang tak lah dia baca buku :p

Lokasi: Putrajaya



Feeling inspired, motivated, and happy after reading this book. Thank you Diana Rikasari for such a great book. An inspiration to all. Loving everything about this book. 88 thoughts about love and life :)

Sehingga bertemu lagi, 
SiQaHiqa :) 

#88LoveLife
Kali nie nak share pasal satu lagi buku yang memberi inspirasi dan semangat dalam diri. Banyak menyentuh isu cinta dan kehidupan. Buku yan...
October 17, 2015
(0) Comments
2015, tahun nie aku ada beli sesuatu sebagai rewards untuk tahun nie. Takdelah setiap tahun nak rewards diri sendiri, sesekali je bolehlah beli benda yang mahal daripada biasa.

Aku sangat sukakannya. Sangat! Dah memang aim nak beli. Makanya pada 20 Januari 2015, aku terus ke Apple Store di KLCC untuk beli iPhone 6 Plus. Pada mulanya nak beli di Maxis tapi sebab tiada 64GB so pergi ke Apple Store dan jawapannya ada. Senyum lebar masa tue. Walaupun tak dapat gold color, tak kisahlah asalkan iPhone 6 Plus. Dapatlah Mr Grey 😍 


Aku bukan jenis yang suka tukar phone. Yela kalau nak ikut teknologi memang tak mampu aku nak follow. Kali nie aku nak sangat sebab buat pertama kalinya Apple ada keluarkan iPhone saiz besar macam Samsung dan aku memang suka phone besar. Baru puas. Nak phone besar dan mesti iPhone. Hehe. 

Untuk phone, aku tak akan tukarkan iPhone kepada jenama phone lain. Tak akan! Aku dah pernah guna Blackberry dan Samsung dan both failed to amaze me! iPhone menepati citarasa aku. Yang penting, phone tak pernah lembap! Itu yang paling aku suka. Itu bagi aku. Bagi korang, mungkin berlainan. Mungkin korang lebih sukakan Samsung, HTC, atau yang lain. Ikut pada citarasa masing-masing. Asalkan smartphone ye tak? Sekarang budak kecik pun nak smartphone jugak. Peredaran zaman sungguh! 


iPhone 4S selamat bersama dengan Encik Suami :) 

Sekian saja cerita pasal rewards diri aku. Hee. Cerita dah lama dari awal tahun, bulan Oktober baru aku nak post entri. Hew hew. 


Hehe. Korang mesti dah tahu pasal iPhone 6S yang dah keluar sekarang. Dah selamat masuk pasaran Malaysia pun. Color rosegold sangat menarik perhatianku. Apakan daya, mampu tengok jela :D

Sehingga bertemu lagi,
SiQaHiqa 😘

Rewards 2015
2015, tahun nie aku ada beli sesuatu sebagai rewards untuk tahun nie. Takdelah setiap tahun nak rewards diri sendiri, sesekali je bolehlah b...
October 14, 2015
(0) Comments

Sepanjang 4 tahun aku kerja di sini, dan selama itulah aku dapat award di atas. Kadang-kadang sampai segan aku dibuatnya sebab kadang-kadang terfikir yang aku tak layak untuk dapat award sebegini setiap tahun. 

Aku tak tahu apa yang aku sumbangkan pada team aku. Maybe aku buat banyak kerja kot, nak kata banyak benda tahu rasa tak jugak. Banyak lagi benda aku tak tahu pasal kerja. Semua benda nak kena refer manager terutama kalau berkenaan payments untuk Singapore dan Taiwan. Kalau Hong Kong payments, boleh lagilah putar belit nak faham. 

