November 17, 2015

Happy Belated Birthday Hubby!



Semalam, 16 Nov 2015, hari lahir suami aku, Mr Aliffriwan 😍 Genap usia 29 tahun. Makanya kita dah sebaya! Yeayyyy! Hihi. Semoga dianugerahkan kesihatan yang baik selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, sentiasa berada di bawah lindunganNya, dan bahagia hendaknya bersama isteri tercinta ( semestinya :p ) dan keluarga tersayang. Love you so much baby! :) 

Kasihan suami semalam. Isterinya lupa nak beli kek sebab balik kerja lambat. Jam 8.45 pm baru keluar pejabat dan sampai rumah jam 9.30 pm. Dah tak terfikir nak singgah kedai beli kek. Aiyak! Maafkan saya ye. Huhu. Sudahnya semalam, gigih pergi McD Kota Damansara, sebab ada McCafe so boleh beli kek. Red velvet cake semalam. Siap nyanyi lagu slow2 kat McD. Hihi. Tahun depan, aku plan nak cuti on hubby's birthday. Senang cerita. Malas nak serabut hari penting dengan hal kerja. 

Al kisahnya, aku baru masuk kerja semalam selepas cuti dua minggu dan Shiema on block leave pulak dua minggu. So kerja bertimbun ler. Semalam tak boleh dikawal, hari nie alhamdullilah, boleh dikawal semuanya. Harap selama 8 hari yang tinggal nie, dipermudahkan semua urusan kerja πŸ™ 

Sekian saja cerita dalam post ini. Penat dan kurang masa nak blogging. Insyallah ada masa akan diupdate mengenai al kisah cuti dua minggu #siqahaliff 😊 

Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。