October 31, 2015

The Birdmen Co - Chicken Wings!

Siapa suka makan ayam?? Hihi. Inilah kedai yang perlu dikunjungi. Wee ~~ Semalam, Jumaat, 30 October 2015, Hanis tetiba feeling nak makan makanan yang berkalori. Hanis sekarang tengah buat meal plan dan haruslah tak makan makanan berkalori tinggi. Tapi semalam tetiba dia teringin pulak. Makanya jom jom jom! Kita pergi makan. Dan pilihan Hanis semalam adalah The Birdmen Co yang terletak di Subang Jaya. Semalam #gengmakan yang melayan dinner bersama adalah aku, Hanis, Tasha, Nadiah, Syira, Yun dan her husband, FA. 



Inilah kedainya. Jangan tanya aku camne nak datang sini sebab sesungguhnya aku failed kalau bab direction. Cari kat Waze pun tak jumpa. 

Details:
Alamat: 113, SS 15/5A, Subang Jaya. 
Open: Selasa - Ahad, jam 5 PM - 11 PM
Instagram: @thebirdmenco


Interior. Sangatlah simple. 


Menu yang ada. 
Yang paling popular di sini semestinya Birdmen Wings yang ada 6 flavors. Pastas ada 3 jenis dan believe me kepada sesiapa yang tak tahan pedas, never ever order Hot Chili. Pedas gler gler sangat! Rasa nak nangis walaupun hanya rasa satu sudu je. Rasa nak marah orang pun ada. Huhu. Spicy Asian pun pedas jugak cuma tak sepedas Hot Chili lah. 


Crispy Nachos - sedap. Biasalah cheese kan. 
Crispy Loaded Potato Skins - sedap yang nie. Boleh makan sekali dengan kulit. Hihi. 
Sample Platter - patut ada 6 flavors. So boleh rasa semua flavors yang ada. Cuma yang nie order Original Bbq dan Original Hot Sauce flavors. Hot Sauce tue, bau je pun aku dah tahu pedas. So memang tak sentuh lerr. Bbq manis sikit. 


Regular Fried and Honey Mustard! Both sedap! Walaupun boleh je buat sendiri di rumah :p



Yang nie paling win! Dessert! Brownies with a top of icecream. Inilah yang paling sedap sekali! Rasa lega bila makan nie selepas makan yang pedas2. Rasa back to normal again. Haha. 


Seperti biasa, Iced Latte :) Kat kedai nie, jual Iced Latte dalam Gems Bottled Drink. Aku suka iced latte nie. Need to add ice sebab pekat jugak latte nya. Terasa sangat creamy if tak letak ais. Aku siap tambah ais dan air jugak. Ohh ya, aku minum kat kedai satu, dan tapau bawak balik satu. Hihi. Boleh tahu details pasal Gems Bottled Drink di website www.gemsbeverages.com atau FB page www.facebook.com/gemscoffee atau di Instagram page mereka, @GemsBeverages .

Pendek kata, kafe nie kira okaylah jika nak datang lepak-lepak dan makan chicken wings. Don;t expect more!

Semalam, berbicara sehingga jam 10.45 PM baru bergerak balik. Khusyuk mendengar cerita Yun dan FA mengenai insurans. Dorang agen Prudential. Insuran adalah sangat penting tambah lagi sekarang dengan kos perubatan yang makin meningkat. All of us must have at least one personal insurans. Jangan bergantung hanya pada insurans company je. You will know the benefit of insurans later. Ingat, malang tidak berbau, sakit juga kita tak tahu bila. Marilah bersedia agar nanti akan datang, insurans can help us. Lepas dengar cerita Yun dan FA semalam, terus aku nak berjumpa my insurans agent. Nak kena confirm balik my insurans policy. Sape yang tiada lagi any personal insurans, bolehlah berfikir untuk ambik satu insurans untuk diri sendiri. It will benefit you in future. Trust me!

Dah tak memasal cerita pasal insurans pulak nie haa. Hihi. Peringatan untuk diri aku semalam dan hari nie nak share dengan korang jugak :)

Sehingga bertemu lagi,

Love,
SiQaH





No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。