November 29, 2015

Lipstik!

Lipstik! Lipstik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Susah nak tengok wanita keluar tanpa pakai lipstik. Paling tidak pun mesti pakai lip balm. Kalau aku, memang tak akan keluar rumah kalau tak apply lipstik atau at least lip balm. Sebab itu je yang aku boleh pakai dengan jayanya. Nak harap mekap yang lain, memang tak lah. Tak reti weii mekap nie!

Aku suka pakai lipstik cuma tak boleh sesuka hati nak pakai apa saja jenama lipstik yang ada. Sebab aku allergic! Mungkin ada sesetengah bahan dalam lipstik yang membuatkan aku jadi camtue. Kalau salah pakai, bibir jadi kering dan rasa tak selesa. Setakat nie, yang aku tahu jenama lipstik yang aku allergic adalah Silky Girl, Mac, dan IN2IT!

Allergic pada Silky Girl paling teruk sekali. Bukan setakat bibir kering, bibir aku sampai merekah dan bila senyum, siap berdarah. Nak gelak pun sangat susah. Masa tue, memang punyalah tak seronok. Bibir pun membengkak macam bibir Negro. Huhu. Aku pergi farmasi dan beli ubat sapu, dalam 3 hari, bibir kembali normal. Pastu, terus serahkan lipstik Silky Girl kat Along. Dahlah beli dua sebab ada promosi masa tue. Membazir je!

Allergic pada Mac dan IN2IT hanya menyebabkan bibir aku kering dan tak selesa je. Takdelah bengkak sangat pun. Lama jugaklah nak back to normal sebab aku malas nak pergi farmasi beli ubat. Sebab tak membengkak dan kering sampai berdarah kan. Macam boleh handle ler.

Mac aku pakai masa majlis pertunangan. Tak tahu sebenarnya lipstik apa yang digunakan oleh Kak Mas, makeup artist aku masa tue. Bila bangun tidur esoknya, rasa bibir tak selesa dan kering, dah tahulah aku allergic. Dan terus sms Kak Mas untuk bertanya, dan jawapannya adalah Mac lipstik.

IN2IT pulak, aku baru je beli bulan lepas. Konon nak cuba brand baru sebab rasa dah lama tak beli lipstik, sekali allergic jugak. Aiyakk! Akan diberi pada sesiapa lah nampaknya lipstik tue.



Sudahnya, haa, pakai Lipstik Collagen D'Herbs nie jela. Confirm takde allergic. Aku dah pernah pakai pun benda nie. Cuma bila dah habis, plan nak tukar jenama baru tapi tak berjaya. Baik kekal pada yang nie jela. Nanti kalau terasa nak beli lipstik, bolehlah beli yang boleh dipakai saja, contohnya, Maybelline ke. 

Itu jela entri kali nie. Cerita pasal lipstik pulak, Nak bercerita pasal bercuti selama dua minggu, masih kemalasan melanda. Malas nak edit all pictures, dan malas nak susun ayat segala. Tunggu jela sampai kerajinan tiba untuk update blog dan bercerita kisah yang panjang. Nanye takdelah panjang sangat pun, takde benda nak cerita sangat. Tapi itu pun malas. Bila malas menjelma, semua benda tak jadi. Ye tak? Hihi.


Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。