Excited kali nie nak buat entri mengenai filem Dilwale. Come back of Shah Rukh Khan dan Kajol. Ohh dengar nama je dah tahu sure best filem nie. Serius nanye aku lupa pasal kewujudan filem nie. Mujur Hanis dan Tasha ingatkan, dan terus plan to watch it on last Saturday night. Seronok gila dapat pergi tengok. Hihi. First time tengok filem Hindustan di cinema.

Bagi aku, filem nie best sangat!! Excited! Ada kisah percintaan, keluarga, dan scene lawak pun ada. Haha. Best! Best! Best! Cuma adalah jugak part klise dalam filem Hindustan. Adegan lawan-lawan, pukul memukul, adegan romantik yang bila nak masuk part romantik je, tetiba hujan turun. Haha. Serius, masa scene nie, aku gelak tapi tak lah kuat sangat. Kiki. Hindustan sangat kan :D

Shah Rukh Khan nampak makin tua, hihi, tapi maintain macho dan cool. Kajol!! Wahhh cantik gilaaa dia dalam filem nie. Serius lawa sumpah lawa. Lebih dari 3 kali aku berkata, 'cantiknyaaa Kajol'. Lawa sangat! Dia nampak lagi lawa sekarang compared to dulu zaman Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Ada sorang pelakon lelaki dan sorang pelakon wanita yang memegang watak adik SRK dan adik Kajol pun handsome dan cantik jugak. Pandai jugaklah mereka berlakon. Adegan menari tak banyak sangat dalam filem nie. Banyak kepada SRK dan Kajol nanye.

Yang paling aku rasa amazing gila tengok filem nie adalah tempat pengambaran salah satu lagu bertajuk Gerua. Serius, semua tempat dalam lagu nie cantik sangat. Amazing if that places are all exist. Mula-mula masa dalam wayang, ingatkan all the beautiful places, are edited. But definitely, they are all REAL!! Serius!! Tengok Behind The Scene Gerua dan barulah tahu bahawa mereka sungguh shoot kat tempat cantik begitu. Kagum dengan filem Hindustan. Bersungguh-sungguh mereka shoot kat lima lokasi berbeza hanya untuk satu lagu yang tak lebih 7 minit. Terserlah kesungguhan mereka. Tapi yela, India memang terkenal dengan lagu yang best dan video yang menunjukkan all the beautiful places. Cantik sangat!

Aku pun mengkaji tempat untuk lagu Gerua. Semua lokasi terletak di Iceland. Sangatlah cantik! Alhamdullilah untuk semua ciptaanMu Ya Allah. Kau telah ciptakan bumi yang sangat cantik untuk kami melihat dan menikmati keindahan serta mensyukuri segala rahmatMu. Aku terus meletakkan Iceland sebagai a must visit place. Haha. Tapi sedarlah diri, rasa macam mustahil aku akan menjejakkan kaki ke sana. Jauh dan harganya tinggi :( Makanya, dapat tengok gambar pun sudah memadai :)

All the places for Gerua song:

1. Black Sand Beach 



Lawa sangat kan?? Ada pesawat terhempas dan dijadikan ' A photography dream location '. Memang a dream pun. Bestnya kalau dapat shoot tempat cantik camnie :)


2. Reynisfjara Beach 




Masa scene nie, ingatkan tipu. Haha. Rupanya sungguh ada haa. Cantik sangat :)


3. Jokulsarlon Lagoon 


This is superb! Awesome place! Masa nie pun ingatkan tipu, semua edit guna komputer je. Sekali kau haa, sungguh-sungguh dorang shoot kat situ. Tempat sejuk dan pakai baju biasa je. Great job!


4. Skogafoss Waterfall




Pelangi itu adalah REAL!! Seriously REAL! Serius aku pun ingatkan edit sebab pelangi biasa nampak kat langit je, nie kat tengah waterfall haa. Indahnya ciptaanMu.


5. Stokksness 


Another beautiful place. Tempat terakhir untuk lagu nie. Cantik sangat! Sama jugaklah, aku ingatkan tempat edit, Huhu. Maklumlah, tak mengkaji sangat tempat di luar negara. Dalam negara pun tak habis kaji. Hii.

Kagum bila tahu all the beautiful places are REAL. Beriya jugak aku tunjuk kat Aliff. Hii. Btw, terima kasih encik suami kerana memberi 'green light' untuk saya pergi menonton filem Dilwale bersama girlfriends. Memang tak lah Aliff nak layan Hindustan. Harus dia tidur je kang dalam wayang. Hihi.

