February 03, 2015

Hi. Lama tak dengar cerita :)

Salam..

Entri pertama dalam tahun 2015. Wee ~ Bukan dilupakan blog, cuma tiada masa nak update. Dulu masa bujang pun aku tiada masa, tambah lagi sekarang bila dah bersuami. Lagilah. Masa lebih kepada suami :)

Cuma sekarang sudah bertekad untuk update blog selalu. Katanya. Kita tengok sampai bila bertahan :)

Tahun 2015. New year. Umur 29 tahun. Sudah merangkak ke angka 3 series. Seramnya rasa! Serius. Rasa tak sangka secepat ini masa berlalu. Kehidupan ada berubah sikit selepas sudah berkahwin. Dulu masa bujang, masa biasanya untuk diri sendiri. Balik kerja, duduk dalam bilik je. Tak nak makan tak payah masak. Malas lipat baju, biarkan aje. Sekarang tidak lagi. Berubah selepas kahwin. Tapi kalau mood malas aku datang ( macam selalu je, haha ), aku biarkan aje baju tak lipat. Hahaha.

Dulu masa bujang, cerita Korea sentiasa updated. Sekarang nak tengok cerita Korea pun susah. One HD pun dah jarang tengok sekarang. Kalau Aliff ada kerja malam atau outstation, baru aku boleh tengok cerita Korea. Makanya sekarang aku ada save notes list down semua cerita Korea yang aku tengok dan sampai episod berapa tengok. Hihi. Sebab sesungguhnya aku pelupa.

Tak kisahlah semua itu. Hidup kita sentiasa berubah kan. Sekarang kehidupan aku makin berseri setelah ada suami disisi. Bukan nak cakap yang dulu kehidupan aku kosong. Cuma sekarang dah lain segalanya :) Dulu ada keluarga dan kawan2, sekarang tambah ada suami. Lain perasaan tau. Pada yang dah berkahwin, pasti faham apa yang aku perkatakan. Kalau dah ada anak, perasaan lain lagi. Hii.

Sudah 6 bulan kami berkahwin. Alhamdullilah. Segalanya baik sekarang. Kami masih menyewa rumah di Subang. Aliff dalam proses permohonan rumah dalam kem. Sementara dapat rumah, kami menyewa di luar dulu. Doa agar cepat dapat rumah dalam kem. Rasa satu pembaziran bayar duit rumah sewa bila kau boleh dapat rumah free je.

Kerja aku masih sama. Kerja di tempat yang sama, Scope International (M) Sdn Bhd. Dah 5 tahun aku kerja di sana. Berniat nak tukar kerja tapi sampai sekarang masih tak bergerak. Aiyakk. Aku selesa kerja di Scope cuma aku mahu kerja lain sebab nak cuti ikut public holiday Malaysia. Masa bujang, aku tak kisah sangat. Tapi bila dah kahwin sekarang, rasa tak seronok kalau aku kerja dan Aliff cuti +_+

Harap ada rezeki lain dalam tahun nie. Berusaha dan dengan izin Allah, ada rezeki di tempat lain. Mana tahu kan? Cuba dan cuba lagi :D Selepas bulan April, baru boleh fikir dengan tenang :)




Aliff & Siqah ­čśŹ
Hadiah gambar pertama dalam tahun nie di blog :D

Dengan ini berakhirnya entri pertama dalam tahun 2015. Sehingga kita bertemu lagi :)


- Posted using BlogPress from my iPhone


No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。