September 22, 2014

Malaysia Truly Asia

Continue from last entry :)

>>> Tajuk entri gempak beriya sangat :D

Selasa, 16 Sept 2014, Ayah Mak ajak pergi main boling. Kami bersiap dan terus ke tempat boling di Muar. Sayangnya, tempat boling di Muar tutup. Bukan di shopping mall so tutuplah bila Hari Malaysia. Terlupa pulak yang hari tu adalah hari cuti umum untuk Malaysia.

Bila tempat boling tutup, mestilah nak ke tempat lain. Tak kan nak balik kan. Hihi. Mula2 plan nak ke Wetex Parade di Muar, lepak kedai makan mana2 di sana. Tapi akhirnya tukar plan. Dan plan yang ditukar ni memang aku suka. Sokong 100%!! Haha. Mak ajak ke Melaka, Dataran Pahlawan. Hihi. Yes!! Suka2. Orang ada tahi lalat di kaki memang suka berjalan :D

Sampai di Mahkota Parade (berdepan dengan Dataran Pahlawan), terus ke tempat boling. Ingatkan dah lupakan niat nak main boling. Rupanya ingat jugak haa. Hii. Terus ke pusat boling. Seperti di Gunung Ledang, kali nie jalan2 juga ditaja oleh Ayah. Hihi.

Confirm ke longkang jela aku main. Main boling nampak je senang. Baling je bola. Tapi ke longkang jugak kalau tiada skill :p

Kemain gaya. Hahaha.

Markah akhir :) Paling penting adalah aku bukan orang last. Haha. Tempat terakhir adalah suami aku, Aliff. Hahaha! Happy sungguh dapat kalahkan my hubby :D

Done main boling, teruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan. Lalu di Menara Taming Sari. Aku tanya Ayah nak tahu harga berapa naik Taming Sari. Ayah kata RM10 kot. Terus aku setuju nak naik. Sudahnya semua naik dan ditaja oleh Ayah. Hihi. Terima kasih Ayah. Rasa percutian best sangat sebab tak keluarkan duit sendiri. Hahaha!

Menara Taming Sari. Harga RM15 dewasa. Tak tahu pulak harga untuk kanak2. Maklumlah tiada kanak2 bersama kami.

Antara view dari atas Menara Taming Sari 






Hubby with his camera. Sepanjang hari, kami berjalan sambil dirakam oleh Aliff. Jadi pelancong lah kami hari tu. Hii. Beriya Aliff ambik video sebab katanya dia nak buat video. So kami layankan aje. Dah kerja Aliff memang photoG dan videoG pun :)

Had fun jugak on that day! Tercapai jugak hajat nak naik Menara Taming Sari. Hii. Umur dah 28 tahun baru nak naik menara. Aiyakk! Dulu belajar di Kolej Matrikulasi Melaka selama setahun, tak terlintas langsung nak naik menara.

Video di bawah dibuat oleh suami aku, Aliff. Suka buat video suka ambik gambar. Dan aku pun suka sebab aku suka bergambar. Hihi :D

Selamat menonton readers :)


video



Love
SiQaH


No comments:

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。