Aku paling suka video lagu Gerua tapi paling suka dengan lagu Janam Janam. Siap balik Sabtu lepas, terus beli lagu tue di Itunes, Hihi. Lepas tue, haruslah ulang je lagu nie, siap cari lirik lagi. Haha. Haa dalam movie di wayang, lagu pun ada subtitle. So tak lah terpinga-pinga tak faham dia nyanyi apa. Masa tengok ritu, wayang full house! Baris seat aku, hanya kami bertiga yang bukan orang Hindustani or India. Well, filem Hindustan kan worldwide. Hihi.

Orang beriya nak tengok Star Wars. Aku tak layan Star Wars. Tak pernah minat cerita tue sebab tak berapa faham. Baik tengok Hindustan. Boleh fefeeling romantik :D

Sesape yang belum tengok Dilwale, bolehlah ke cinema berdekatan. Harap korang pun rasa filem nie best jugak! Aku siap bagi 10 bintang kat orang yang bertanya filem nie best ke tak. Hihi.


p/s: Credit to sumber tempat-tempat for Gerua daripada Youtube link here dan encik Google :)

Nota tambahan: Web kegemaran aku, TheVocket just posted an entry mengenai 10 trip travel ke lokasi indah di Iceland seperti dalam filem Dilwale. Boleh terjah ke sana dan plan your trip :) Aku mampu tengok je. Harga tiket je dah RM4k++. Nangis!!


Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH


In Love with Dilwale

December 21, 2015
Excited kali nie nak buat entri mengenai filem Dilwale. Come back of Shah Rukh Khan dan Kajol. Ohh dengar nama je dah tahu sure best filem ...
Read more>>

Hari nie nak bagi review mengenai satu buku yang aku baca bertajuk Satu Rasa Dua Hati by Pahrol Mohd Juoi. Dengar tajuk mesti korang dah rasa ingin tahu al kisahnya kan? Tambah lagi tajuk yang menjerumus ke arah alam perkahwinan :) 

Buku ini adalah salah satu buku yang diberi oleh Aliff semasa pertunangan kami. Bayangkan, baru nak buat review setelah habis baca selepas kahwin. Punyalah lambat kan. Aku kena ada mood baru nak baca buku. Bukan ikut sesuka hati nak baca bila-bila. Hehe. 

Keseluruhan, buku nie sangat bagus. Banyak membuka mata aku untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Dari alam percintaan sehingga perkahwinan. Tapi buku nie lebih kepada nasihat-nasihat berguna untuk dijadikan pedoman dalam alam perkahwinan. Kepada yang bercinta atau yang dah bertunang, boleh dijadikan sebagai persiapan menempuhi alam perkahwinan. Serius, sangat berbeza. Jangan fikir perkahwinan adalah pengakhiran setiap hubungan. Perkahwinan adalah permulaan bagi kehidupan baru yang penuh mencabar di mana sikap tanggungjawab, bertimbangrasa, 'give and take' perlu dititikberatkan. Dan aku masih dalam proses untuk melakukan semuanya dengan baik :) 

Aku suka konsep yang digunakan dalam buku ini oleh penulis. Paling yang membuka mata aku adalah topik Usah Malu Dengan Usaha Yang Mulia. Haa mesti korang tertanya-tanya kan? Tajuk nie menceritakan mengenai sesungguhnya tidak ada istilah perigi cari timba seperti yang diungkapkan oleh adat dan budaya masyarakat hari ini. Maksudnya, pada zaman dahulu, Siti Khadijah meminang Rasullulah dan alhamdullillah pinangan diterima. Ini adalah perkara yang tidak dilakukan sekarang. Takut malu, segan, nanti di kata orang dan sebagainya. Jika pinangan ditolak, tidak mengapa. Usah merasa malu kerana anda tidak melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama. Cuma ditekankan bahawa, lelaki itu hendaklah seorang yang diyakini boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah dan bukan hak milik orang lain. Sesungguhnya, perhubungan yang dimulakan dengan perasaan sakit hati dan tidak redha orang lain tidak akan mendatangkan kebahagiaan. Take note on that! :) 

Tajuk lain yang menarik perhatian adalah Bukan Sibuk Menuntut Hak. What you give, you get back! Semua orang tahu benda nie kan? Samalah juga dengan rumahtangga. Tidak payah untuk sibuk menuntut agar hak kita dipenuhi. Kita perlu menjalankan peranan isteri dan suami dengan baik tanpa menuntut dan mempertikaikan apa yang perlu kita dapat. Insyallah, apabila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi dan begitu juga sebaliknya. Jelas disini bahawa kita tidak perlu menyalahkan pasangan kita jika kita rasa kita tidak bahagia dan tidak diberi hak yang sepatutnya. Tanya diri sendiri, adakah kita menjalankan peranan kita dengan baik? Ingatlah bahawa 'orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukannya'. Ingat sentiasa bahawa kita perlu pamerkan kasih sayang setulusnya. Jangan memberi kasih sayang tetapi pada masa yang sama menuntut balasan. Seperti kita tidak ikhlas melakukannya. 

