November 23, 2014

Lawatan Kuala Lumpur


16 November 2014 : Genap umur suami aku, 28 tahun ❤️ Iya. Kami sebaya. Dan wahai encik suami, tak perlu lagi berlagak kata awak muda ye. Hii. Walaupun in fact, yes, you're looks younger than me. Aigoo. Hahaha.

Pada hari tersebut, awal pagi kami ke UTC Sentul untuk ambik kad pengenalan baru aku. Saja je buat kad pengenalan baru sebab gambar pada kad pengenalan yang lama dah berbeza daripada sekarang. Berbeza pada tahap, aku pernah tunjuk pada polis ( polis buat road block ), boleh dia tanya 'ini awak ke?' Tak percaya tengok gambar dalam kad pengenalan dan muka aku sekarang. Hii. Mas kad pengenalan lama, umur aku 19 tahun. Pastinya muka aku sudah berubah selepas 11 tahun kan? :D

Lepas ke UTC, kami tiada plan nak ke mana2. Buntu. Tapi disebabkan kami sudah berada di KL dan aku siap pakai dress ( konon nak cantik2 keluar dengan birthday boy kan :D ), aku google tempat menarik di Kuala Lumpur.Siap google tau. Lawak sungguh rasa. Jadi macam pelancong asing di negara sendiri lagaknya :p

Ada banyak pilihan rupanya. First kami pilih: 

Istana Negara / Muzium DiRaja


Just try je lalu. Sebab tak pasti boleh masuk ke tak. Jawapanya boleh masuk dengan bayaran RM5 per person for adult.


No camera / photography allowed inside. Di luar sahaja boleh ambik gambar ye. Maklumlah, DiRaja kan. Mana boleh expose too much to public :) Masuk, tengok, kagum, dan keluar. Hii



Hanya 2 tingkat dibuka untuk orang ramai. Boleh jalan2. Kagum tengok dalam Istana Negara. Cantik. Semua tersusun. Kualiti barang sangat bagus. Ada bilik bersidang, bilik beradu, bilik mesyuarat, bilik bersantai keluarga. Banyaklah. Semua cantik dan woww ada unsur2 DiRaja :) Boleh tidur dalam bilik air. Wee ~


Selesai berjalan di dalam Istana Negara, ambik gambar di luar pulak. Limited pics taken sebab tak banyak ruang pun boleh bergambar di luar.

Tapi kami masih gila bergambar. Aku dengan pose konon cantik :p dan layan encik suami ambik gambar lompat. Hii. Encik suami memang terkenal dengan gambar lompat. Dia je boleh lompat. Aku kalau lompat, jadi penari ballet. Hahaha. Memang tak akan aku ulangi kejadian itu :D

Antara gambar lompat yang berjaya diambil di luar Istana Negara ( Thanks to my lovely wife, : kata encik suami. Muahahaha )


Gambar pertama. Pagar pun boleh :D


Gambar kedua...


Gambar ketiga. Layan je ambik gambar lompat. Beberapa kali cut entah. Dalam blog kata gambar ketiga, tapi sebenarnya dah berlambak dah. Haha. Delete belaka. Maklumlah, aku kan photoG simpanan je. Haha.


Habis lawatan ke Istana Negara, kami bergerak ke tempat kedua: 

Planetarium Negara 

Encik suami beriya ajak datang sini. Nak belajar mengenai angkasa pulak :D


Tak faham sangat benda nie apa. Hii. Diperbuat daripada bintang. Ada nampak Clorox di dalam salah satu kotak nie. Bagaiman Clorox boleh diperbuat daripada bintang?? Aku tak pasti dan malas nak ambik tahu. Haha.



Roket! Bawalah kami pergi bercuti :D


 Tidur berdiri :p

 Pening dan rasa nak muntah duduk dalam benda alah nie. Encik suami je bertahan.

 Panasnyaaaaaa...

 Bintang bintang berkelipan :D


Tak sampai 30 minit kami berada dalam Planetarium Negara. Sudah dewasa katanya semua dah tahu. Katanyalah. Padahal malas nak fikir. Haha.

Selepas ke Planetarium Negara, encik suami masih ada perasaan untuk melompat. Walaupun hujan rintik ketika itu, kami masih teruskan perjalanan ke destinasi ketiga iaitu..

Taman Bukit Jalil

Abang, ambik gambar kat sini, Latar belakang benda nie. 

 Tadaaaa.. Berjaya akhirnya. Satu gambar je. Hii.

 Turn aku pulak :D
OOTD aku pada hari itu. Wee ~

Walking OOTD. 

Hujan masih rintik2 ketika semua gambar diambil. Gigih nak jugak ambik gambar. Itulah kami. Haha. Jam 5pm, kami bergerak pulang. Singgah makan dulu. Hanya makan pau je sebelum ke Istana Negara. Berjalan sampai tak ingat nak makan. Hii.

Sehingga bertemu lagi. Nak sambung tengok Roommate Season 2 :D

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。