October 17, 2015

Rewards 2015

2015, tahun nie aku ada beli sesuatu sebagai rewards untuk tahun nie. Takdelah setiap tahun nak rewards diri sendiri, sesekali je bolehlah beli benda yang mahal daripada biasa.

Aku sangat sukakannya. Sangat! Dah memang aim nak beli. Makanya pada 20 Januari 2015, aku terus ke Apple Store di KLCC untuk beli iPhone 6 Plus. Pada mulanya nak beli di Maxis tapi sebab tiada 64GB so pergi ke Apple Store dan jawapannya ada. Senyum lebar masa tue. Walaupun tak dapat gold color, tak kisahlah asalkan iPhone 6 Plus. Dapatlah Mr Grey 😍 


Aku bukan jenis yang suka tukar phone. Yela kalau nak ikut teknologi memang tak mampu aku nak follow. Kali nie aku nak sangat sebab buat pertama kalinya Apple ada keluarkan iPhone saiz besar macam Samsung dan aku memang suka phone besar. Baru puas. Nak phone besar dan mesti iPhone. Hehe. 

Untuk phone, aku tak akan tukarkan iPhone kepada jenama phone lain. Tak akan! Aku dah pernah guna Blackberry dan Samsung dan both failed to amaze me! iPhone menepati citarasa aku. Yang penting, phone tak pernah lembap! Itu yang paling aku suka. Itu bagi aku. Bagi korang, mungkin berlainan. Mungkin korang lebih sukakan Samsung, HTC, atau yang lain. Ikut pada citarasa masing-masing. Asalkan smartphone ye tak? Sekarang budak kecik pun nak smartphone jugak. Peredaran zaman sungguh! 


iPhone 4S selamat bersama dengan Encik Suami :) 

Sekian saja cerita pasal rewards diri aku. Hee. Cerita dah lama dari awal tahun, bulan Oktober baru aku nak post entri. Hew hew. 


Hehe. Korang mesti dah tahu pasal iPhone 6S yang dah keluar sekarang. Dah selamat masuk pasaran Malaysia pun. Color rosegold sangat menarik perhatianku. Apakan daya, mampu tengok jela :D

Sehingga bertemu lagi,
SiQaHiqa 😘

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。