Diri Kita Amat Berharga. Salah satu tajuk dalam buku ini. Konsep yang diberikan adalah senang je. Jangan pandang rendah pada pasangan kita. Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga. Teruslah menjalankan tanggungjawab dalam keluarga dengan sebaik-baiknya. Insyallah, semuanya akan berubah mengikut apa yang kita mahukan. 

Manusia bukan hanya membina rumah ( house ) tetapi sebuah kediaman ( home ), yang didalamnya perlu diisi dengan kasih sayang, kemesraan dan kecintaan.  

Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta adalah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Cinta berdasarkan fitrah semata akan runtuh dipukul badai alam rumahtangga. Sebaliknya cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman percintaan. Tak dinafikan, mungkin sesekali akan bergolak, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula. Kata orang, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan kerana masjid bukan hanya 'berguna' pada alam pernikahan, tetapi di sepanjang alam perkahwinan. 

Rasullulah SAW bersabda, "Kamu nasihatilah para wanita itu dengan baik, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Dan tulang yang paling bengkok ialah yang paling diatasnya. Maka jika engkau paksa untuk meluruskannya, patahlah ia. Dan jika engkau biarkan sahaja, tentu selama-lamanya ia bengkok. Oleh itu, berbuat baiklah terhadap para wanita." ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) 

"Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah." ( Riwayat Thabrani daripada Abdullah bin Salam ). 

"Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka ( bersabarlah ) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." ( an-Nisa: 19 )

Perkahwinan adalah sesuatu yang dimuliakan. Kepada yang sudah berkahwin, tahniah diucapkan dan selamat menjalani alam perkahwinan bersama dengan baik. Kepada yang menuju ke alam perkahwinan, didoakan yang terbaik untuk anda. Dan kepada yang masih belum bertemu jodoh, jangan rendah diri dan jangan terlalu memikirkannya, jodoh itu ada cuma antara lambat dan cepat je. Kadang-kadang, dia di depan mata cuma tidak perasan. So cuba tengok sekeliling, ada yang nampak gaya macam bakal suami atau isteri? Hee. Pendek kata, good luck for all. Hidup mesti diteruskan, don't feel bad. A day might be bad, but it's only a day, not your whole life. Think positive :) 

Akhir sekali, pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam dan lebarkan senyuman. Mungkin esok, kita tidak 'pulang' atau tiada lagi si dia yang setia menunggu di sebalik pintu. Just remember a song, Like I'm Gonna Lose You.. 

Panjang sungguh entri kali nie. Hihi. Banyak input daripada buku ini tapi tidaklah semua nak tulis sini. Hii. Just a self reminder for me and maybe for you all too. Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datang dari saya sendiri.  

All credit to Pahrol Mohd Juoi for a great book, Satu Rasa Dua Hati. 

Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH 

Satu Rasa Dua Hati

December 16, 2015
Hari nie nak bagi review mengenai satu buku yang aku baca bertajuk Satu Rasa Dua Hati by Pahrol Mohd Juoi. Dengar tajuk mesti korang da...
Read more>>
Tengok tajuk post, rasanya korang dah boleh agak aku nak cerita pasal apa kan?  Hihi. Mestilah pasal novel Tersuka Tanpa Sengaja by Pena Kayu.

Aku dah sangat lama tak beli novel Malay. Bukan nak menjauhkan diri ke apa, cuma dah tak lalu nak beli novel Malay. Most of the stories almost the same. Makanya aku stop baca novel Malay dan berubah arah ke genre bahan bacaan lain. Bahan bacaan umum dan kira ilmiah lah jugak. Hihi. Mengajar erti kehidupan 😊

Tetiba last week, aku nak sangat baca novel Malay yang cintan cintun. Beriya ajak Aliff pergi MPH nak beli hari tue jugak. Pilih punyalah lama, baca sinopsis kat belakang sume, last sekali aku pilih novel nie sebab tergolong dalam buku terlaris di MPH. Nak pilih novel lagi lama daripada pilih baju. Hihi. 


