October 21, 2015

Kat Kelas Mesti Ada Sorang Yang...


Hahaha. Tetiba teringat al kisah zaman sekolah dulu. Zaman muka nerd, perangai pun nerd. Hihi.. 

Gambar di atas dikongsi oleh salah seorang kawan sekelas aku, Said, di FB dan dia siap tagged sorang-sorang kat 'kaki' yang mana. Dan cuba teka aku 'kaki' apa???

Semestinya aku 'kaki belajar'. Haha. Kata nerd. Takkan kaki dating pulak. In fact, adalah jugak dating beberapa kali dulu. Hihi. Yang itu iyalah cinta monyet dinamakan. Bercinta kononnya pun hanya 3 bulan. Haha. Lawak bila ingat.

Masa zaman sekolah dulu, aku memang kaki belajar. Asyik nak belajar je. Hari-hari lepas sekolah, aku akan stay di sekolah untuk study. Buat study group lah di library. Balik sure dah petang. Kat rumah, lepas dinner, aku akan sambung belajar lagi. Belajar dan belajar je kerjanya. Aku tak suka study last minute masa sekolah. Berbeza sungguh dengan perangai masa di universiti. Last minute study is a must! Hihihi.. 

Aku pun bukannya orang yang aktif di sekolah. Join kelab tapi kelab di sekolah aku takdelah aktif mana. Paling aku suka bila join St.John di sekolah. Suka sebab cita-cita dulu nak jadi pakar bedah. Sayangnya tak kesampaian. Hii. Itu yang join St.John. Kononnya nak bagi pendedahan awal! Haha. Disebabkan tak mencapai cita-cita, aku suka tengok cerita pasal doktor. Menarik sangat! Tak dapat jadi doktor, dapat tengok cerita pasal doktor pun jadilah :D 

Haa aku sekolah di Sekolah Menengah Seri Mahkota, Kuantan Pahang. Atau lebih dikenali sebagai sekolah menengah samseng malaysia. Haha! Sebab sekolah aku nie penuh dengan budak samseng, kaki gaduh belaka. Pernah tengok orang gaduh sampai baling kerusi dan meja dari tingkat 1. Gila seram! Itu dulu, sekarang harap budak sekolah SMSM dah berubah. Dah 12 tahun berlalu.. 

Di sekolah jugak, aku pengawas sekolah. Pegawas yang tetap melanggar peraturan cuma orang tak tahu. Hihi. Kat sekolah, pelajar perempuan wajib pakai kain dalam kan? Mesti semua sekolah camtu, walaupun kain kau tebal. Aku hanya pakai masa perhimpunan je iaitu hari Isnin. Sebab ada buat spotcheck! Hari lain, jangan harap aku nak pakai kerana aku yakin kain aku tebal. Hihi. 

Aku pernah kena marah di depan pelajar lain, tengah berjalan, tetiba diminta berhenti oleh GPK HEM ( nama aku dah tak ingat ). Dia marah aku sebab aku pakai lipgloss ke sekolah. Katanya tak payah nak berlawa ke sekolah. Masalahnya, aku bukan pakai lipgloss. Aku pakai lipbalm sebab bibir aku cepat kering. Takdelah glitter bagai. Gila malu kena marah sebab tue. Ingat aku nak sangat ke pakai lipbalm ke sekolah? Just nak nampakkan yang aku taklah buruk sangat dengan bibir yang mengelupas if tak pakai lipbalm. Aiyakk! Dan masa tue aku tak tahu kewujudan Vaseline. Huhu. 

Walaupun kena marah, aku pakai je hari-hari. Biaq p dengan GPK HEM itu. Dan disebabkan itu, aku tak suka dia! 

Zaman sekolah penuh dengan perangai kebudak-budakan. Dah nama pun sekolah kan. Bila sekarang dah dewasa, jadi seronok bila teringat kembali zaman sekolah dulu. Tersenyum sendiri ingat kenangan manis dan gelak besar bila ingat perkara yang memalukan diri sendiri. Hahaha! 

Korang pun mesti seronok kan masa zaman sekolah? Tertanya-tanya korang 'kaki' apa? Aku yakin kalau ada yang baca post nie, mesti akan terfikir yang masa sekolah dulu dia 'kaki' apa? Betul kan? Hihihi.. 

Selamat berfikir dan ingat kembali zaman persekolahan! Hihihi.. :D 

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
IQA

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。