October 14, 2015

Adakah Aku Layak?


Sepanjang 4 tahun aku kerja di sini, dan selama itulah aku dapat award di atas. Kadang-kadang sampai segan aku dibuatnya sebab kadang-kadang terfikir yang aku tak layak untuk dapat award sebegini setiap tahun. 

Aku tak tahu apa yang aku sumbangkan pada team aku. Maybe aku buat banyak kerja kot, nak kata banyak benda tahu rasa tak jugak. Banyak lagi benda aku tak tahu pasal kerja. Semua benda nak kena refer manager terutama kalau berkenaan payments untuk Singapore dan Taiwan. Kalau Hong Kong payments, boleh lagilah putar belit nak faham. 

Mungkin aku tak sedar apa yang aku sumbangkan. Mungkin manager aku nampak apa yang aku buat. Alhamdullilah. Terima kasih to my manager, Sheima, yang tidak jemu untuk nominate nama aku bagi awards sebegini. Mungkin untuk tahun depan boleh nominate nama orang lain pula :)

Aku akan berusaha sedaya upaya untuk mendalami dan mempelajari banyak benda lagi. Sesungguhnya banyak kelemahan diri ini. Aku tahu cuma masih ada sifat malas nak ambik tahu. Akan cuba ubah perangai itu :) 

Salam Maal Hijrah 1437! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin. 

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。