Dalam masa 4 hari, aku habiskan baca novel. Biasalah, kalau dah start memang aku pegang jela novel nie. Novel nie best jugak! Takdelah kategori wow sangat cuma just nice to read. Jalan cerita macam biasalah, anak Datuk tak nak mengaku anak Datuk, kahwin dengan lelaki yang tak dicintai, tapi bukan kahwin paksa. Kira kahwin rela jugak lah :D Last2 bercinta. Biasalah end of story, mestilah happy ending. 

Aku suka babak-babak romantik dalam novel nie. Aku pun tumpang seronok dan fefeeling romantik masa baca. Haha. Paling romantik sekali bagi aku adalah masa majlis pernikahan Syed Arif dan Farhah. Syed Arif ada bagi 3 nota untuk Farhah selepas mereka bernikah. Siap diumumkan nota itu pada tetamu yang hadir. Ohh so sweet! 

3 nota tersebut adalah:

1 - Bersandarlah di bahuku, sampai kau merasa ketenangan. Sebab sudah jadi tanggungjawabku untuk memberimu bahagia.

2 - Tunjukkan aku cara mencintaimu dengan baik dan benar, supaya aku dapat tunjukkan bagaimana caranya untuk bahagia. 

3 - Farhah, I promise to listen when you talk. I promise to protect you from harm. So give me your hand in mine forever, as we start our new life together. 

Sweet kan? Manis macam gula-gula. Hihi. Aku sekali terbuai bila baca. Haha! Ngeng betul ~~ πŸ˜†πŸ˜† 

Sekarang novel nie telah disiarkan jadi drama di RIA. Pilihan pelakon, aku setuju jugak lah. Cuma hope takdelah adegan mesra alam sangat. Dalam novel, banyak jugak adegan mesra bila mereka dah bergelar suami isteri. Harap takdelah keterlaluan dalam drama. Baca novel, seronok. Bila tengok drama, takdelah excited mana tapi aku follow jugak drama nie marathon hari Ahad lepas. Ada jugak scene yang ditambah untuk menyedapkan lagi gula garam dalam drama nie. Dan beriya nak tengok scene majlis pernikahan mereka. Sama tak macam yang aku bayangkan? :p

Bolehlah sesiapa yang suka baca novel cintan cintun, belilah novel nie. Try baca. Sure berada di awangan jugak macam aku. Hahaha! 

Credit ayat dalam novel to - Pena Kayu 😊

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
SiQaH 

Tersuka Tanpa Sengaja

December 14, 2015
Tengok tajuk post, rasanya korang dah boleh agak aku nak cerita pasal apa kan?  Hihi. Mestilah pasal novel Tersuka Tanpa Sengaja by Pena Kay...
Read more>>

Should we?

Ini adalah topik yang aku dengar dalam Mix Breakfast. On the way ke tempat kerja, aku biasa dengar Mix Breakfast. Suka topik yang dibawa dan juga lagu-lagu yang diputarkan. Semua bertepatan dengan citarasa aku :D 

Berbalik pada tajuk post nie, Should We Judge Someone By Their Past?

For me, it's totally not! We should not judge someone by their past. Tak kisahlah apa pun yang dia buat dulu, yang penting sekarang dia sudah berubah. Nak berubah dan istiqamah dalam perubahan ke arah kebaikan bukanlah mudah. Nak berubah tue macam nampak senang, tapi nak kekal dalam perubahan itu sangat susah. Memerlukan kesabaran dan kecekalan diri yang amat tinggi. Kita patut salute pada mereka yang nak berubah. Lupakan yang lama, dan mulakan hidup baru. Percaya pada ketentuan Allah, apa yang terjadi, apa yang kita lakukan dulu, apa yang mereka lakukan dulu, semuanya ada sebab dan hikmah. Mungkin itu semua akan mengajar kita agar lebih menghargai kehidupan sekarang. 

Tapi, walaupun kita tak patut judge people by their past, semestinya kita tidak boleh melupakan yang telah berlalu. Tipulah kalau cakap lupa kan. Bagi aku, kita perlu terima seadanya segalanya, tapi jangan sesekali lupa akan perkara yang lepas. Aku tak suka konsep lupa. Aku suka konsep ingat dan masih berjaga-jaga dan teruskan kehidupan seperti orang normal dan bahagia. Kita tak lupakan bukan sebab nanti satu hari nak mengungkit, kita tak lupakan sebab manalah tahu satu hari nanti perkara yang lepas akan datang semula pada masa sekarang. 

Macam susah nak faham kan ayat aku? Aku nie kalau bagi ayat memang berbelit banyak. Mujur tak jadi cikgu. Hihi. Meh aku bagi contoh. 

