November 21, 2015

Al Fatihah..




Tetiba teringat arwah mak. Emm. One of my #gengmakan , baru saja kehilangan ayah tercinta semalam. Terkejut sangat bila dengar berita tue. Itulah ajal. Tak cepat dan tak lambat walau sesaat. Semoga arwah ayah Nad sentiasa tenang di sana dan tergolong dalam golongan yang beriman. Amin. Al Fatihah.

Sedih bila memikirkan kawan kehilangan ayah. Tersentak rasa hati aku bila dengar berita tue. Terbayang macam mana kehidupan mereka nanti. Camne mula-mula nak hidup tanpa ayah di sisi. Moga dipermudahkan segalanya buat mereka. 

Teringat masa aku kehilangan arwah mak. Arwah mak meninggal masa aku berumur 17 tahun, meninggal jam 8.30 pm di kediaman kami di Kuantan. Arwah mak meninggal pada malam perkahwinan Along, kakak sulung aku. Meninggal di katil dan bilik pengantin :( Sangat sedih masa tue. Tak tahu nak fikir apa dah. Arwah mak memang sakit tapi beberapa hari sebelum majlis kahwin, dia nampak dah okay sikit. Mungkin itu petanda dia nak pergi. Tetiba malam 6 September 2003 arwah mak sakit tenat dan tinggalkan kami. Kenduri kahwin terus bertukar menjadi kenduri arwah. Kompang, DJ, mercun, semua dibatalkan pada malam tue. Along dinikahkan pada malam tue jugak, menghampiri jam 12 am. Nikah di luar rumah dengan jenazah arwah mak berada di dalam rumah. Masa tue, aku tak tahu nak happy atau apa. Apapun, aku tetap bersyukur sebab Along dah bertemu dengan jodohnya yang disukai oleh aku dan keluarga. Aku tak tahu apa perasaan Along masa tue, dan aku tak akan pernah faham apa yang dia rasa. Aku tabik spring kat Along dan Ayah sebab dapat melaluinya dengan baik. 

Esoknya, majlis pengebumian di awal pagi. Along semestinya tak bersanding pada hari tue. Kasihan tengok kakak aku, tak sempat nak bersanding atas pelamin. Terima kasih pada keluarga Abg Ayin yang menyambut kehadiran Along dalam keluarga mereka dengan meriah sekali pada minggu berikutnya. At least, Along dapat rasa jadi pengantin bila diarak dan bersanding :) 

Aku tak menangis masa arwah mak tiada. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab fikir aku perlu kuat sebab Along dan Ayah pasti lebih merasai kehilangan arwah mak. Lepas habis majlis pada 7 Sept 2003, malam tue, apabila berada dalam bilik seorang, barulah teringat akan arwah mak dan menangis sepuasnya. Rindu mak! 

Setiap hari teringatkan arwah mak dan sedekahkan Al Fatihah buat dirinya. Bila orang bercerita pasal mak mereka, teringat kat arwah mak. Bila tengok tv cerita pasal mak, teringat jugak kat arwah mak. Tak akan melupakan orang yang telah melahirkan aku ke dunia ini. Semoga arwah mak tenang di sana dan ditempatkan dalam golongan beriman. Amin. 

Sayangi dan hargailah ibu bapa semasa mereka masih hidup. Kita tak tahu apa jadi akan datang. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Titipkan kasih sayang dan cinta kepada ibu bapa dan keluarga sebelum terjadi perkara tidak diingini agar kita tidak menyesal di kemudian hari. 

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
SiQaH

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。