September 19, 2014

Pengenalan Diri ✌️

Entri kedua dalam blog baru :p Ambik masa yang agak lama juga ye :D

Disebabkan ini blog baru, makanya meh nak bagitahu status diri aku. Aku dah berkahwin pada 9 Ogos 2014. Hampir 2 bulan sudah usia perkahwinan kami. Haha. 2 bulan baru kahwin. Couple dah 8 tahun :)

Majlis bertandang pihak lelaki diadakan minggu lepas, 13 Sept 2014. Sekali dengan majlis perkahwinan Uda, adik ipar aku. So ada 4 orang pengantin pada hari itu. 2 pasangan. Hii.

Aku berniat untuk buat entri mengenai semua vendor perkahwinan aku cuma kesempatan masa masih tiada. Vendor perkahwinan di side aku je. Tambah lagi bila gambar yang sesuai dan cantik tak dapat disertakan bersama. Gambar daripada photoG masih tak dapat. Jadi, aku hold dulu niat untuk berkongsi vendor perkahwinan aku. Nak jugak bercerita dalam blog. Yela. Kahwin hanya sekali. Nak dicatatkan segalanya. Nanti dah tua boleh baca. Haha. Jauh pemikiran aku kan :D

Belanja blog satu gambar kahwin ☺️



Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suami tersayang, Aliffriwan :) 😍

Gambar diambil selepas majlis akad nikah. Sebelum bersiap untuk majlis resepsi tengahari :)

Akan diceritakan details about my wedding for both sides in other entries. Cuma masanya tak tahu bila. Insyallah diizinkan :)

Sehingga bertemu lagi,

Love
SiQaH ✌️

No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。