Contohnya, seorang lelaki gangster/playboy berubah selepas bertemu seseorang yang dicintai. Well, manusia boleh berubah sepenuhnya bila sudah tiba masanya. Mereka hidup bersama bahagia dan lupakan kisah lalu, perempuan itu pun terima lelaki itu seadanya. Dan tetiba, satu hari, geng gangster / gfs playboy yang bersepah tue, datang kembali menganggu hidup mereka. Inilah yang aku maksudkan kehidupan lalu boleh kembali dalam kehidupan sekarang. Banyak tengok cerita tv macam nie kan? Masa nie lah cinta dan hubungan itu perlu kuat. Jangan diikutkan hati dan perasaan. Jangan percaya cakap orang dan jangan cepat mengalah. Semua jangan lah pendek kata :) 

So kesimpulannya, pendapat aku, kita tak boleh judge someone by their past. Terima seseorang itu seadanya. Nobody is perfect, kita pun tak sempurna. Kelemahan kita dan kelebihan mereka boleh membuatkan kehidupan lebih baik dan bahagia. Cuma, kita perlu sentiasa beringat bahawa perkara yang lepas boleh kembali dalam kehidupan sekarang. Cuma diharapkan tidak datang kembali sama sekali. 

Semoga kita tidak menjadi orang yang judge orang lain hanya kerana perkara silam mereka :) 

Have courage and be kind.. Cinderella story tetiba. Haha. 


Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH 

Should We Judge People By Their Past?

December 12, 2015
Should we? Ini adalah topik yang aku dengar dalam Mix Breakfast. On the way ke tempat kerja, aku biasa dengar Mix Breakfast. Suk...
Read more>>

Self reminder for today: 

People who criticize others are unaware of how much pains they themselves are experiencing. Truly happy people don't have the need to bring others down. Karma is always there. Don't talk about bad thing of others if you're not sure about good thing of yours. 

Everyone has their own choices. Don't criticize others choices. Respect others so others will respect you. Kadang-kadang, annoying dengan orang yang minat pada sesuatu sampai nampak itu saja yang terbaik, sampai tak nampak apa keburukan dan tak nak admit langsung keburukan yang dia nampak, tak hormat pilihan orang, kritik pilihan orang sesuka hati, dan paling annoying is berlagak with what they have. 

Please! Kita tak selamanya di atas. Kita tak sempurna. Kita tak selamanya baik segalanya. Ada masanya kita akan jatuh juga. Kadang-kadang Allah bagi kemenangan dan kesenangan untuk lihat samada hambaNya bersyukur dengan nikmatNya atau tidak. Kadang-kadang Allah turunkan kekalahan dan kesusahan supaya kita sebagai hambaNya berfikir bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahNya. Mungkin saja diturunkan kesusahan agar kita kembali ke jalan yang diredhaiNya. 

Paling penting is cara kita berfikir. Think more about 'we' not about 'me'. Respect others, hence, others will respect you :) 

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH 

Respect!

December 07, 2015
Self reminder for today:  People who criticize others are unaware of how much pains they themselves are experiencing. Truly happy pe...
Read more>>

Sushi King! His first time and he loves it! Makan banyak sungguh! Hahah! Tengok pinggan bersusun, tambah each one ada order set menu. Memang sangat kenyang! Disebabkan tak mampu dah nak hadam, cancel nak order green tea ice cream. 

Selama nie Aliff tak pernah nak cuba makanan Jepun. Dia lebih suka makanan melayu (semestinya). Mana mana pergi kalau boleh nak makan nasi campur. Bukan nasi campur mamak ye. Tetiba, request nak makan Subway dan Sushi King. Subway tak kisah sangat sebab dia pernah makan. Cuma terkejut dengar dia nak makan Sushi King. Disebabkan dia dah berniat nak makan, maka hari nie aku bawak dia pergi makan Sushi King. Pesanan, selepas ini kalau makan Sushi King, tak payah order set menu. Makan yang pinggan2 je tue sudah cukup katanya. Yang penting, yeayy! Aku ada geng nak makan Sushi King!! Hihi. 

Lepas nie, nak bawak Aliff cuba makanan Korea pulak. Hee. 

Btw, baru habis tengok bola! Congrats Selangor & Kedah!! Jumpa nanti di akhir Piala Malaysia! Macam nak beli jersi away Selangor, lawa! :D 

Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH 

His First Time! 😊

December 06, 2015
Sushi King! His first time and he loves it! Makan banyak sungguh! Hahah! Tengok pinggan bersusun, tambah each one ada order set menu. Memang...
Read more>>