December 21, 2015

In Love with Dilwale

Excited kali nie nak buat entri mengenai filem Dilwale. Come back of Shah Rukh Khan dan Kajol. Ohh dengar nama je dah tahu sure best filem nie. Serius nanye aku lupa pasal kewujudan filem nie. Mujur Hanis dan Tasha ingatkan, dan terus plan to watch it on last Saturday night. Seronok gila dapat pergi tengok. Hihi. First time tengok filem Hindustan di cinema.

Bagi aku, filem nie best sangat!! Excited! Ada kisah percintaan, keluarga, dan scene lawak pun ada. Haha. Best! Best! Best! Cuma adalah jugak part klise dalam filem Hindustan. Adegan lawan-lawan, pukul memukul, adegan romantik yang bila nak masuk part romantik je, tetiba hujan turun. Haha. Serius, masa scene nie, aku gelak tapi tak lah kuat sangat. Kiki. Hindustan sangat kan :D

Shah Rukh Khan nampak makin tua, hihi, tapi maintain macho dan cool. Kajol!! Wahhh cantik gilaaa dia dalam filem nie. Serius lawa sumpah lawa. Lebih dari 3 kali aku berkata, 'cantiknyaaa Kajol'. Lawa sangat! Dia nampak lagi lawa sekarang compared to dulu zaman Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Ada sorang pelakon lelaki dan sorang pelakon wanita yang memegang watak adik SRK dan adik Kajol pun handsome dan cantik jugak. Pandai jugaklah mereka berlakon. Adegan menari tak banyak sangat dalam filem nie. Banyak kepada SRK dan Kajol nanye.

Yang paling aku rasa amazing gila tengok filem nie adalah tempat pengambaran salah satu lagu bertajuk Gerua. Serius, semua tempat dalam lagu nie cantik sangat. Amazing if that places are all exist. Mula-mula masa dalam wayang, ingatkan all the beautiful places, are edited. But definitely, they are all REAL!! Serius!! Tengok Behind The Scene Gerua dan barulah tahu bahawa mereka sungguh shoot kat tempat cantik begitu. Kagum dengan filem Hindustan. Bersungguh-sungguh mereka shoot kat lima lokasi berbeza hanya untuk satu lagu yang tak lebih 7 minit. Terserlah kesungguhan mereka. Tapi yela, India memang terkenal dengan lagu yang best dan video yang menunjukkan all the beautiful places. Cantik sangat!

Aku pun mengkaji tempat untuk lagu Gerua. Semua lokasi terletak di Iceland. Sangatlah cantik! Alhamdullilah untuk semua ciptaanMu Ya Allah. Kau telah ciptakan bumi yang sangat cantik untuk kami melihat dan menikmati keindahan serta mensyukuri segala rahmatMu. Aku terus meletakkan Iceland sebagai a must visit place. Haha. Tapi sedarlah diri, rasa macam mustahil aku akan menjejakkan kaki ke sana. Jauh dan harganya tinggi :( Makanya, dapat tengok gambar pun sudah memadai :)

All the places for Gerua song:

1. Black Sand Beach 



Lawa sangat kan?? Ada pesawat terhempas dan dijadikan ' A photography dream location '. Memang a dream pun. Bestnya kalau dapat shoot tempat cantik camnie :)


2. Reynisfjara Beach 




Masa scene nie, ingatkan tipu. Haha. Rupanya sungguh ada haa. Cantik sangat :)


3. Jokulsarlon Lagoon 


This is superb! Awesome place! Masa nie pun ingatkan tipu, semua edit guna komputer je. Sekali kau haa, sungguh-sungguh dorang shoot kat situ. Tempat sejuk dan pakai baju biasa je. Great job!


4. Skogafoss Waterfall




Pelangi itu adalah REAL!! Seriously REAL! Serius aku pun ingatkan edit sebab pelangi biasa nampak kat langit je, nie kat tengah waterfall haa. Indahnya ciptaanMu.


5. Stokksness 


Another beautiful place. Tempat terakhir untuk lagu nie. Cantik sangat! Sama jugaklah, aku ingatkan tempat edit, Huhu. Maklumlah, tak mengkaji sangat tempat di luar negara. Dalam negara pun tak habis kaji. Hii.

Kagum bila tahu all the beautiful places are REAL. Beriya jugak aku tunjuk kat Aliff. Hii. Btw, terima kasih encik suami kerana memberi 'green light' untuk saya pergi menonton filem Dilwale bersama girlfriends. Memang tak lah Aliff nak layan Hindustan. Harus dia tidur je kang dalam wayang. Hihi.

Aku paling suka video lagu Gerua tapi paling suka dengan lagu Janam Janam. Siap balik Sabtu lepas, terus beli lagu tue di Itunes, Hihi. Lepas tue, haruslah ulang je lagu nie, siap cari lirik lagi. Haha. Haa dalam movie di wayang, lagu pun ada subtitle. So tak lah terpinga-pinga tak faham dia nyanyi apa. Masa tengok ritu, wayang full house! Baris seat aku, hanya kami bertiga yang bukan orang Hindustani or India. Well, filem Hindustan kan worldwide. Hihi.

Orang beriya nak tengok Star Wars. Aku tak layan Star Wars. Tak pernah minat cerita tue sebab tak berapa faham. Baik tengok Hindustan. Boleh fefeeling romantik :D

Sesape yang belum tengok Dilwale, bolehlah ke cinema berdekatan. Harap korang pun rasa filem nie best jugak! Aku siap bagi 10 bintang kat orang yang bertanya filem nie best ke tak. Hihi.


p/s: Credit to sumber tempat-tempat for Gerua daripada Youtube link here dan encik Google :)

Nota tambahan: Web kegemaran aku, TheVocket just posted an entry mengenai 10 trip travel ke lokasi indah di Iceland seperti dalam filem Dilwale. Boleh terjah ke sana dan plan your trip :) Aku mampu tengok je. Harga tiket je dah RM4k++. Nangis!!


Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH


No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。