February 17, 2015

It's A Hit! Batting Cages!

Sudah lama aku nak pergi ke sini, Batting Cages. Tangguh dan tangguh lagi. Sabtu lepas Aliff ajak ke sini tapi disebabkan aku kerja half day, petang baru nak ke One Utama, makanya harus aku cancel kan aje niat tue. Confirm sesak punya!

Jadi, kami tunda plan dan pergi hari Ahad. Seawal jam 10.10 pagi, kami sudah berada di One Utama dan cuba teka apa jadi?? Jalan sesak jugak weeii! Tak faham dari mana datang orang ramai dan tak faham awalnya korang keluar rumah. Maybe sebab CNY hujung minggu nie. So ramai keluar shopping. Sebab dalam One Utama, aku jumpa orang Cina je. Malay pakai tudung memang tak nampak. Nampaknya kami jela yang awal beriya nak datang One Utama. Hii.

Terus ke Batting Cages. Terletak di tingkat UR. Cara nak pergi, naik lif kat Parkson dan ke tingkat UR.


Pintu masuk. Kami orang pertama untuk hari Ahad :D





Senarai harga.
 Kami pilih Home Run. 30 mins unlimited play. Harga RM50. Pada yang student, jangan lupa bawak student card okay. Harga sama untuk Baseball atau Softball. Kami pilih Softball sebab bola besar sikit. Hii.




Cara - cara permainan. 
Pukul jela. Hii. Last time aku pernah main rounders.Itupun zaman kanak2 darjah 5 dulu. Lama sungguh dah.




Benda petak nie boleh control kelajuan bola. 
Kalau ambik pakej Home Run baru ada benda nie. Bak kata orang tue lah. Aku pilih Softball 40mph. Kelajuan slow tue slow sangat rasa. Diri nie tak suka slow2. Hahaha. Button Up & Down tue maksudnya korang boleh control bola yang datang tue samada nak tinggi atau rendah. Ikut keselesaan korang.




Gaya kena ada ye b? :p Dia paling banyak dapat pukul bola. Tinggi pulak tue 👏👏









Beriya nak memukul bola. Hihi. Ada video diambil tapi disebabkan update blog guna phone je, makanya video tak boleh post di sini. Video ada post di instagram aku (@siqahiqa_ ). Feel free to visit :)


Done! Yeee-haaa!

Hasil main 30 minit, sakit lenguh kebas tangan. Pegang phone pun mengigil. Nampak sangat dah lama tak main. Terbuktilah apabila last main masa zaman sekolah rendah. Hii. Best main nie. Rasa puas dapat pukul bola walaupun boleh kira dengan jari je berapa kali dapat bola. 



Coming Soon...




Lepas habis main, singgah makan aiskrim. Sebenarnya nak rehat je sekejap dan nak tengok gambar dan video dalam phone. Hihi. First time aku makan aiskrim nie. Memang tak makan dahlah rasa. Mahalnya! Tapi sedaplah...

Itu jela cerita minggu lepas. Keluar dari One Utama terus balik rumah. Berehat. Rasa tak cukup rehat sekarang. Asal weekend je keluar. Bila nak duduk rumah? Mungkin minggu nie :p


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。