Mungkin aku tak sedar apa yang aku sumbangkan. Mungkin manager aku nampak apa yang aku buat. Alhamdullilah. Terima kasih to my manager, Sheima, yang tidak jemu untuk nominate nama aku bagi awards sebegini. Mungkin untuk tahun depan boleh nominate nama orang lain pula :)

Aku akan berusaha sedaya upaya untuk mendalami dan mempelajari banyak benda lagi. Sesungguhnya banyak kelemahan diri ini. Aku tahu cuma masih ada sifat malas nak ambik tahu. Akan cuba ubah perangai itu :) 

Salam Maal Hijrah 1437! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin. 
Adakah Aku Layak?
Sepanjang 4 tahun aku kerja di sini, dan selama itulah aku dapat award di atas. Kadang-kadang sampai segan aku dibuatnya sebab kadang-k...
October 12, 2015
(0) Comments
Pelik kan? Dah tragedi oktober barulah aku nak update blog mengenai Aidilfitri tahun nie. Hehe. Pelik jugak kan? Bila sekarang aku asyik pulak update blog. Hehe. 

Nak update dah lama cuma tiada laptop dan tiada aplikasi phone yang boleh membuatkan aku nak update blog. Sekarang, baru try and test pelbagai blog application dan dah jumpa aplikasi yang boleh update blog tanpa menyebabkan gambar di blog besar as actual size di phone. Dah lama tahu pasal Blogger app cuma tak pernah nak cuba. Entah apalah tahap malas mencuba aku kan? Jadi, aku update blog melalui aplikasi phone je. Sebab gambar pun semua ambil guna phone 😊 

Makanya untuk entri kali nie aku nak bercerita mengenai pengalaman Aidilfitri tahun nie, 2015. Sukalah sangat sebab ada terjadi 3 perkara pada tahun nie:

• Tahun pertama aku dapat cuti raya selepas 4 tahun berturut-turut tak cuti raya. 
• Tahun pertama beraya bersama suami tersayang. Excited lebih kat sini. Hehe. 
• Balik kampung! Beraya di kampung halaman aku pada hari raya pertama dan balik Muar (kampung sebelah suami) pada hari raya kedua. 

Aktiviti fotografi semestinya akan dilakukan pada hari raya. Biasalah. Rasa semua keluarga akan buat camtu. Hee. Kita berkumpul juga pada hari lain cuma pada Aidilfitri, kelainan itu dirasai. 

Selepas solat sunat Aidilfitri, kami pergi beraya. Dah habis beraya, balik ke rumah Atok dan sesi pengambaran pun bermula. 

Tahun nie Aliff beraya bersama kami buat pertama kali. Dan sesungguhnya Aliff dikenali sebagai photographer dalam family aku. Hehe. 

Jomlah layan gambar-gambar raya aku sekeluarga. Walaupun dah basi cerita raya nie :D 


Salam terbang daripada Encik Suami. Stail tak kami salam memohon kemaafan camnie? Haha! Idea Encik Suami. Dia memang sel otak sentiasa berhubung. Itu yang ada je akal nak buat aksi. Hee. 


My lovely family! Sayang semua ketat2. Not in frame: adik lelaki aku, Anjang. Dia beraya sebelah mentua dulu.



Ayah dan Mama bersama cucu-cucu. Haikal, Erysya, Surfina, dan Thaqif 😊


Wanita dalam keluarga Ali


First time beraya kat kampung aku, sampai ke belakang rumah pun nak terjah πŸ˜†


Lagi aksi suami


Abg Ayin mangsa jadi tiang. Hehe.



Haikal yang comel. Dipakai sampin ala2 zapin dan buat gaya zapin. Mestilah Pak Lang dia a.k.a encik suami yang buat. 


Surfina yang semestinya tahu bergaya kalau kamera fokus pada dia. Hee.


Pak Jang dan Mak Jang. Dorang suka bergambar jugak. Tetiba boleh jadi Uda dan Dara pulak hari tue. Hehe.

Sekian saja cerita Aidilfitri aku untuk tahun nie. Sebenarnya banyak lagi gambar mahu dikongsi. Tapi gambar dalam komputer dan malas nak transfer. Maklumlah update blog guna phone je :) 

Next entri, aku akan ceritakan mengenai sambutan Aidilfitiri di kampung sebelah suami pula 😊
Aidilfitri 2015 - Kali Pertama
Pelik kan? Dah tragedi oktober barulah aku nak update blog mengenai Aidilfitri tahun nie. Hehe. Pelik jugak kan? Bila sekarang aku asyik pu...