December 12, 2015

Should We Judge People By Their Past?


Should we?

Ini adalah topik yang aku dengar dalam Mix Breakfast. On the way ke tempat kerja, aku biasa dengar Mix Breakfast. Suka topik yang dibawa dan juga lagu-lagu yang diputarkan. Semua bertepatan dengan citarasa aku :D 

Berbalik pada tajuk post nie, Should We Judge Someone By Their Past?

For me, it's totally not! We should not judge someone by their past. Tak kisahlah apa pun yang dia buat dulu, yang penting sekarang dia sudah berubah. Nak berubah dan istiqamah dalam perubahan ke arah kebaikan bukanlah mudah. Nak berubah tue macam nampak senang, tapi nak kekal dalam perubahan itu sangat susah. Memerlukan kesabaran dan kecekalan diri yang amat tinggi. Kita patut salute pada mereka yang nak berubah. Lupakan yang lama, dan mulakan hidup baru. Percaya pada ketentuan Allah, apa yang terjadi, apa yang kita lakukan dulu, apa yang mereka lakukan dulu, semuanya ada sebab dan hikmah. Mungkin itu semua akan mengajar kita agar lebih menghargai kehidupan sekarang. 

Tapi, walaupun kita tak patut judge people by their past, semestinya kita tidak boleh melupakan yang telah berlalu. Tipulah kalau cakap lupa kan. Bagi aku, kita perlu terima seadanya segalanya, tapi jangan sesekali lupa akan perkara yang lepas. Aku tak suka konsep lupa. Aku suka konsep ingat dan masih berjaga-jaga dan teruskan kehidupan seperti orang normal dan bahagia. Kita tak lupakan bukan sebab nanti satu hari nak mengungkit, kita tak lupakan sebab manalah tahu satu hari nanti perkara yang lepas akan datang semula pada masa sekarang. 

Macam susah nak faham kan ayat aku? Aku nie kalau bagi ayat memang berbelit banyak. Mujur tak jadi cikgu. Hihi. Meh aku bagi contoh. 

Contohnya, seorang lelaki gangster/playboy berubah selepas bertemu seseorang yang dicintai. Well, manusia boleh berubah sepenuhnya bila sudah tiba masanya. Mereka hidup bersama bahagia dan lupakan kisah lalu, perempuan itu pun terima lelaki itu seadanya. Dan tetiba, satu hari, geng gangster / gfs playboy yang bersepah tue, datang kembali menganggu hidup mereka. Inilah yang aku maksudkan kehidupan lalu boleh kembali dalam kehidupan sekarang. Banyak tengok cerita tv macam nie kan? Masa nie lah cinta dan hubungan itu perlu kuat. Jangan diikutkan hati dan perasaan. Jangan percaya cakap orang dan jangan cepat mengalah. Semua jangan lah pendek kata :) 

So kesimpulannya, pendapat aku, kita tak boleh judge someone by their past. Terima seseorang itu seadanya. Nobody is perfect, kita pun tak sempurna. Kelemahan kita dan kelebihan mereka boleh membuatkan kehidupan lebih baik dan bahagia. Cuma, kita perlu sentiasa beringat bahawa perkara yang lepas boleh kembali dalam kehidupan sekarang. Cuma diharapkan tidak datang kembali sama sekali. 

Semoga kita tidak menjadi orang yang judge orang lain hanya kerana perkara silam mereka :) 

Have courage and be kind.. Cinderella story tetiba. Haha. 


Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。